Nov 30, 2011

Wordless Wednesday #7

I love this picture
my kids with hot red shirt
cute sangat...hahaha

Nov 29, 2011

Terengganu Lagi

Selamat pagi uols....
rentetan dari entry yang lepas
kali ni Irma cerita tempat-tempat makan yang sempat Irma singgah di sekitar Terengganu
kira macam rancangan JJCM lah ni

1) Pasar Kuih batu 6, tempat ni memang banyak sangat kuih....
rambang biji mata nak memilih... yang dah berbungkus dalam plastik tu harganya RM2
kalau nak beli sikit-sikit pun boleh...kuih kat sini masih murah tau...
bayangkan Irma beli karipap 6 biji seringgit memang tak habis makan


nampak tak kuih muih  yang sangat meriah kat belakang tu...

2) Ikan Celup Tepung Mengkabang telipot
disini bukan setakat jual ikan celup tepung jer tau...udang sotong pun ada
kat sini memang beraturlah orang menunggu
ikan ni sedap makan panas-panas tau...kalau dah sejuk rasa hanyir sikit
cara mereka masak lebih kurang macam tempura ....
Dina je boleh habiskan 2 ekor ikan... memang terbaik



 

3) Masjid Kristal...Kuala Terengganu
kami sempat singgah sini sekejap...ramai sangat orang bercerita tentang masjid ni
so irma memang paksa Hubby nak sampai jugak hahaha...
Disini pun kami sempat singgah makan
tapi makanan dia biasa-biasa je tak ada yang menarik sangat pun...



4) keropok losong.... uols tahu tak kenapa keropok ni dipanggil losong?
siapa tak tahu cepat angkat tangan...
sebabbbbbbbb............ keropok ni berasal dari kampung Losong
pada pendapat Irma keropok kat sini tak sedap sangat pun...
biasa je... lagi sedap keropok kat Kuala Kemaman..
tak tahu lah pendapat uols macam mana pulak..
mungkin sebab tempat ni jadi tumpuan pelancong ...tu yang ramai sangat orang datang ke sini



rasanya tempat-tempat ni jer kot yang best...
yang lain tu biasa-biasa jer... macam air gelas besar... ( tak singgah pun)  dan Kedai Makan Gulai Itik Serati..

Kalau shopping merangkap pokai kan poket..dan nipiskan wallet
semestinya Pasar Payang....
pilihan batik dia memang cantik-cantik
rambang mata woooooo....
Kali ni irma rasanya agak mahal lah berbanding tahun-tahun sebelumnya
mungkin sebab Monsoon Cup dan cuti sekolah...

kepada peminat emas...
harga emas dia agak murah berbanding KL
so kalau ke sana selain shopping batik boleh lah shopping emas sekali.
hahaha...selamat pokai kan poket yer uols...

daaa.........

Nov 27, 2011

Kami Ke Terengganu

Minggu lepas kami sekeluarga ke Kuala Terengganu
tujuan utama mengikuti rombongan pengantin Mama Lin
sampingannya sambil bercuti, rehat kan minda dan pokaikan poket haha...

kami bertolak dari Putrajaya khamis petang dan singgah di kuantan
tujuan ke kuantan cumalah untuk berehat dan bermalam sebelum meneruskan perjalanan
Di kuantan kami bermalam di Hotel Season View
hotel nya simple dan bersih.... selesa untuk berehat...
Harga untuk family room cuma RM 200 .
murahkan...


sumber image dari  sini

keesokkannya seawal 8 pagi kami dah bertolak ke kuala Terengganu
memilih bertolak diawal pagi bagi keselesaan anak-anak
kerana perjalanan seterusnya akan menyusuri jalan pantai
yang agak panas dan berbahang... kesian kat anak-anak dan juga pak supir yang memandu (hubby)

Di Kuala Terengganu pada awalnya kami menginap di Rumah Rehat MARA
lokasi betul-betul bertentangan  dengan Taman ShahBandar cuma 10 minit berjalan kaki ke Pasar Payang
yang sangat heaven dengan batik....
Kebetulan pula masa tu persiapan Monsoon Cup keadaan memang happening.

Disebabkan tujuan sampingan nak bawa anak-anak bercuti ....
istilah bercuti pada mereka mestilah tempat yang ada swimming pool
walaupun kat Putrajaya dah selalu sangat pergi swimming ....
nak jugak lah swimming kat pool hotel grrrrrrr...........
so kami memilih menginap pula di GEM Beach Resort. Harga untuk family room RM 320 pernight
Pemandangan kat sini memang cantik tapi agak jauh sikit lah dari bandar
sesuai untuk merehatkan fikiran....
hoho poyo jer kan ayat nak merehatkan minda...


nampak tak bendera merah tu ....
tandanya laut bahaya untuk mandi...
kami jalan-jalan jer lah terpi pantai ni
lagi pun Dina dan Hazim memang tak suka mandi pantai mungkin sebab tak di dedahkan dari kecil
mereka lagi teruja dengan pool.

lepas jer check-in...
budak-budak ni dah sibuk nak mandi kolam....
so layankan jer lah..



Happy sangat lah tu dapat mandi kolam....
Hazim semakin berani main air....
InsyaAllah sikit hari lagi bolehklah berenang .....
cuma Hubby jer risau takut telinga hazim masuk air...
( biasa anak yang klef mudah terdedah dengan masalah cecair di dalam telinga tengah perlu kerap monitor)
nak tahu aktiviti seterusnya sepanjang kami disini
tunggu next entry k....
nak layan bola jap...

daaa...........

Nov 26, 2011

Ahli Baru Keluarga Kami

Selamat Pagi....
Alhadulillah,
Kami baru jer terima ahli keluarga baru....
Akhir Oktober yang lepas
Adik Irma yang no dua telah selamat diijabkabulkan pada 28 Oktober 2011 yang lepas

adik Irma yang first tak langsung lagi....
tahun 2012 katanya...
so Tahun depan kami akan dapat ahli keluarga baru lagi....
semakin ramai semakin meriah....

Tahniah mama Lin & Uncle Muklis
Semoga Ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat
Semoga dapat baby yang comel-comel...ye,

 sorry Mama Lin curi gambar dari fb ko...

sepatutnya tajuk entry ni "Selamat Pengantin baru"
tapi disebabkan dah agak lewat update so macam tak sesuai pulak letak tajuk tu
pengantin pun basi...
reception kedua-dua belah pihak pun dah selesai...

Ok nanti Irma cerita pulak tentang rombongan kami ke Kuala Terengganu
Jumpa lagi di next entry....


daa................

Nov 25, 2011

Redeem Enrich lagi

baru-baru ni irma redeem points enrich lagi...
tapi kali ni irma redeem point Hubby...
motif utama sebab geram sangat tengok point yang terkumpul tu...
sangat jelous okeh...
yer lah sejak Irma berpindah ke sini dah jarang sangat naik flight
kalau outstation pun ikut jalan darat jer...
lain lah en. Hubby kerap naik flight
so bila  dia bagi green light ambil sikit points enrich yang terkumpul
cepat-cepat lah irma sambar
tujuan utama  nak redeem benda ni..



tapi bila En. Hubby dah warning awal-awal
gunakan point yang dah nak expired jer
so irma redeem jer lah benda ni..


dan ini



semua barang-barang ni dah selamat Irma terima minggu lepas.

bye-bye..... 

image : ehsan pakcik google...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag