Get Widget
Kisah Dina & Hazim: March 2012

Mar 16, 2012

Keputusan Ole-Ole Singapore

Assalamualaikum,

Okey, seperti yang dijanjikan keputusan giveway Ole-Ole Singapore akan irma umumkan hari ni.
dan disebabkan ada dua orang jer commenter utuk giveway ni...
maka kedua-duanya akan dapat hadiah tu....

So kepada kedua-dua pemenang sila emailkan nama dan alamat ke noorirma@yahoo.com untuk penghantaran hadiah.



Thanks sbb join giveway yang tak seberapa ni,


daaa..........

Mar 15, 2012

Giveaway : Ole-Ole Singapore


Assalammualaikum,

ada sesiapa yang berkenan dengan keychain kat atas tu....
kalau korang nak senang jer....
just tinggalkan komen kat sini.

3 commenter bertuah akan mendapat keychain diatas.
Pemilihan dibuat berdasarkan cabutan yang akan dicabut oleh Dina dan Hazim.

Tiada sebarang syarat dikenakan...
maksudnya open untuk semua pembaca blog mamadinahazim okey.
korang boleh komen sehingga 15 Mac 2012 jam 12.00 malam.

senangkan... Selamat mencuba.

Mar 14, 2012

Wajarkah....

Assalamulaikum..

Kes kehilangan kanak-kanak menjadi isu hangat di dada-dada akbar...

lalu minda terfikir untuk memakaikan si anak seperti ini



tetapi adakah masyarakat akan memandang sebegini





imej ehsan pakcik google.

Singapore : USS Part 1



Assalamulaikum....

Okeh, seperti yang dijanjikan entry sebelum ni
kali ni Irma akan cerita aktiviti kami di USS
Sebelum ke USS. kami dah beli tiket awal-awal...
senang kan tak payah fikir nak beratur dan berebut nak ke kaunter tiket.
Harga dan cara beli tiket korang boleh tengok kat sini

 
Kebetulan semasa Irma beli tu tengah ada promotion untuk pemegang Maybank Credit card
so kami jimat S$38 jugak lah daripada jumlah keseluruhan harga tiket asal....

ok...kalau korang beli tiket online ...make sure korang print tiket tu
pada tiket yang korang print tu ada barcode.
barcode ni nanti yang akan dican sebelum masuk....

Dari Geylang Serai ke USS kami pergi dengan menaiki MRT
okey caranya ambil train dari Station Payar Lebar  terus ke Station Habourfront tapi sebelum tu korang kene tukar train di Outram park tau. sbb tak ada train direct ke Station Habourfront .
Di Outram park ni korang kene menapak jauh jugak lah. Jangan risau laluan bawah tanah suasananya lebih kurang macam kalau korang turun dari putra station ke KLCC  jer.

Ok sampai jer di Habourfront korang kene jalan kaki ke Vivo City
Dalam Vivo City tu korang ambil pulak train dari sentosa station ke USS (waterfront station).
Kalau tak silap sentosa station ni terletak di level 3.

yeah... kami dah sampai di Sentosa Station.


Semua orang suka bergambar di sini
termasuklah kami 3 beranak ni...

 
Stall Sorvenier yang terdapat disitu sebelum pintu masuk.


Hollywood



Irma sewa stroller ni dengan Harga S$15.
kalau yang single Harganya S$10.

Dua kali dapat bergambar dengan Woodypecker
satu masa sampai dan satu lagi masa nak balik.

friendly kan en.Franky ni...
serius tak takut...

Yeah...mari kita berkungfu..


Korang rasa sedap tak suara mereka ni ?


pose seksi Marilyn Monroe

 
Popcorn kat sini sedap,rasanya lemak-lemak masin...
haha sempat lagi promote kan...

kalau tak caya tanya budak dua orang kat bawah ni?

Okey harga untuk satu bekas popcorn tu kalau tak silap S$15
hoho boleh pengsan kalau convert  RM.


sebelum balik...kami singgah makan di Celebrity Cafe
Harga okeylah... please jangan convert ke RM ye...
Total harga makanan kitaorang S$30.

Kalau nak makan kat dalam USS ni pastikan ada logo halal....
kebanyakkan logo halal kat sini diaorang tampal kat pintu masuk.

Madagascar

 A create Advancure....best sangat...





Keluar jer dari sini ada persembahan dari character-character madagascar yang cute ni..


Ok seterusnya bersambung ke part 2...

daaa..........

Mar 7, 2012

Singapore : Hari Pertama Sampai..

Salam semua....

Hari ni, Irma nak sambung cerita tentang singapore...

Hari pertama sampai, kami hanya jalan-jalan disekitar Geylang Serai.

One of the reason kenapa kami pilih Kawasan geylang Serai sebab kawasan ni ramai melayu dan senang nak dapat makanan halal yang sesuai dengan tekak kami.

Ni lah tempat kami menjamu selera masa mula-mula sampai...

Pasar Geylang Serai.

Pasar Geylang Serai ni sama seperti pasar basah kat Malaysia..
Tempat ni bersih sangat...tak berbau pun.
ada 2 tingkat. area bawah tempat jual barang basah dan bahagian atas dibahagikan kepada dua food court dan tempat jual pakaian.

Macam ni lah suasananya.....




Minuman yang Irma order tu Air Mata Kucing Harga S$ 1.60 dalam cup yang panjang dan ada lebih 10 biji buah mata kucing dalam tu.
Nasi yang Irma makan tu pulak Namanya Nasi Briyani harganya S$5.00 kalau korang nak nasi briyani kosong jer harganya S$1.00.

Nasi beryani tu Irma beli kat gerai bawah ni....


My BIL pulak order makan kat Sinar Pagi Nasi Padang
Masa kami sampai ni orang beratur panjang nak beli nasi
tu yang buat teruja nak cuba jugak...
rasanya sangat sedap... Harga pun okey.


Lepas makan kami jalan-jalan di area Geylang serai......

Kedai-kedai Sekitar Geylang Serai.

Setentang dengan Pasar Geylang Serai adalah Joo Chiat Complex.
Kat sini banyak jual kain langsir
kain cotton pun ada jugak tapi yang biasa-biasa jer lah.


Lepas maghrib, kami ke rumah family sebelah hubby kat Bukit Batok.....


Kami makan ramai-ramai kat sini.
makanan oklah sedap..sangat sesuai dengan selera kami.

opsss... sorry yer korang makan semua dah licin tinggal sisa jer...
sangat tak sopan kan tunjuk sisa makanan kat korang....

Lepas sembang-sembang...dalam pukul 11 malam
kami bertolak balik ke hotel. 

p/s: entry seterusnya..adalah cerita kami di USS

Mar 6, 2012

Teka kaki siapa ?

Salam uols.....

Sebelum Irma sambung cerita tentang Singapore
apa kata kita main teka teki dulu...
sejak dua menjak ni, Dina dan Hazim sangat suka tukar-tukar selipar....

kadang-kadang tu Dina pakai selipar Hazim dan Hazim pulak pakai selipar Dina

Ada jugak kadang-kadang mereka ni tukar selipar sebelah  jer..dan sebelah lagi pakai selipar sendiri.

lepas tu mereka akan gelak kuat-kuat sampai orang sekeliling dok pandang-pandang dengan muka confius

hahaha.... cute kan.

Ok berdasarkan gambar kat bawah ni,

Cuba korang teka mana satu kaki Dina dan mana satu kaki Hazim.



Kalau teka teki macam ni kene sediakan hadiah tak?

ummmm... korang nak Hadiah ker?

Ok untuk teka-teki ni tak ada  hadiah yer korang....

just warming up sebelum Irma buat first-giveway yang betul-betul punya.

Nanti kan giveaway daripada Irma nanti yer...

tunggu tau...




daaa.....Love korang ketat-ketat.

Mar 5, 2012

Singapore : Our Itinerary

Selamat Pagi Isnin ya,

Okey entry kali dan seterusnya pastinya tentang percutian kami ke singapore selama 3 hari 2 malam. ( 29 Feb hingga 2 March ) kalau tengok pada tarikh tu boleh kata macam 2 bulan tak ?

Harap korang enjoy membacanya... dan semoga pengalaman ni jugak boleh dijadikan sebagai panduan untuk korang ke sana pulak yer...

Serius best...

Ok perjalanan pergi kami menaiki AirAsia dan pastinya pakej  tambang murah. Kos tak sampai RM300 untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. (Hubby, Irma, Wak Jo, Dina dan Hazim)

Sebelum bercuti, kami dah urus awal-awal segala urusan tiket flight, hotel, tiket USS, dan tiket keretapi. 
so duit poket kami hanyalah untuk kos makan, kos MRT atau taxi dan shopping..........

Oh, ya kalau korang nak tau perjalanan pergi kami menaiki flight manakala perjalanan balik kami naik train Senandung Sutera dari JB Sentral ke KL Sentral.

Pengalaman yang menyeronokkan untuk Dina dan Hazim.
Tujuan utama holiday ni pun untuk mereka berdua...

Kalau parents lain nak bercuti kene tunggu cuti sekolah... tapi untuk kami terpaksalah tunggu Irma cuti semester baru boleh pergi bercuti... kesian kan... kene tunggu jadual Mama mereka free dulu.

Korang tengoklah aksi Hazim kat bawah ni. memang suara Hazim jer lah sepanjang perjalanan
Nasib baik flight tak penuh.. so boleh lah dia merayap dari satu seat ke seat yang lain.


Kami sampai Di Cangi Airport lebih kurang jam 12.30 t/hari. Biasanya perjalanan menaiki flight akan mengambil masa 1 jam. dan kami sampai 15 minit lebih awal.

Mula-mula sampai haruslah bergambar dulu.

Perjalanan Dari Airport ke Hotel kami menaiki teksi. Kalau korang nak naik MRT pun boleh jugak. 

kos transport seperti kat bawah ni yer...


Ok disebabkan kami hanya 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. so staff kat kaunter taxi tu advise supaya kami tidak perlu membeli kupon pergi terus ke tempat menunggu taxi. jangan Risau kat sini keselamatan kita memang diambil berat so tak adalah ulat-ulat taxi macam kat Malaysia.

Di ruang menunggu tu nanti ada seorang staff yang akan call taxi untuk kita. Taxi kat singapore ni semua pakai meter so jangan takut kalau mereka akan kenakan tambang yang mahal yer. Taxi drivers kat sini  sangat jujur dan baik hati. Okey, kos dari Airport ke Hotel hanyalah S$6.00. reasonable kan harganya.

Sepanjang Di Singapore kami menginap di Hotel 81 Tristar, Geylang Serai.
Oklah hotel ni bersih dan selesa. Swimming pool pun ada tau.
Di sini kami ambil family room. kos untuk 1 malam S$ 137 termasuk taxs. kami booking 3 Hari 2 malam so darab jer lah yer.. dan kami extend sampai pukul 6.00 petang masa hari terakhir so kami kene tambah lagi S$60.

Macam ni lah rupa hotel tu dari luar...



sorry lah korang tak tak ada gambar dalam bilik yer...


Train perjalanan balik kami ambil yang tempat tidur. kos untuk tempat tidur RM40 per katil. Korang boleh pilih sebenarnya nak jenis seat yang macamana ada juga yang jenis bilik. kalau nak tempat duduk biasa pun ada.

Macam nilah lebih kurang keadaan katilnya. oklah muat untuk Irma tidur dengan Hazim dan Dina dengan Hubby.



Ok..setakat ni dulu. Nanti Irma cerita tempat-tempat yang Irma sempat pergi sepanjang di Singapore.

daaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag