Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Cleft : Tips Selepas Pembedahan Bibir

Mar 4, 2013

Cleft : Tips Selepas Pembedahan Bibir

Assalammualaikum,

Sambungan daripada entry sebelum ni, dan menjawab persoalan seorang kenalan bagaimana penjagaan selepas pembedahan bibir. Kali ni Irma akan berkongsi pulak tip-tip selepas pembedahan. Penjagaan selepas pembedahan adalah satu tahap yang sangat-sangat penting. Kalau kita buat sambil lewa, kemungkinan untuk sembuh dan dijangkiti kuman tu tinggi.

  • Perkara yang sangat penting, pastikan guna spoon feeder okey, sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 2-3 minggu atau sampai korang yakin yang bekas pembedahan tu dah betul-betul sembuh.

  • Jangan terus bagi susu atau makan selepas pembedahan, Kalau boleh bagi air kosong dulu..untuk bilas mulut anak daripada kesan darah-darah. dan biasakan juga bilas mulut anak dengan air kosong setiap kali lepas minum dan makan supaya mulut anak sentiasa bersih.

  • Belajar dengan nurse cara nak cuci luka dengan betul, okey... Kesilapan Irma dulu sebab tak berapa berapa pandai nak cuci luka tu... ermmm, sebenarnya Irma rasa ngeri nak cuci luka tu... akibatnya masa nak buka jahitan bibir Hazim ada luka sikit.
"Your child's nurse should show you how to take care of the wound. You will need to clean it with soap and water or a special cleaning liquid, and keep it moist with ointment." ~http://www.nlm.nih.gov
 
  • Ada sesetengah baby yang doktor akan pakaikan arm cuffs untuk mengelakkan baby daripada menyentuh atau meletakkan toys ke dalam mulut. Biasalah sama macam kita jugak kalau ada jerawat kat muka pun tangan ni gatal jer nak menyentuh kan...Masa Hazim dulu Irma cuma pakaikan dia sarung tangan (mitten) jer.. Sebab Hazim jalani pembedahan semasa umur dia 3 bulan..so nak pegang-pegang toys masuk dalam mulut memang tak pandai lagi.

  • Apabila yakin bekas pembedahan sudah betul-betul sembuh. boleh mula buat urutan untuk berikan kesan yang cantik. untuk cara urutan boleh rujuk sini dan sini . Irma mulakan urutan ni sebulan selepas pembedahan bibir.

Harap sedikit info ni dapat membantu korang yer....

daa....


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag