Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Gaduh Dalam kereta

Mar 8, 2013

Gaduh Dalam kereta


Asslammualaikum...


Rasanya rata-rata ibubapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar suka bergaduh sesama mereka kan... Bergaduh yang Irma maksudkan disini bukanlah bergaduh sampai bertumbuk atau berdarah tu.... alah gaduh-gaduh manja adik beradik... berebut permainan, berebut seat dalam kereta...dan berebut nak report aktiviti kat sekolah setiap hari...

Irdina dan Hazim pun macam tu..... balik jer dari taska...
masing-masing bergaduh rebutkan seat yang mana satu nak duduk dalam kereta....
lepas tu bergaduh sebab masing-masing berebut nak bercerita aktiviti masing-masing kat sekolah... sampai je di rumah berlumba lah dua beradik tu sapa yang dapat tekan lift dulu...
lepas tu berebut siapa masuk rumah dulu..... hai kadang-kadang tu tak sempat irma nak buka kunci rumah dah bertolak-tolak lah kat depan pintu tu.....

biasanya pergaduhan dan perebutan ini akan berakhir dengan tangisan.... rasa-rasa korang lah kan siapa yang menagis....

urmmmp... Hazim lah,
siapa lagi...hazim memang tak boleh terima kekalahan...

Bab bergaduh dalam kereta tu Irma tak tahan...sebab tak boleh fokus masa driving..macam-macam cara irma cuba supaya dia orang ni tak bergaduh..

mula-mula tu...naik jer kereta irma pasangkan cartoon kat mereka.. sehari dua boleh lah bertahan lepas tu bergaduh jugak sebab kakak nak tengok Barbie dan adik pulak nak tengok Changington...

ok tukar cara lain pulak...

Bermain teka-teka warna bus nadi putra... yang ni pun bergaduh sebabnya Hazim selalu salah sebut warna bus...

ok tukar cara lain lagi..

Bermain teka huruf dan no plate kereta...  yang ni pun bergaduh jugak...

ok tukar cara lain lagi...

Pandang awan, dan mintak dia orang teka awan tu bentuk apa.... macam-macam lah bentuk yang mereka sebut... awam tu macam nenek...macam elmo....macam ikan...
 yang lawak nya masa terjumpa awam tu bentuk ikan boleh pulak hazim tanya....

"Abis macam mana Hazim nak fishing...  "

buat masa ni ni jer lah idea yang muncul dalam kepala ni untuk rasa lebih seronok dan selesa semasa driving.. semua cara ni irma akan ulang-ulang setiap hari.. rasanya macam perlu cari idea lain lagi sebab nampak masing-masing dah mula bosan dan bergaduh-gaduh manja... adoi..lah

kepada kawan-kawan yang ada idea yang bernas meh lah share dengan Irma yer...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag