Get Widget
Kisah Dina & Hazim: October 2010

Oct 31, 2010

Piala Malaysia 2010.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada negeri kelantan!.
dengan kemengan 2-1. Tahniah lah yer diucapkan.
Walaupun Irma bukan peminat setia bola sepak negara tapi bila sampai ke final ni update jugaklah negeri mana yang dapat masuk ke final.
Tadi pun kebetulan lepak di Coffee Village sambil melayan Dina dan Hazim makan sambil mata ni jeling-jeling sekejap ke screen tv tu. kalau nak tumpu sepenuhya jangan harap lah yer. hehe
Kepada negeri Sembilan jangan kecewa mungkin tahun ni bukan rezeki korang untuk menang lagi.

Seperti biasa,En. Suami begitu fanatik dengan  Subkhiddin Mohd. Salleh maklumlah ex-teacher masa sekolah dulu.
Tengok bayang pun dah kenal.... agaknya kalau lalu sebelah bau badan pun boleh cam kan...kan...

Oct 27, 2010

Kejutan Hari Lahir

Terima Kasih Sayang....
Terharu sangat......



(glamor sekejap kat Ofic tiba-tiba dapat kiriman bunga)


p/s : cerita semalam sempena Birthday Irma.
babak seterusnya jangan tanya okeh.... ;)

Oct 19, 2010

Diagnosis : Bronchiolitis With Pneumonia

Minggu lepas cuma sehari jer Irma masuk ofic, empat hari lain Irma cuti menjaga budak sakit di rumah.
Alhamdulillah minggu ni getting better. Semoga hazim terus sembuhlah yer. Apabila sakit selera makan pun berkurang so berat badan Hazim pun  tinggal 9 kg jer. Cian anak mama....

Ni hasil Diagnosis sakit Hazim sepanjang 3 hari stay di wad. Masa keluar dari hospital Hazim dah betul-betul sembuh tapi hazim kembali sakit bila berada di rumah pengasuh sebab ada sebahagian kanak-kanak di situ tidak sihat. emmp...alahai...

ramai sangat ker budak kat rumah pengasuh tu....????
tak ramai pun cuma 4 orang termasuk Hazim. tapi biasalah budak2 mudah berjangkit dan alah dengan keadaan sekeliling.


Bronchiolitis (bron-key-o-LIE-tis) is a swelling or tightening of the small tubes in your child's lungs.
Pneumonia (new-MOAN-ya) is an infection in the lungs. The lung tissue swells and mucus (phlegm)sticks inside the lungs. Both illnesses can be caused by either a virus or a germ. Bronchiolitis can also come from allergies.

       Bronchiolitis and pneumonia can appear quickly. They are common in the winter. These illnesses may produce serious problems in some young children but usually result in only mild disease. Small children have small tubes in their lungs; their tubes are more easily blocked with mucus than are adults' tubes.

WHAT YOU MAY SEE:
Your child may have:
  1. A fever
  2. A harsh cough
  3. Fast breathing
  4. Less energy. Babies may become tired when feeding.
  5. Trouble breathing. Your child's skin around his ribs may pull in. His nostrils may flare (become larger while breathing in).
  6. Decrease appetite, difficulty feeding
WHAT TO DO:
  1. For a fever, give Tylenol as directed on the bottle if approved by your child's physician. Dress your child
  2. in light weight clothes. Keep him cool, but if he shivers cover him with a light sheet or blanket. Offer him cool liquids to drink.
  3. Some coughing helps loosen the mucus in his lungs. Do not give cough medicine unless your doctor prescribes it.
  4. Before feeding your baby, suction his nose with a bulb syringe. This may help him breathe and feed more easily.
  5. During feedings, hold your baby in a sitting position. He may breathe and eat better and not choke as easily.
  6. Your child may vomit after a long coughing spell. Let him rest 10 to 15 minutes, then slowly feed him again.
  7. Try to do most of your child's care at one time. This will give him longer times to sleep and rest.
TO HELP PREVENT OTHERS FROM GETTING SICK:
  1. Wash your hands frequently.
  2. Keep young children away from the ill child.
WHEN TO CALL THE DOCTOR:
  1. Call your doctor if your child:
  2. Cannot keep his formula down.
  3. Cannot eat because he is breathing too quickly or is too tired.
  4. Is not crying tears.
  5. Is not urinating ("passing water")
  6. Has a fever that concerns you
  7. If you hear whistling or squeaking sounds as your child breathes

Oct 15, 2010

Intipati Bajet 2011

Intipati pembentangan Bajet 2011 yang Irma petik dari sini
Sorry belum berkesempatan lagi nak beri sebarang ulasan.hehehe
Insya Allah kalau berkesempatan akan diberikan sedikit pandangan dan ulasan.

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

*Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag