Get Widget
Kisah Dina & Hazim: November 2008

Nov 15, 2008

Sumbing Bibir dan LeLangit

Sumbing Bibir Dan Lelangit;
Sumbing bibir dan lelangit terjadi ketika janin berusia 5 minggu hingga 12 minggu di dalam kandungan.Bahagian muka terjadi di tempat yang berlainan kemudian kedua-dua bahagian ini akan bercantum. Apabila sel-sel tidak bercantum dibahagian tengah dengan sempurna maka rekahan terjadi. rekahan ini yang dipanggil sumbing (klef).
Terdapat 3 jenis sumbing : 1. Sumbing bibir sahaja Rekahan yang kecil di bibir atau rekahan sepenuhnya di satu atau dua bahagian a. Sumbing Bibir Unilateral Terjadi pada sebelah bahagian bibir sahaja. b. Sumbing Bibir Bilateral Terjadi pada kedua-dua belah bibir. 2. Sumbing lelangit sahaja Sumbing lelangit pula terjadi apabila bahagian lelangit tidak bercantum dan terdapat rekahan. ini mungkin terjadi dibahagian lelangit lembut. 3. Sumbing bibir dan lelangit Sumbing bibir dan lelangit terjadi apabila rekahan berada di bahagian bibir dan leangit. Di Malaysia, 1 daripada 700 bayi yang dilahirkan akan mengalami masalah sumbing. Ia tidak mengira bangsa, agama dan latar belakang keluarga tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag