Get Widget
Kisah Dina & Hazim: 2008

Dec 26, 2008

CLAPAM, Mc Donalds

Just wanna to share some information about CLAPAM (Persatuan Klef Bibir Lelangit Malaysia). may be, one time i need support from this socity.... who know right, Irma jumpe site ni masa tengah cari-cari sedikit informasi pasal sumbing bibir dan lelangit. Bukan mengharap tapi sebagai persediaan.

Mc Donalds :Gift Of Smile Mc Donalds juga bagi sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan keadaan sumbing bibir dan lelangit. Mc Donalds berkerjasama dengan ING Insurance dan Hospital Pantai bagi membiayai pembedahan bibir / lelangit.

di bawah program Gift Of Smile, Mc Donalds akan membiayai sepenuhnya setiap pembedahan yang mana ianya akan dilakukan di Hospital Pantai. Jika sesiapa yang berminat boleh download borang permohonan di http://www.rmhc.org.my/ atau hubungi RMHC Malaysia di talian 012-365 7324. keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang RM2,000.00 sebulan.

CLAPAM
Pertubuhan sukarelawan Ditubuhkan untuk membantu kanak-kanak yang dilahirkan dengan keadaan sumbing bibir dan rekahan lelangit.Mereka terdiri daripada ibu bapa dan professional (seperti pakar bedah plastik, pakar pergigian dan ahli terapi pertuturan) yang mempunyai pengalaman dan terlibat secara peribadi atau profesional dengan kanak-kanak yang lahir dengan bibir atau lelangit rekah.
Visi mereka untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ketika dilahirkan untuk kelihatan lebih baik, bertutur dengan sempurna dan menyesuaikan diri dengan masyarakat agar dapat menghadapi dunia dengan senyum lebar
Untuk malumat lanjut boleh layari web http://sites.google.com/site/clapam/ atau hubungi alamat berikut:
Lot 4.46A, 4th floor ( box #611) Wisma Central, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel/faks: 03-21621445 E-mail: clapam@streamyx.com

Nov 15, 2008

Sumbing Bibir dan LeLangit

Sumbing Bibir Dan Lelangit;
Sumbing bibir dan lelangit terjadi ketika janin berusia 5 minggu hingga 12 minggu di dalam kandungan.Bahagian muka terjadi di tempat yang berlainan kemudian kedua-dua bahagian ini akan bercantum. Apabila sel-sel tidak bercantum dibahagian tengah dengan sempurna maka rekahan terjadi. rekahan ini yang dipanggil sumbing (klef).
Terdapat 3 jenis sumbing : 1. Sumbing bibir sahaja Rekahan yang kecil di bibir atau rekahan sepenuhnya di satu atau dua bahagian a. Sumbing Bibir Unilateral Terjadi pada sebelah bahagian bibir sahaja. b. Sumbing Bibir Bilateral Terjadi pada kedua-dua belah bibir. 2. Sumbing lelangit sahaja Sumbing lelangit pula terjadi apabila bahagian lelangit tidak bercantum dan terdapat rekahan. ini mungkin terjadi dibahagian lelangit lembut. 3. Sumbing bibir dan lelangit Sumbing bibir dan lelangit terjadi apabila rekahan berada di bahagian bibir dan leangit. Di Malaysia, 1 daripada 700 bayi yang dilahirkan akan mengalami masalah sumbing. Ia tidak mengira bangsa, agama dan latar belakang keluarga tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag