Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Operation
Showing posts with label Operation. Show all posts
Showing posts with label Operation. Show all posts

Mar 4, 2013

Cleft : Tips Selepas Pembedahan Bibir

Assalammualaikum,

Sambungan daripada entry sebelum ni, dan menjawab persoalan seorang kenalan bagaimana penjagaan selepas pembedahan bibir. Kali ni Irma akan berkongsi pulak tip-tip selepas pembedahan. Penjagaan selepas pembedahan adalah satu tahap yang sangat-sangat penting. Kalau kita buat sambil lewa, kemungkinan untuk sembuh dan dijangkiti kuman tu tinggi.

  • Perkara yang sangat penting, pastikan guna spoon feeder okey, sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 2-3 minggu atau sampai korang yakin yang bekas pembedahan tu dah betul-betul sembuh.

  • Jangan terus bagi susu atau makan selepas pembedahan, Kalau boleh bagi air kosong dulu..untuk bilas mulut anak daripada kesan darah-darah. dan biasakan juga bilas mulut anak dengan air kosong setiap kali lepas minum dan makan supaya mulut anak sentiasa bersih.

  • Belajar dengan nurse cara nak cuci luka dengan betul, okey... Kesilapan Irma dulu sebab tak berapa berapa pandai nak cuci luka tu... ermmm, sebenarnya Irma rasa ngeri nak cuci luka tu... akibatnya masa nak buka jahitan bibir Hazim ada luka sikit.
"Your child's nurse should show you how to take care of the wound. You will need to clean it with soap and water or a special cleaning liquid, and keep it moist with ointment." ~http://www.nlm.nih.gov
 
  • Ada sesetengah baby yang doktor akan pakaikan arm cuffs untuk mengelakkan baby daripada menyentuh atau meletakkan toys ke dalam mulut. Biasalah sama macam kita jugak kalau ada jerawat kat muka pun tangan ni gatal jer nak menyentuh kan...Masa Hazim dulu Irma cuma pakaikan dia sarung tangan (mitten) jer.. Sebab Hazim jalani pembedahan semasa umur dia 3 bulan..so nak pegang-pegang toys masuk dalam mulut memang tak pandai lagi.

  • Apabila yakin bekas pembedahan sudah betul-betul sembuh. boleh mula buat urutan untuk berikan kesan yang cantik. untuk cara urutan boleh rujuk sini dan sini . Irma mulakan urutan ni sebulan selepas pembedahan bibir.

Harap sedikit info ni dapat membantu korang yer....

daa....


Jan 6, 2011

Last Review

Semalam merupakan kali terakhir Hazim ada review Clinik Plastik di hospital Serdang. Selepas ni semua review plastik akan dibuat dia HKL. Ini apa yang telah dimaklumkan oleh kakitangan kat hospital Serdanglah. Kalau Irma tersalah Info sila maklumkan yer.... Tapi untuk klinik ENT dan Klinik Paedratic masih lagi di Hospital serdang. So..ini bukanlah kali terakhir kami akan menjejakkan kaki disini. Sebab Hazim masih lagi ada follow up untuk kedua-dua klinik ni.

Parents semua, jangan ingat bila anak dah selesai menjalani operation bibir dan lelangit maka selesaikan semuanya. Sebenarnya untuk anak klef macam Hazim banyak lagi follow up yang perlu dijalani seperti ujian pendengar, pertuturan dan memantau perkembangan fizikal mereka.


 Budak yang sangat aktif, memang susah sangat nak duduk diam.


Muka protes apabila Abah suruh stop bermain.

Berpeluang bertemu dengan Baby Ummu.
Baby ummu ni salah seorang pembaca blog MamaDinaHazim tau...
hahaha... statement  tak tahan, macam baby ummu ni pandai membaca jer...
parents dialah...

Hah, baru clear muka baby Ummu,
baby ni tersangatlah aktif nak dapatkan gambar yang clear memang susah.


Ni lah Dr Choeng,

Doktor yang menjalankan operation bibir Hazim masa usia Hazim 3 bulan,Selepas ni Dr. Cheong dah tak berkhidmat di sini. Beliau akan berkhidmat di Hospital Pantai.so sesiapa yang memerlukan khidmat Dr Dheong bolehlah berjumpa beliau di Hospital Pantai.Kami juga akan mengikut beliau ke Hospital Pantai.  

So  untuk entry klinik plastik seterusnya adalah dari Hospital Pantai.

Jan 21, 2010

Appointment : Selepas Pembedahan Lelangit

Semalam ( 20/1/2010) Hazim ada appointment dengan Dr. Wooi di Hopital Serdang. Appointment dijadualkan pada pukul 2.00 ptg, tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal Hazim hanya dapat berjumpa doktor pada pukul 4.10 petang. huh... agak penat dan kebosanan jugaklah menunggu .Nasib baik dekat dengan playground bolehlah jugak Irma melayan Hazim bermain sementara menunggu berjumpa doktor.
Appointment kali ni, bagi melihat perkembangan Hazim selepas pembedahan lelangit. Alhamdulillah, luka dan kesan pembedahan Hazim telah sembuh sepenuhnya. Anak tekak hazim pun dah bercantum dengan sempurna seperti bayi normal. Appointment seterusnya dijadualkan pada Disember 2010 ni. Buat masa ni Dr. Wooi advice Irma teruskan dengan follow-up yang lain seperti pendengaran dan pertuturan.
Ya..., sekarang ni Hazim masih lagi teruskan dengan Klinik ENT ( Ear Nose Throat Clinic) di Hopital Serdang. Bagi menguji pendengaran Hazim dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Berdasarkan appointment yang lepas teliga sebelah kanan Hazim bermasalah.( kurang mendegar berbanding teliga kiri). Walaubagaimanapun bulan february ni Hazim akan berjumpa lagi dengan Doktor bagi mengesan masalah sebenar.

Rajah: Keadaan lelangit sebelum dan selepas penbedahan.

Panduan Pemakanan Sebelum Pembedahan

Biasanya sebelum pembedahan dijalankan. Doktor akan memberikan penerangan dan panduan yang perlu diikuti oleh pesakit terutamanya darisegi pemakanan . Adalah penting bagi memastikan perut anak anda betul2 kosong sebelum pembedahan dijalankan. Jika ibu bapa tidak mengikut panduan/arahan yang diberikan oleh doktor dengan betul berkemungkinan pembedahan akan dibatalkan.

Jadual : Panduan Pemakanan Sebelum Pembedahan

Sebagai contoh, jika pembedahan anak anda dijadualkan berjalan pada pukul 8.00 pagi

  • Anak anda mungkin dibenarkan makan atau minum jenis cecair sehingga jam 12.00 malam sebelum pembedahan (8 jam sebelum check-in)
  • Anak anda mungkin dibenarkan minum susu formula sehingga jam 2.00 pagi sebelum pembedahan ( 6 jam sebelum check-in)
  • Anak anda mungkin dibenarkan menyusu sehingga jam 4.00 pagi sebelum pembedahan
  • Anak anda mungkin dibenarkan minum air masak / air kosong sehingga jam 5.00 sebelum pembedahan
  • Anak anda mungkin tidak dibenarkan mengambil sebarang makanan / minuman setelah jam 5.00 pagi ( 3 jam sebelum check-in)

p/s: Informasi ini hanya sebagai panduan sahaja. Semuanya bergantung kepada doktor yang akan merawat anak anda.

Nov 8, 2009

pembedahan lelangit

Operation kedua Hazim untuk mencantumkan soft palate telah pun selesai pada 23 Otk 2009. Syukur Alhamdulillah, operation kali ni pun dilakukan pada hari Jumaat sama seperti operation pertama dan hari kelahiran Hazim. Masa ni usia Hazim 9 bulan 14 hari. Macam biasa Hazim perlu datang awal sehari ke hospital sebab pada hari ni lah doktor akan datang melawat Hazim untuk pastikan Hazim betul-betul sihat dan tidah mengalami sebarang masalah.
emp.... Hazim kene puasa lagi lah, bermula malam ni sebab operation akan dijalankan seawal pukul 8.00 pagi. Oleh kerana doktor dah berpesan supaya Hazim berpuasa bermula pukul 4.00 pagi.Sepanjang malam Irma berjaga bagi memastikan Hazim mendapat susu dan makanan yang secukupnya . Alhamdulillah, kali ni Hazim tak menangis kelaparan lagi. Malah dia mampu tersenyum dan bermain seperti biasa.
Operation kali ni dilakukan oleh Doktor Woo, (doktor HKL) sebab Doktor Liaw tengah bercuti sambung belajar. Lihatlah wajah ceria Hazim sepanjang ditolak ke OT. Semoga anak mama tabah dan kuat OK. Mama sentiasa doakan Hazim.
Operation kali ni, Hazim mengalami sedikit komplikasi kerana dia tidak boleh bernafas sendiri apabila saluran oksigen dibuka. Doktor mengambil keputusan supaya Hazim tinggal di ICU dalam tempoh 24 jam selepas operation bagi memastikan keadaan Hazim betul-betul stabil.
Hanya Allah je yang tahu perasaan Ima masa tu. Irma tak putus-putus berdoa supaya Hazim stabil. Tak sanggup rasanya menerima sebarang kemungkinan.
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada anakku supaya dia tabah dan kuat menghadapi ujian Mu. Setelah Kau memilih hambamu yang lemah ini untuk menerima ujianMu. Maka Kau permudahkanlah segala urusan hamba Mu bagi melihat anakku sempurna seperti kanak-kanak lain. Hanya Ini pintaku.
Keadaan Hazim sekmakin stabil sehari selepas operation, tapi masih memerlukan bantuan Oksigen untuk bernafas. Masa ni, Hazim dah berada di wad biasa. Kali ni agak lama Hazim berada di Hospital iaitu selama 7 hari berbanding masa operation bibir cuma 4 hari je.
Ni lah pertama kali dalam hidup, Irma sambut birthday ke 27 di Hospital. Tapi tak pe, demi anak mama. Mama sanggup berkorban apa saje asalkan anak mama sempurna. Mama sayang Hazim... semoga hazim menjadi anak yang baik dan soleh.

Apr 15, 2009

'Operation' Pertama Hazim


5 hours after operation.

5 days after operation. Now mama can see your real smile.

Alhamdulillah,Hazim dah selamat menjalani pembedahan bibir pada 10 April 2009 (jumaat) pukul 8.00 pagi. Sekarang Hazim dah mampu tersenyum seperti kanak-kanak normal. Seperti yang dijadualkan operation bibir biasanya akan dilakukan ketika bayi berusia 3 bulan hingga 6 bulan. Ada juga sesetengah operation akan dilakukan seawal usia bayi 1 bulan tapi ni semua bergantung kepada keadaan bayi tersebut.

Seawal pagi 9 April 2009 iaitu sehari sebelum pembedahan dijalankan. Hazim dikehendaki masuk wad ini bertujuan bagi memastikan Hazim benar-benar sihat dan telah bersedia untuk pembedahan. Bermula jam 4 pagi ( 10 apr 2009) hazim perlu berpuasa daripada minum susu dan hanya dibenarkan meminum air masak sehingga pukul 6.00 pagi. Ya... Allah mampukan bayi sekecil ini berpuasa. Kau berikanlah kekuatan kepada anakku. Sepanjang tempoh berpuasa Hazim hanya menangis dan akhirnya tertido keletihan.

Dalam pukul 7.00 pagi, Irma lapkan badan hazim dengan air suam dan tukarkan Hazim dengan pampers yang bersih. Irma nak Hazim berada dalam keadaan bersih dan segar semasa operation sedang dijalankan. dan 7.30 pagi hazim ditolak ke OT (Operation Theater).

Ni zikir yang Irma baca sepanjang operation berjalan selama 1jam 30 minit.
“LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya') Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim.

Alhamdulillah, Operation berjalan dengan lancar.Terima Kasih kepada Dr. Liaw dan semua kakitangan Hospital Sedang.

p/s: pastikan anda kenal dengan Doktor yang akan menjalankan pembedahan dan tahu serba sedikit prosedur yang akan dijalankan. Kalau boleh buatlah beberapa research supaya anda lebih bersedia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag