Get Widget
Kisah Dina & Hazim: feeding
Showing posts with label feeding. Show all posts
Showing posts with label feeding. Show all posts

Jan 13, 2010

Menyusukan Bayi Cleft

Bila baca blog kawan-kawan terutamanya dari Susuibu.com rasa terpanggil plak nak share pengalaman irma direct BF Hazim, tentu ramai tak tahu atau tertanya-tanya mcam mana nak BF bayi cleft kan...kan..... emmmm..... betul ke? entah-entah Irma sorang je yang tak tahu. walau pun .......
Sebenarnya bayi yang dilahirkan dengan cleft bibir boleh direct BF seperti biasa walaupun sebelum pembedahan dilakukan. Berbeza dengan bayi yang dilahirkan dalam keadaan cleft lelangit kerana mereka agak sukar untuk direct BF (kurangnya daya sucking) tetapi itu semua bergantung keadaan bayi tersebut. Dalam sesuatu keadaan yang berbeza keinginan dan pengalaman ibu adalah penting. Tak salah kita 'try and error' daripada tidak mencuba langsung. Percayalah kepada gerak hati sendiri. Insya Allah, Allah sentiasa menolong hamba-Nya. Irma bukan pakar laktasi yang boleh memberi panduan dan tunjuk ajar bagaimana untuk BF bayi. Apa yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman Irma sendiri.
2 kaedah yang biasa Irma gunakan bagi menyusukan Hazim ialah football Hold & Cradel Hold. Tapi Irma prefer football hold coz rasa lebih selesa. Hazim pun tak mudah tersedak.
Kaedah Football hold Duduk di atas sofa / tempat tidur . Letakkan bayi dibawah lengan dengan keadaan bayi berbaring. Boleh gunakan bantal atau 'nursing pillow' untuk membantu menyokong kedudukan bayi. letakkan kepala bayi ditangan Anda (pada sisi yang sama dengan payudara yang digunakan)dan badan bahagian atas bayi berada diatas tangan anda. dengan cara ini anda dapat mendorong kepala bayi ke arah areola (lingkaran gelap di sekitar puting) ke dalam mulut mereka. Kaedah ini juga biasanya, digunakan oleh ibu-ibu yang melahirkan anak secara ceasarean.

Football Hold

Kaedah Cradel (tradisional) Dalam kaedah cradle (tradisional), Ibu berada dalam keadaan duduk. Satu lengan mendukung bayi atau kepala bayi berada di linkungan siku dan tangan terbuka berada dipunggung bayi bagi menyokong kedudukan bayi, perut bayi berada mengadap ibu. Ibu juga boleh menggunakan bantal dengan meletakkan dipangkuan bagi keadaan yang lebih selesa.
Cradle Hold (tradisional)
Jangan lupa sedawakan bayi selepas setiap kali penyusuan OK. Selain daripada itu Irma juga menggunakan pam penyusuan. Ingat walaupun anak kita dilahirkan tidak dalam keadaan sempurna tetapi jangan sesekali nafikan hak dia terhadap susu ibu. banyak cara/ kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan anak mendapat bekalan susu ibu.

Jan 5, 2010

Peralatan Penyusuan Bayi Kleft

Penyusuan bayi merupakan cabaran paling utama bagi ibu bapa yang mempunyai anak Kleft. Pengalaman Irma menyusukan Hazim banyak mengajar Irma erti kesabaran. Coz we can't simply place a bottle in the their mouth and let them drinking like a normal baby remember ya...... Bayi cleft tidak boleh menyusu menggunakan botol/puting susu biasa atau cara penyusuan susu ibu biasa sebab bayi tidak boleh sucking dengan baik. They need special(bottle,niples). Kat bawah ni contoh botol dan puting yang Irma gunakan. Sebelum Hazim menjalani Operation.


Puting botol jenis Ortodontic (sumber CLAPAM)

Botol softplas berserta feeder jenis sudu (sumber CLAPAM)


Perlu diingat semasa proses penyusuan kedudukan bayi perlu ditegakkan sedikit bagi memastikan susu tidak mengalir masuk ke dalam telinga. Pada permulaan bayi mungkin mudah tersedak dan susu memasuki rongga hidung tapi jangan risau kerana itu adalah proses normal lama-kelamaan bayi akan pandai mengawalnya.

Jangan terperanjat jika bayi anda perlu tinggal lama dihospital kerana terdapat juga sesetengah hospital tidak membenarkan ibu bapa discaj anak mereka sehingga pihak hospital berpuashati dengan cara penyusuan yang diberikan.

Kenapa perlu menggunakan special feeder ?????

  • Bayi yang dilahirkan cleft lelangit kurang daya sucking menyebabkan bayi memerlukan tenaga yang banyak untuk menyusu.
  • Biasanya botol utk bayi cleft  teksturnya lembut. Ini membolehkan si ibu memicit botol untuk mengawal pengaliran keluar susu tersebut.
  • Penggunaan puting ortodentik dapat mengawal bayi daripada tersedak kerana kedudukan lubang putingnya yang berada di atas lidah tidak seperti  puting susu biasa.
Peralatan penyusuan bayi cleft boleh daripada CLAPAM .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag