Entry ni dah lama terperuk dalam draf....tahun 2012 kalau tak silap, disebabkan misi bulan ni nak clearkan semua draf...Irma publishkan jugak...
Tips ringkas untuk melancong ke sana, semoga dapat dijadikan panduan...
- Pastikan korang dah booking siap-siap hotel, tiket perjalanan pergi balik tak kisah lah sama ada menaiki bas, train atau flight. dan tempat yang korang nak tuju contohnya USS (universal Studio Singapore). ni bagi mengelakkan korang terover budjet.
- Pastikan korang dah tukar siap-siap RM ke S$ yer.... Ni penting untuk korang rancang perbelanjaan korang. Percaya tak sepanjang 3 hari 2 malam Irma di Singapore Irma cuma bawa S$500. Jumlah ni sangat cukup untuk kos makan, transport korang malah boleh shopping lagi.
- Kalau korang ada anak kecik digalakkan bawa stroller yer..kalau tak korang boleh pengsan mengejar dan dukung mereka.
- Pastikan korang pakai sunblock dan minum air masak dengan banyak sebab cuasa di singapore sangat panas terutamanya di USS.
- Semasa korang berbelanja.... please jangan convert nilai duit tu...kalau korang convert jugak .... tak makan lah jawabnya...
- Nak jimat korang digalakkan menaiki MRT. Tapi kalau korang travel ramai-ramai (kiranya muat 1 teksi) lagi jimat naik teksi. lagi pun tak lah penat sangat nak menapak...
daaa..........
nice info.. tak sabar nk ke singapore!
ReplyDelete