Mar 4, 2013
Lahad Datu : Doa Buatmu Perwira Negara
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran.
Tuhan yang menganugerahkan keselamatan dan kesejahteraan.
Kami hamba-hamba-MU menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga dihitungnya
atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan keatas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.
Ya Allah Ya tuhan kami
Engkau campakkanlah jalur kerahmatan yang berpanjangan kepada kami.
Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian.
Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirat penuh keinsafan
Engkau jaringkan tangisan hidayah dan inayah yang berkekalan
Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami
anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.
Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara
bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid
LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULULLAH
bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini
diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana
petualang bangsa
Ya Allah
Tidak akan kami biarkan,
biar ia putih bersih, tidak akan biarkan ya Allah,
biarkan kami mencurahkan segala kesanggupan
dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami
dari sebarang kekacauan
huru hara dan pencerobohan
biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata
menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa
agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini
walaupun roh kami melayang menjadi taruhan
menyembah sujud bertemu-Mu Ya Salam.
Amin Ya Allah.
** Salam takziah semua keluarga wirawan negara yang terkorban di Lahad Datu,
Terima Kasih kerana mempertahankan negara hingga ke hujung nyawa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment