Get Widget
Kisah Dina & Hazim: sumbing
Showing posts with label sumbing. Show all posts
Showing posts with label sumbing. Show all posts

Mar 4, 2013

Cleft : Tips Selepas Pembedahan Bibir

Assalammualaikum,

Sambungan daripada entry sebelum ni, dan menjawab persoalan seorang kenalan bagaimana penjagaan selepas pembedahan bibir. Kali ni Irma akan berkongsi pulak tip-tip selepas pembedahan. Penjagaan selepas pembedahan adalah satu tahap yang sangat-sangat penting. Kalau kita buat sambil lewa, kemungkinan untuk sembuh dan dijangkiti kuman tu tinggi.

  • Perkara yang sangat penting, pastikan guna spoon feeder okey, sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 2-3 minggu atau sampai korang yakin yang bekas pembedahan tu dah betul-betul sembuh.

  • Jangan terus bagi susu atau makan selepas pembedahan, Kalau boleh bagi air kosong dulu..untuk bilas mulut anak daripada kesan darah-darah. dan biasakan juga bilas mulut anak dengan air kosong setiap kali lepas minum dan makan supaya mulut anak sentiasa bersih.

  • Belajar dengan nurse cara nak cuci luka dengan betul, okey... Kesilapan Irma dulu sebab tak berapa berapa pandai nak cuci luka tu... ermmm, sebenarnya Irma rasa ngeri nak cuci luka tu... akibatnya masa nak buka jahitan bibir Hazim ada luka sikit.
"Your child's nurse should show you how to take care of the wound. You will need to clean it with soap and water or a special cleaning liquid, and keep it moist with ointment." ~http://www.nlm.nih.gov
 
  • Ada sesetengah baby yang doktor akan pakaikan arm cuffs untuk mengelakkan baby daripada menyentuh atau meletakkan toys ke dalam mulut. Biasalah sama macam kita jugak kalau ada jerawat kat muka pun tangan ni gatal jer nak menyentuh kan...Masa Hazim dulu Irma cuma pakaikan dia sarung tangan (mitten) jer.. Sebab Hazim jalani pembedahan semasa umur dia 3 bulan..so nak pegang-pegang toys masuk dalam mulut memang tak pandai lagi.

  • Apabila yakin bekas pembedahan sudah betul-betul sembuh. boleh mula buat urutan untuk berikan kesan yang cantik. untuk cara urutan boleh rujuk sini dan sini . Irma mulakan urutan ni sebulan selepas pembedahan bibir.

Harap sedikit info ni dapat membantu korang yer....

daa....


Feb 25, 2013

Cleft : Tips Sebelum Pembedahan


Assalammualaikum......

Selamat Pagi u olls, dah lama kan Irma tak bercerita tentang cleft....
So hari ni Irma nak berkongsi sedikit tips, persediaan sebelum menjalani pembedahan
harap dapat dijadikan sebagai sedikit panduan kepada ibubapa diluar sana....

Sebenarnya, kerap juga Irma dihujani email...
wah.... ayat dihujani email ni macam artis lah pulak kan...
Okey kalau dibuat statistik secara kasar...dalam sebulan sekurang-kurangnya irma akan dapat 3 hingga 5 email bertanyakan tips untuk menjaga anak yang akan menjalani pembedahan.
Alhamdulillah, setiap pertanyaan dan perkongsian Irma berjaya jawab walaupun lambat...
maaf yer..korang ,

Tips yang Irma kongsi ni, Irma bagi dalam bentuk point jer lah yer,..senang korang nak faham..

  • Pastikan anak betul-betul sihat, sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu sebelum pembedahan dijalankan. Maksud sihat di sini ialah tak demam, batuk, selsema dan sebagainya.

  • Kalau anak korang ada mengidapi sebarang penyakit...contohnya asma, tolong beritahu doktor...atau nurse. jangan nak sorok-sorok pulak tau...sebab dia akan mendatangkan masalah.Contohnya Hazim, dia akan ada masalah pernafasan setiap kali nak cabut tiub pernafasan dari mulut dia.Perkara ni Irma kesan masa mula-mula dia menjalani pembedahan bibir. So untuk pembedahan seterusnya, Irma akan cerita masalah ni dengan doktor.

  • Okey.... Irma tahu kebanyakkan ibubapa akan menggunakan puting susu semasa memberi susu kepada anak mereka. so...sila pastikan seminggu atau  minggu sebelum pembedahan latih anak korang menggunakan spoon feeder.. kenapa???? sebab utama selepas pembedahan anak tidak akan dibenarkan menggunakan puting susu langsung. Peggunaan puting susu selepas pembedahan boleh beri tekanan kepada bekas pmebedahan so kemungkinan pembedahan akan terbuka semula tu ada.... So jangan nak mengada-ngada yer... Banyak kes terjadi jahitan tempat pembedahan terbuka semula. Kesian lah kat anak korang... bukan lama pun, dah sembuh nanti boleh guna puting susu biasa semua.

  • Ada jugak yang bertanya tentang buaian. Biasalah sesetengah baby akan ada masalah untuk tidur, mesti nak masuk dalam buaian juga. Irma ada terbaca satu blog yang doktor benarkan ibubapa bawa buaian kedalam wad. Hospital mana, Irma tak ingat pulak. So cubalah korang berbincang dengan pihak hospital sama ada boleh bawa buaian atau tidak. Hazim dulu pun macam tu. Apa yang Irma buat... Irma latih hazim tidur tanpa buaian seminggu sebelum pembedahan. Alhamdulillah okey.

  • Ikut arahan doktor, biasanya doktor akan suruh anak kita berpuasa sebelum jalani pembedahan.. hah, yang ni jangan ambil mudah.... biarlah anak korang menangis kelaparan.... daripada pembedahan tertunda. Okey, kat sini tips yang boleh Irma bagi... contohnya Doktor akan beritahu pukul 3.00 pagi last boleh minum susu atau makan, dan pukul 5.00 pagi last boleh minum air masak. So korang bagilah makan atau susu pada anak tu sebelum pukul 3.00 pagi dan minum air masak sebelum jam 5.00 pagi. Kalau anak tengah tidur kejutkan... paksa dia menyusu atau makan.... sama macam kita berpuasa jugak lah kan... perlulah bersahur.

  • Pakaikan anak dengan pakaian yang bersih... kalau tak mandi pun...lap-lap dengn air suam... biar dia segar sebelum pembedahan. 

  • Biasanya, ibu atau bapa akan mengiringi anak sehingga ke bilik pembedahan (OT). Banyak-banyak berdoa semoga pembedahan berjalan dengan jayanya.

Sekian, Untuk tips selepas pembedahan Irma akan share pada entry yang lain yer....


Salam Sayang,
Irma  Ruhani.

Mar 9, 2011

Berjaya Founder's Day (photos)


Dah seminggu event berlalu, baru sekarang sempat nak upload gambar. biasalah lazy busy mama, sibuk mengurus anak sakit secara bergilir-gilir. Alhamdulillah sekarang ni Dina dan Hazim dah semakin sihat cume tinggal batuk-batuk manja jer,  sorry lah tak ada cerita just gambar jer but remember 'A picture Tells A Thousand Words'.

semua 28 Cahrities yang terlibat. 






Booth CLAPAM.


Penyerahan cenderahati kepada Tan Sri Vincent Tan oleh pengerusi CLAPAM.
Rasanya satu Malaysia tahu Tan Sri Vincent Tan ni termasuk dlm senarai Individu terkaya di Malaysia.


Antara Booth yang sempat di jelajahi:


Booth National Stroke Association Malaysia (NASAM)

Booth National Autism Society of Malaysia

Booth Breast Cancer Welfare Association. Betul-betul sebelah Booth CLAPAM.
Kami berjiran...hehe....


Booth Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)

Budak 'encem' yang kerap berlari ke FOS sebab ada kereta merah ni.
siap request bergambar lagi.

Keadaan Diluar Bangunan sangat ramai orang....huhu nak bergerak pun susah.


Feb 23, 2011

Urutan Selepas Operation Part II

Rasanya dah lama tak cerita pasal cleft kan. Sekarang ni Irma banyak jawab persoalan cleft melalui email sahaja. Irma selesa seperti itu sebab rasa lebih dekat dengan ibu bapa yang mempunyai anak cleft.  Kali ni Irma nak cerita lebih terperinci mengenai urutan cleft. Kalau sebelum ni entry Irma terlalu ringkas dan umum.
   
Sebelum memulakan urutan pastikan luka pada bekas pembedahan telah benar-benar sembuh. Ia bertujuan bagi mengelakkan  berlakukanya jangkitan kuman atau kesan pembedahan kembali berdarah.

Mengurut menggunakan sebarang minyak atau losyen yang mengandungi vitamin E, sebabnya Vitamin E mengandungi khasiat yang baik untuk kulit. Rasanya tak perlulah disini Irma detailkan lagi khasiat vitamin E. Kalau nak tahu detail sila google sendiri okeh. seperti entry sebelum ini, Irma suka guna Bio Oil sebab baunyer yang harum disamping dah terang-terang dah ia bagus untuk sebarang kesan luka dan stretch mark.
Ok, selain tu apabila kita mengurut menggunakan minyak atau losyen tidaklah memberi kesan yang menyakitkan pada kulit.

Ok.Irma cerita pulak teknik urutan yang Irma lakukan.

Pada 2 minggu pertama Irma lakukan urutan secara menegak mengikut sepanjang garisan luka pembedahan. Buat urutan secara menarik ke bawah dari hidung ke bibir. Amalkan sekerap mungkin. Biasanya Irma buat setiap pagi dan malam, sebab Irma bekerja tetapi Kak Tina (ex-maid)  akan buat setiap kali tukar pampers Hazim.

Selepas dua minggu tambahkan teknik urutan dengan membuat bulatan kecil pada sepanjang bekas pembedahan. Maksudnya disini mulakan urutan menegak diikuti urutan membulat.seperti gambar dibawah. Amalkan juga serap mungkin.  Tempoh berapa minit setiap urutan terpulang kepada anda. Irma biasa buat lebih kurang dalam 3 - 5 minit untuk setiap sesi. Tetapi sejak Hazim dah besar ni Irma buat setiap malam sambil mendodoi dia hingga tertidur. Kadang-kadang tu Hazim yang request Irma Urut kesan operation dia. Amalkan secara consistent Insya'Allah akan nampak Hasilnya.

Jan 6, 2011

Last Review

Semalam merupakan kali terakhir Hazim ada review Clinik Plastik di hospital Serdang. Selepas ni semua review plastik akan dibuat dia HKL. Ini apa yang telah dimaklumkan oleh kakitangan kat hospital Serdanglah. Kalau Irma tersalah Info sila maklumkan yer.... Tapi untuk klinik ENT dan Klinik Paedratic masih lagi di Hospital serdang. So..ini bukanlah kali terakhir kami akan menjejakkan kaki disini. Sebab Hazim masih lagi ada follow up untuk kedua-dua klinik ni.

Parents semua, jangan ingat bila anak dah selesai menjalani operation bibir dan lelangit maka selesaikan semuanya. Sebenarnya untuk anak klef macam Hazim banyak lagi follow up yang perlu dijalani seperti ujian pendengar, pertuturan dan memantau perkembangan fizikal mereka.


 Budak yang sangat aktif, memang susah sangat nak duduk diam.


Muka protes apabila Abah suruh stop bermain.

Berpeluang bertemu dengan Baby Ummu.
Baby ummu ni salah seorang pembaca blog MamaDinaHazim tau...
hahaha... statement  tak tahan, macam baby ummu ni pandai membaca jer...
parents dialah...

Hah, baru clear muka baby Ummu,
baby ni tersangatlah aktif nak dapatkan gambar yang clear memang susah.


Ni lah Dr Choeng,

Doktor yang menjalankan operation bibir Hazim masa usia Hazim 3 bulan,Selepas ni Dr. Cheong dah tak berkhidmat di sini. Beliau akan berkhidmat di Hospital Pantai.so sesiapa yang memerlukan khidmat Dr Dheong bolehlah berjumpa beliau di Hospital Pantai.Kami juga akan mengikut beliau ke Hospital Pantai.  

So  untuk entry klinik plastik seterusnya adalah dari Hospital Pantai.

Nov 30, 2010

Workshop: Supporting Children with Speech Sound Disorders

Sabtu lepas, Irma berpeluang menghadiri satu workshop " “Supporting Children with Speech Sound Disorders” yang diadakan di The Legend Hotel, Kuala Lumpur. Workshop ini anjurkan oleh People Factor Asia.  Sepanjang sehari mengikuti workshop ni banyak info yang dikongsikan dan ada ditunjukkan bagaimana cara menghadapi kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan.
terutamanya kanak-kanak seperti Hazim yang lahir dalam keadaan cleft. sebenarnya bukan kanak-kanak yang lahir dengan keadaan cleft sahaja yang mengalami masalah pertuturan terdapat juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat bertutur, dan masalah pendengaran.

Kadar bayaran untuk sertai ni workshop ni RM600., tapi irma pergi free jer sebab under  CLAPAM. so lepas ni kene pratikkan betul2 ilmu yang telah dipelajari ...walau pun free jangan ambil enteng okeh... mungkin lepas ni boleh membantu kanak-kanak lain.

Workshop ni, disampaikan oleh Dr.Caroline Bowen (Speech -Language Pathologist) dari Australia yang mempunyai pengalaman selama 40 tahun dlm bidang ini. Memang berbaloilah dapat join workshop ni.


Pandangan dari tempat duduk Irma baris k tiga dari belakang. Sampai tepat pukul 9.00 pagi tempat dihadapan semua dah penuh. Lepas ni kene datang lagi awal.

Nanti berkesempatan Irma akan berkongsi apa yang Irma cuba pratikkan pad Hazim yer. so nantikan..

Sep 19, 2010

Urutan selepas pembedahan Bibir

Pastinya perasaan lega dan gembira terpancar diwajah ibu dan ayah, sebaik sahaja anak yang dilahirkan dengan kleft bibir telah selesai menjalani pembedahan. Perasaan penat menjawab setiap persoalan yang diajukan kian pudar. Syukur kepadaNya memudahkan segala urusan.

Kali ni, Irma ingin kongsikan urutan yang Irma lakukan pada Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir. Irma dapat info ni dari Doktor Liaw semasa beliau merawat Hazim di hospital. Dr Liaw advice Irma kerap lakukan urutan di tempat luka pembedahan menggunakan baby oil setelah luka benar-benar sembuh.

Biasanya bekas luka pembedahan akan kelihatan amat buruk dan beruping sebelum ianya beransur-ansur pulih.Terdapat dua jenis jahitan yang mana jahitan yang akan tertanggal dengan sendirinya manakala yang satu lagi jahitan yang akan dibuka  kira-kira seminggu selepas pembedahan.

Hazim seminggu selepas pembedahan bibir

Sekarang, nampak lebih encem kan...

Selepas 2 minggu, Hazim selesai menjalani pembedahan bibir. Irma amalkan satu urutan lembut dalam gerakan melingkar (circular motion) dan menolak-nolaknyaya ke bawah dengan menggunakan Bio Oil selama 3 hingga 5 minit Urutan ini  dapat membantu melembabkan dan melembutkan kulit dan bekas luka berkanaan disamping menghilangkan kesan parut yang ada. Sebelum lakukan urutan pada kesan pembedahan pastikan dahulu kesan pembedahan benar-benar telah sembuh dan tidak bernanah.

Kenapa Irma menggunakan Bio Oil sebab ia mengandungi vitamin A dan E dan ia Dihasilkan daripada minyak kalendula, lavender,rosemary dan kamomil yang mana boleh menghilangkan kesan parut pada kulit yang luka. tapi kalau tak suka atau tiada  boleh gunakan sebarang minyak yang mengandungi vitamin E.

Ni bukan bertujuan untuk promote bio oil okeh, tapi bercerita berdasarkan pengalaman. kepada syarikat Nuvanta Sdn. Bhd sila ambil hazim untuk model iklan yer. hehehe... 

Imej hasil carian En. Google.

p/s: Irma masih amalkan urutan ni sampai sekarang walaupun Hazim dah besar kadang-kadang tu sampai Hazim terlena.

Jul 19, 2010

Uji Pendengaran

Pada 29 julai 2010 ni, Hazim akan menjalani ujian pendengaran lagi buat kali keempat. Kenapa banyak kali yer ? sebab setiap kali ujian pendengaran dilakukan mesti ada masalah pada telinga tengah. Puncanya tidak dapat dikenalpasti lagi.
Masa pertama kali ujian dilakukan Hazim belum lagi menjalani pembedahan lelangit. Kali kedua hazim mengalami selsema   3 hari sebelum ujian so masa hari ujian dilakukan telinga tengah blok. Kali ketiga Irma tak pasti kenapa rasanya ada kaitan dengan selesema juga kot. Ops... boleh tak pakai kot-kot ni yer...  dan yang ini kali keempat. berharap sangat Kali ini tiada sebarang masalah.
Kalau refer pada jadual yang Irma refer dari sini . kat bawah ni, pendengaran Hazim macam tak ada sebarang masalah. Tapi tak tahulah kenapa setiap kali ujian dilakukan mesti Audiologist beritahu yang telinga tengah Hazim mengandungi cecair yang boleh mengganggu pendengaran Hazim. buat masa ni tiada sebarang ubat yang dibekalkan cuma perlu pemantauan.

Hearing Milestones: A parent's checklist
The following are some age-related guidelines that may help to decide if your child may be having hearing problems. It is important to remember that children reach milestones at different ages: every child is different. Consult your child's physician if you are concerned that your child is not hearing appropriately. The American Speech-Language-Hearing Association lists the following age-appropriate hearing milestones.

Birth
  • listens to speech (Okeh, sangat respond)
  • startles or cries at noises (Ok)
  • awakens at loud sounds (Ok, sangat respond)

0-3 months
  • turns to you when you speak (ya.. hazim love listening my voice)
  • smiles when spoken to (yes, with beautiful smile,especially when the operation is done)
  • recognizes your voice and quiets down when crying ( yes, 'Hazim'kan anak Mama)
4-6 months
  • responds to "no" and changes in your tone of voice (yes)
  • looks around for sources of noise (doorbell, vacuum, etc.) (yes)
  • notices toys that make sound (yes)
7 months - 1 yr
  • listens when spoken to (yes, Hazim can respond)
  • turns or looks up when his/her name is called (yes)
  • enjoys games like pat-a-cake or peek-a-boo (yes, His favorite game is Cok..Cok..Pin...)
  • responds to simple requests ("come here", "want more?") (yes)
  • recognizes words for common items ("cup, "shoe", "juice") (yes)
1-2 yrs
  • listens to simple stories, rhymes, or songs (ya.., Hazim suka bila Mama menyanyi selawat sebelum tidur)
  • follows simple commands and understands simple questions ("roll the ball", "kiss the baby") (yes, Hazim suka cium mulut pipi Mama)
  • can point to a few body parts when asked (yes, Hazim can point his nose, ears, tongue and eyes)
  • points to pictures in books when they are named (yes, Hazim boleh meniru bunyi haiwan-haiwan apabila mama tunjuk gambar cat, tiger, bird, elephant, cow, ect)
2-3 yrs
  • can follow two requests ("get the ball and put it on the table") (yes)
  • continues to notice sounds (phone ringing, television, etc.) (yes)
  • understands difference in meaning (go/stop, big/little, up/down) (yes)
3-4 yrs
  • can answer simple "who", "what", "where", "why" questions
  • can hear radio and TV at the same loudness as others
  • can hear you when you call from another room (yes, Hazim can find me...)
4-5 yrs
  • pays attention to simple stories and can answer questions about it
  • people who know your child think he/she hears well
  • hears and understands most of what is said at home and in school

Jun 22, 2010

CLAPAM Charity Movie

Pada 20 Jun 2010, Ahad, CLAPAM telah membuat satu Tayangan Amal Toy Story 3 bertempat di TGV KLCC.

Tiket dijual dengan harga RM100/seat. Hasil jualan tiket akan digunakan bagi aktiviti persatuan dan menampung kos pembedahan cleft untuk ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Irma bersama Pn. Zuraini di kaunter CLAPAM sambil menunggu penderma mengambil tiket wayang. Mereka juga diberikan Buletin dan Button CLAPAM sebagai cenderahati selain kupon popcorn bersama softdrink/mineral water.

Hazim seronok makan popcorn sambil memandang orang ramai yang lalu lalang depan kaunter.

Wajah happy Dina bila dapat menonton Toy Story 3 dan request nak menonton lagi.
Lepas ni kita tengok Katare kid pulak ye..Dina.

*** Ini merupakan kali pertama Irma bawa Hazim menonton wayang. Masa mula-mula agak risau jugak, takut Hazim tidak biasa dengan bunyi yang kuat dan keadaan yang gelap. Alhamdulillah semua nya berjalan dengar lancar.Hazim cuma menonton pada setengah jam pertama je.. lepas tu lena atas bahu Irma.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag