Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Urutan selepas pembedahan Bibir

Sep 19, 2010

Urutan selepas pembedahan Bibir

Pastinya perasaan lega dan gembira terpancar diwajah ibu dan ayah, sebaik sahaja anak yang dilahirkan dengan kleft bibir telah selesai menjalani pembedahan. Perasaan penat menjawab setiap persoalan yang diajukan kian pudar. Syukur kepadaNya memudahkan segala urusan.

Kali ni, Irma ingin kongsikan urutan yang Irma lakukan pada Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir. Irma dapat info ni dari Doktor Liaw semasa beliau merawat Hazim di hospital. Dr Liaw advice Irma kerap lakukan urutan di tempat luka pembedahan menggunakan baby oil setelah luka benar-benar sembuh.

Biasanya bekas luka pembedahan akan kelihatan amat buruk dan beruping sebelum ianya beransur-ansur pulih.Terdapat dua jenis jahitan yang mana jahitan yang akan tertanggal dengan sendirinya manakala yang satu lagi jahitan yang akan dibuka  kira-kira seminggu selepas pembedahan.

Hazim seminggu selepas pembedahan bibir

Sekarang, nampak lebih encem kan...

Selepas 2 minggu, Hazim selesai menjalani pembedahan bibir. Irma amalkan satu urutan lembut dalam gerakan melingkar (circular motion) dan menolak-nolaknyaya ke bawah dengan menggunakan Bio Oil selama 3 hingga 5 minit Urutan ini  dapat membantu melembabkan dan melembutkan kulit dan bekas luka berkanaan disamping menghilangkan kesan parut yang ada. Sebelum lakukan urutan pada kesan pembedahan pastikan dahulu kesan pembedahan benar-benar telah sembuh dan tidak bernanah.

Kenapa Irma menggunakan Bio Oil sebab ia mengandungi vitamin A dan E dan ia Dihasilkan daripada minyak kalendula, lavender,rosemary dan kamomil yang mana boleh menghilangkan kesan parut pada kulit yang luka. tapi kalau tak suka atau tiada  boleh gunakan sebarang minyak yang mengandungi vitamin E.

Ni bukan bertujuan untuk promote bio oil okeh, tapi bercerita berdasarkan pengalaman. kepada syarikat Nuvanta Sdn. Bhd sila ambil hazim untuk model iklan yer. hehehe... 

Imej hasil carian En. Google.

p/s: Irma masih amalkan urutan ni sampai sekarang walaupun Hazim dah besar kadang-kadang tu sampai Hazim terlena.

6 comments:

  1. AnonymousMay 20, 2011

    slm..kak irma boleh kongsi sikit penglman akak ms operation 1..n ms frst opration umur hazim brp buln..rumit ke nk jg baby lps oprtin cleft tu

    ReplyDelete
  2. Salam dik, tak sempat nak buat enrty baru. apa2 boleh email akak yer. noorirma@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Cik irma kat mane buat pembedahan tu?

    ReplyDelete
  4. saya buat di hospital serdang, tapi sekarang semua pembedahan tu dah dibuat di HKL.

    ReplyDelete
  5. Anak lelaki saya cleft lip, dan dah buat pembedahan, tapi hidung nya masih x simetri. Anak puan ada pembedahan susulan untuk hidung ke?

    ReplyDelete
  6. salam kak.. nak minta pendapat ckit. sy baru lepas kemalangan dan bibir de jahit ckit. parot skung semakin hilang cume bibir masih bengkak lg.. dah sebulan dh kak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag