Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Singapore
Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Mar 9, 2013

Singapore : Tips Melancong Ke Sana

Salam readers....

Entry ni dah lama terperuk dalam draf....tahun 2012 kalau tak silap, disebabkan misi bulan ni nak clearkan semua draf...Irma publishkan jugak...

Tips ringkas untuk melancong ke sana, semoga dapat dijadikan panduan...

  • Pastikan korang dah booking siap-siap hotel, tiket perjalanan pergi balik tak kisah lah sama ada menaiki bas, train atau flight. dan tempat yang korang nak tuju contohnya USS (universal Studio Singapore). ni bagi mengelakkan korang terover budjet.

  • Pastikan korang dah tukar siap-siap RM ke S$ yer.... Ni penting untuk korang rancang perbelanjaan korang. Percaya tak sepanjang 3 hari 2 malam Irma di Singapore Irma cuma bawa S$500. Jumlah ni sangat cukup untuk kos makan, transport korang malah boleh shopping lagi.

  • Kalau korang ada anak kecik digalakkan bawa stroller yer..kalau tak korang boleh pengsan mengejar dan dukung mereka. 

  • Pastikan korang pakai sunblock dan minum air masak dengan banyak sebab cuasa di singapore sangat panas terutamanya di USS.

  • Semasa korang berbelanja.... please jangan convert nilai duit tu...kalau korang convert jugak .... tak makan lah jawabnya...

  • Nak jimat korang digalakkan menaiki MRT.  Tapi kalau korang travel ramai-ramai (kiranya muat 1 teksi) lagi jimat naik teksi. lagi pun tak lah penat sangat nak menapak...


daaa..........

May 22, 2012

Singapore : Last Day

Assalamualaikum...

Hari Irma nak sambung cerita tentang Singapore (entry yang agak melompat2...sorry yer)

Antara tempat-tempat yang sempat kami pergi sebelum balik ialah Marina Bay, Arab street dan Mustafa Center ...

Disebabkan untuk hari terkahir ni kaki pun dah lenguh berjalan so kami naik teksi jer dari satu tempat ke tempat yang lain.


Arab Street




Masjid Sultan ni terletak di kawasan Kampung Glam, sekarang lebih dikenali sebagai Arab street.
Masjid sultan merupakan antara 7 masjid di dunia yang berkubah emas.


berdekatan dengan Masjid sultan ni ada satu kedai menjual cenderamata,
Harganya agak murah berbanding tempat-tempat lain.

kalau nak beli kain pasang, kat area ni pun banyak.
Irma adalah jugak masuk dua tiga kedai mostly harganya lebih murah compare di KL.
tak hairan lah sekarang ni dah kurang orang singapore datang Malaysia untuk shopping.



Marina Bay








Mustafa Center


Mustafa centre ni konsepnya lebih kurang macam mydin kalau di Malaysia...
yang bestnya Mustafa centre ni buka 24 jam... so pukul berapa pun korang boleh datang...
Mustafa centre ni terletak di Jalan Syed Alwi, kawasan ni jugak dikenali sebagai little India
memang banyak lah kedai mamak di sekitar tempat ni.
kepada pengemar masakan mamak dan India mungkin korang boleh cuba makanan kat ini.... 

Mar 15, 2012

Giveaway : Ole-Ole Singapore


Assalammualaikum,

ada sesiapa yang berkenan dengan keychain kat atas tu....
kalau korang nak senang jer....
just tinggalkan komen kat sini.

3 commenter bertuah akan mendapat keychain diatas.
Pemilihan dibuat berdasarkan cabutan yang akan dicabut oleh Dina dan Hazim.

Tiada sebarang syarat dikenakan...
maksudnya open untuk semua pembaca blog mamadinahazim okey.
korang boleh komen sehingga 15 Mac 2012 jam 12.00 malam.

senangkan... Selamat mencuba.

Mar 14, 2012

Singapore : USS Part 1



Assalamulaikum....

Okeh, seperti yang dijanjikan entry sebelum ni
kali ni Irma akan cerita aktiviti kami di USS
Sebelum ke USS. kami dah beli tiket awal-awal...
senang kan tak payah fikir nak beratur dan berebut nak ke kaunter tiket.
Harga dan cara beli tiket korang boleh tengok kat sini

 
Kebetulan semasa Irma beli tu tengah ada promotion untuk pemegang Maybank Credit card
so kami jimat S$38 jugak lah daripada jumlah keseluruhan harga tiket asal....

ok...kalau korang beli tiket online ...make sure korang print tiket tu
pada tiket yang korang print tu ada barcode.
barcode ni nanti yang akan dican sebelum masuk....

Dari Geylang Serai ke USS kami pergi dengan menaiki MRT
okey caranya ambil train dari Station Payar Lebar  terus ke Station Habourfront tapi sebelum tu korang kene tukar train di Outram park tau. sbb tak ada train direct ke Station Habourfront .
Di Outram park ni korang kene menapak jauh jugak lah. Jangan risau laluan bawah tanah suasananya lebih kurang macam kalau korang turun dari putra station ke KLCC  jer.

Ok sampai jer di Habourfront korang kene jalan kaki ke Vivo City
Dalam Vivo City tu korang ambil pulak train dari sentosa station ke USS (waterfront station).
Kalau tak silap sentosa station ni terletak di level 3.

yeah... kami dah sampai di Sentosa Station.


Semua orang suka bergambar di sini
termasuklah kami 3 beranak ni...

 
Stall Sorvenier yang terdapat disitu sebelum pintu masuk.


Hollywood



Irma sewa stroller ni dengan Harga S$15.
kalau yang single Harganya S$10.

Dua kali dapat bergambar dengan Woodypecker
satu masa sampai dan satu lagi masa nak balik.

friendly kan en.Franky ni...
serius tak takut...

Yeah...mari kita berkungfu..


Korang rasa sedap tak suara mereka ni ?


pose seksi Marilyn Monroe

 
Popcorn kat sini sedap,rasanya lemak-lemak masin...
haha sempat lagi promote kan...

kalau tak caya tanya budak dua orang kat bawah ni?

Okey harga untuk satu bekas popcorn tu kalau tak silap S$15
hoho boleh pengsan kalau convert  RM.


sebelum balik...kami singgah makan di Celebrity Cafe
Harga okeylah... please jangan convert ke RM ye...
Total harga makanan kitaorang S$30.

Kalau nak makan kat dalam USS ni pastikan ada logo halal....
kebanyakkan logo halal kat sini diaorang tampal kat pintu masuk.

Madagascar

 A create Advancure....best sangat...





Keluar jer dari sini ada persembahan dari character-character madagascar yang cute ni..


Ok seterusnya bersambung ke part 2...

daaa..........

Mar 7, 2012

Singapore : Hari Pertama Sampai..

Salam semua....

Hari ni, Irma nak sambung cerita tentang singapore...

Hari pertama sampai, kami hanya jalan-jalan disekitar Geylang Serai.

One of the reason kenapa kami pilih Kawasan geylang Serai sebab kawasan ni ramai melayu dan senang nak dapat makanan halal yang sesuai dengan tekak kami.

Ni lah tempat kami menjamu selera masa mula-mula sampai...

Pasar Geylang Serai.

Pasar Geylang Serai ni sama seperti pasar basah kat Malaysia..
Tempat ni bersih sangat...tak berbau pun.
ada 2 tingkat. area bawah tempat jual barang basah dan bahagian atas dibahagikan kepada dua food court dan tempat jual pakaian.

Macam ni lah suasananya.....




Minuman yang Irma order tu Air Mata Kucing Harga S$ 1.60 dalam cup yang panjang dan ada lebih 10 biji buah mata kucing dalam tu.
Nasi yang Irma makan tu pulak Namanya Nasi Briyani harganya S$5.00 kalau korang nak nasi briyani kosong jer harganya S$1.00.

Nasi beryani tu Irma beli kat gerai bawah ni....


My BIL pulak order makan kat Sinar Pagi Nasi Padang
Masa kami sampai ni orang beratur panjang nak beli nasi
tu yang buat teruja nak cuba jugak...
rasanya sangat sedap... Harga pun okey.


Lepas makan kami jalan-jalan di area Geylang serai......

Kedai-kedai Sekitar Geylang Serai.

Setentang dengan Pasar Geylang Serai adalah Joo Chiat Complex.
Kat sini banyak jual kain langsir
kain cotton pun ada jugak tapi yang biasa-biasa jer lah.


Lepas maghrib, kami ke rumah family sebelah hubby kat Bukit Batok.....


Kami makan ramai-ramai kat sini.
makanan oklah sedap..sangat sesuai dengan selera kami.

opsss... sorry yer korang makan semua dah licin tinggal sisa jer...
sangat tak sopan kan tunjuk sisa makanan kat korang....

Lepas sembang-sembang...dalam pukul 11 malam
kami bertolak balik ke hotel. 

p/s: entry seterusnya..adalah cerita kami di USS

Mar 5, 2012

Singapore : Our Itinerary

Selamat Pagi Isnin ya,

Okey entry kali dan seterusnya pastinya tentang percutian kami ke singapore selama 3 hari 2 malam. ( 29 Feb hingga 2 March ) kalau tengok pada tarikh tu boleh kata macam 2 bulan tak ?

Harap korang enjoy membacanya... dan semoga pengalaman ni jugak boleh dijadikan sebagai panduan untuk korang ke sana pulak yer...

Serius best...

Ok perjalanan pergi kami menaiki AirAsia dan pastinya pakej  tambang murah. Kos tak sampai RM300 untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. (Hubby, Irma, Wak Jo, Dina dan Hazim)

Sebelum bercuti, kami dah urus awal-awal segala urusan tiket flight, hotel, tiket USS, dan tiket keretapi. 
so duit poket kami hanyalah untuk kos makan, kos MRT atau taxi dan shopping..........

Oh, ya kalau korang nak tau perjalanan pergi kami menaiki flight manakala perjalanan balik kami naik train Senandung Sutera dari JB Sentral ke KL Sentral.

Pengalaman yang menyeronokkan untuk Dina dan Hazim.
Tujuan utama holiday ni pun untuk mereka berdua...

Kalau parents lain nak bercuti kene tunggu cuti sekolah... tapi untuk kami terpaksalah tunggu Irma cuti semester baru boleh pergi bercuti... kesian kan... kene tunggu jadual Mama mereka free dulu.

Korang tengoklah aksi Hazim kat bawah ni. memang suara Hazim jer lah sepanjang perjalanan
Nasib baik flight tak penuh.. so boleh lah dia merayap dari satu seat ke seat yang lain.


Kami sampai Di Cangi Airport lebih kurang jam 12.30 t/hari. Biasanya perjalanan menaiki flight akan mengambil masa 1 jam. dan kami sampai 15 minit lebih awal.

Mula-mula sampai haruslah bergambar dulu.

Perjalanan Dari Airport ke Hotel kami menaiki teksi. Kalau korang nak naik MRT pun boleh jugak. 

kos transport seperti kat bawah ni yer...


Ok disebabkan kami hanya 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. so staff kat kaunter taxi tu advise supaya kami tidak perlu membeli kupon pergi terus ke tempat menunggu taxi. jangan Risau kat sini keselamatan kita memang diambil berat so tak adalah ulat-ulat taxi macam kat Malaysia.

Di ruang menunggu tu nanti ada seorang staff yang akan call taxi untuk kita. Taxi kat singapore ni semua pakai meter so jangan takut kalau mereka akan kenakan tambang yang mahal yer. Taxi drivers kat sini  sangat jujur dan baik hati. Okey, kos dari Airport ke Hotel hanyalah S$6.00. reasonable kan harganya.

Sepanjang Di Singapore kami menginap di Hotel 81 Tristar, Geylang Serai.
Oklah hotel ni bersih dan selesa. Swimming pool pun ada tau.
Di sini kami ambil family room. kos untuk 1 malam S$ 137 termasuk taxs. kami booking 3 Hari 2 malam so darab jer lah yer.. dan kami extend sampai pukul 6.00 petang masa hari terakhir so kami kene tambah lagi S$60.

Macam ni lah rupa hotel tu dari luar...



sorry lah korang tak tak ada gambar dalam bilik yer...


Train perjalanan balik kami ambil yang tempat tidur. kos untuk tempat tidur RM40 per katil. Korang boleh pilih sebenarnya nak jenis seat yang macamana ada juga yang jenis bilik. kalau nak tempat duduk biasa pun ada.

Macam nilah lebih kurang keadaan katilnya. oklah muat untuk Irma tidur dengan Hazim dan Dina dengan Hubby.



Ok..setakat ni dulu. Nanti Irma cerita tempat-tempat yang Irma sempat pergi sepanjang di Singapore.

daaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag