Get Widget
Kisah Dina & Hazim: cleft
Showing posts with label cleft. Show all posts
Showing posts with label cleft. Show all posts

Mar 4, 2013

Cleft : Tips Selepas Pembedahan Bibir

Assalammualaikum,

Sambungan daripada entry sebelum ni, dan menjawab persoalan seorang kenalan bagaimana penjagaan selepas pembedahan bibir. Kali ni Irma akan berkongsi pulak tip-tip selepas pembedahan. Penjagaan selepas pembedahan adalah satu tahap yang sangat-sangat penting. Kalau kita buat sambil lewa, kemungkinan untuk sembuh dan dijangkiti kuman tu tinggi.

  • Perkara yang sangat penting, pastikan guna spoon feeder okey, sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 2-3 minggu atau sampai korang yakin yang bekas pembedahan tu dah betul-betul sembuh.

  • Jangan terus bagi susu atau makan selepas pembedahan, Kalau boleh bagi air kosong dulu..untuk bilas mulut anak daripada kesan darah-darah. dan biasakan juga bilas mulut anak dengan air kosong setiap kali lepas minum dan makan supaya mulut anak sentiasa bersih.

  • Belajar dengan nurse cara nak cuci luka dengan betul, okey... Kesilapan Irma dulu sebab tak berapa berapa pandai nak cuci luka tu... ermmm, sebenarnya Irma rasa ngeri nak cuci luka tu... akibatnya masa nak buka jahitan bibir Hazim ada luka sikit.
"Your child's nurse should show you how to take care of the wound. You will need to clean it with soap and water or a special cleaning liquid, and keep it moist with ointment." ~http://www.nlm.nih.gov
 
  • Ada sesetengah baby yang doktor akan pakaikan arm cuffs untuk mengelakkan baby daripada menyentuh atau meletakkan toys ke dalam mulut. Biasalah sama macam kita jugak kalau ada jerawat kat muka pun tangan ni gatal jer nak menyentuh kan...Masa Hazim dulu Irma cuma pakaikan dia sarung tangan (mitten) jer.. Sebab Hazim jalani pembedahan semasa umur dia 3 bulan..so nak pegang-pegang toys masuk dalam mulut memang tak pandai lagi.

  • Apabila yakin bekas pembedahan sudah betul-betul sembuh. boleh mula buat urutan untuk berikan kesan yang cantik. untuk cara urutan boleh rujuk sini dan sini . Irma mulakan urutan ni sebulan selepas pembedahan bibir.

Harap sedikit info ni dapat membantu korang yer....

daa....


Feb 27, 2013

Cleft : Cleft / CLAPAM Tab


Assalammualaikum....


Irma dah selesai update Cleft/CLAPAM tab. 
So lepas ni taklah tercari-cari entries tentang Cleft lagi yer...
last update 25 Februari 2013.

 
 
daaa.......


Feb 25, 2013

Cleft : Tips Sebelum Pembedahan


Assalammualaikum......

Selamat Pagi u olls, dah lama kan Irma tak bercerita tentang cleft....
So hari ni Irma nak berkongsi sedikit tips, persediaan sebelum menjalani pembedahan
harap dapat dijadikan sebagai sedikit panduan kepada ibubapa diluar sana....

Sebenarnya, kerap juga Irma dihujani email...
wah.... ayat dihujani email ni macam artis lah pulak kan...
Okey kalau dibuat statistik secara kasar...dalam sebulan sekurang-kurangnya irma akan dapat 3 hingga 5 email bertanyakan tips untuk menjaga anak yang akan menjalani pembedahan.
Alhamdulillah, setiap pertanyaan dan perkongsian Irma berjaya jawab walaupun lambat...
maaf yer..korang ,

Tips yang Irma kongsi ni, Irma bagi dalam bentuk point jer lah yer,..senang korang nak faham..

  • Pastikan anak betul-betul sihat, sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu sebelum pembedahan dijalankan. Maksud sihat di sini ialah tak demam, batuk, selsema dan sebagainya.

  • Kalau anak korang ada mengidapi sebarang penyakit...contohnya asma, tolong beritahu doktor...atau nurse. jangan nak sorok-sorok pulak tau...sebab dia akan mendatangkan masalah.Contohnya Hazim, dia akan ada masalah pernafasan setiap kali nak cabut tiub pernafasan dari mulut dia.Perkara ni Irma kesan masa mula-mula dia menjalani pembedahan bibir. So untuk pembedahan seterusnya, Irma akan cerita masalah ni dengan doktor.

  • Okey.... Irma tahu kebanyakkan ibubapa akan menggunakan puting susu semasa memberi susu kepada anak mereka. so...sila pastikan seminggu atau  minggu sebelum pembedahan latih anak korang menggunakan spoon feeder.. kenapa???? sebab utama selepas pembedahan anak tidak akan dibenarkan menggunakan puting susu langsung. Peggunaan puting susu selepas pembedahan boleh beri tekanan kepada bekas pmebedahan so kemungkinan pembedahan akan terbuka semula tu ada.... So jangan nak mengada-ngada yer... Banyak kes terjadi jahitan tempat pembedahan terbuka semula. Kesian lah kat anak korang... bukan lama pun, dah sembuh nanti boleh guna puting susu biasa semua.

  • Ada jugak yang bertanya tentang buaian. Biasalah sesetengah baby akan ada masalah untuk tidur, mesti nak masuk dalam buaian juga. Irma ada terbaca satu blog yang doktor benarkan ibubapa bawa buaian kedalam wad. Hospital mana, Irma tak ingat pulak. So cubalah korang berbincang dengan pihak hospital sama ada boleh bawa buaian atau tidak. Hazim dulu pun macam tu. Apa yang Irma buat... Irma latih hazim tidur tanpa buaian seminggu sebelum pembedahan. Alhamdulillah okey.

  • Ikut arahan doktor, biasanya doktor akan suruh anak kita berpuasa sebelum jalani pembedahan.. hah, yang ni jangan ambil mudah.... biarlah anak korang menangis kelaparan.... daripada pembedahan tertunda. Okey, kat sini tips yang boleh Irma bagi... contohnya Doktor akan beritahu pukul 3.00 pagi last boleh minum susu atau makan, dan pukul 5.00 pagi last boleh minum air masak. So korang bagilah makan atau susu pada anak tu sebelum pukul 3.00 pagi dan minum air masak sebelum jam 5.00 pagi. Kalau anak tengah tidur kejutkan... paksa dia menyusu atau makan.... sama macam kita berpuasa jugak lah kan... perlulah bersahur.

  • Pakaikan anak dengan pakaian yang bersih... kalau tak mandi pun...lap-lap dengn air suam... biar dia segar sebelum pembedahan. 

  • Biasanya, ibu atau bapa akan mengiringi anak sehingga ke bilik pembedahan (OT). Banyak-banyak berdoa semoga pembedahan berjalan dengan jayanya.

Sekian, Untuk tips selepas pembedahan Irma akan share pada entry yang lain yer....


Salam Sayang,
Irma  Ruhani.

Nov 10, 2011

"Mama Gigi Adik Patah"

Salam Aidil Adha uolls,
macam mana sambutan Aidil Adha ?


Irma tak masuk bahagian korban pun tahun ni...
cuma dapat daging korban jer..hehe
Syukur .....Alhamdulillah,

Sebelum ni ramai yang tertanya tanya
perkembangan / pertumbuhan gigi Hazim
sebab kebanyakkan kes cleft akan mengalami masalah pertumbuhan gigi
semuanya bergantung atas keadaan klef tu sendiri bagaimana

Alhamdulillah,
Gigi Hazim tumbuh jugak dibahagian klef tu cuma
tak berapa cantik..
disebabkan gusi Hazim senget so gigi dia pun ikut senget jugak
sebelum ni Hazim tak pernah perasan pun yang gigi dia tu senget
sanpai lah satu hari tu apabila dia gigit pisang menggunakan bahagian yang klef tu 
dan pisang tu tak putus langsung
masa ni barulah dia perasan yg gigi dia tak sempurna.

Hazim : Mama, gigi adik patah
Mama: yer ker...sini mama tengok
Hazim : ni..... (sambil tunjuk kat gusi yg cleft )
Mama : ni bukan patah tapi gigi adik kecik lagi..
Hazim : kecik ker? kecik ker mama ? (tanya berulang-ulang)
Mama : iyer lah... gigi adik kecik nanti klu adik besar gigi adik pun ikut lah besar

sampai sekarang hazim percaya cakap Irma yang gigi dia akan membesar
tak tahu lagi macam mana Irma nak explain pada hazim berkenaan gigi dia
mungkin tunggu Hazim umur 4 tahun kot, masa tu mungkin Hazim dah faham.

Berdasarkan apa yang Irma bernbincang dengan doktor..
Hazim akan menjalani pembedahan untuk membetulkan pertumbuhan gigi dia seawal 9 tahun.
Itu semua bergantung kepada perkembangan fizikal Hazim

Mama janji mama akan berusaha untuk Hazim kelihatan sempurna

nak tahu lebih lanjut jadual pembedahan yang bakal hazim jalani
boleh rujuk sini 


macam ni lah bentuk gusi dan perkembangan gigi Hazim.

** Biar fizikal kita tidak sempurna yang penting hati dan akal kita sempurna.



Oct 4, 2011

CLAPAM : (Gambar) Forum Awam Klef PPUKM 2011

Salam,

Baru berkesempatan upload gambar sekitar Forum Awam Klef PPUM 2011 yang diadakan pada 1 Oktober 2011 (sabtu). Anjuran bersama CLAPAM dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. dengan tajaan ExonMobile. yang wajib kami hadiri tiap-tiap tahun.

Mula-mula sampai kene mendaftar dengan 2 orang wanita anggun di bawah ni yer.... hiks,

Irma dan Kak Sharol
Posing sekejap sebelum memulakan tugas...

Kemudian mendaftar di kaunter ExonMobile untuk mendapatkn kupon makanan dan souvernier.


2 orang budak penyokong setia.

Harimau menghiburkan kanak-kanak sementara ibubapa menyertai forum.
Dina beritahu Irma Harimau ni baik sebab tak makan orang lepas tu dia bagi permainan dan ais-krim.






 Kanak-kanak sibuk dengan aktiviti masing-masing

 
Aktiviti mewarna untuk Kanak-kanak berusia bawah 7 tahun.



Kanak-kanak berumur 7 tahun keatas bermain musical chairs

Sekian,

Sep 23, 2011

CLAPAM : Forum Awam Klef Dan Hari Keluarga CLAPAM

Salam Jumaat semua,

Kepada kawan-kawan CLAPAM , kalau tidak ke mana-mana pada  1 Oktober 2011 ni  jomlah sertai Forum Awam Klef Dan Hari Keluarga CLAPAM yang akan diadakan di  Bangunan Pendidikan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia .Jalan Yaacob Latiff, bandar Tun Razak, Cheras. Kuala Lumpur.

Boleh kita berbincang Isu-isu  klef dan meluahkan masalah bersama penceramah jemputan CLAPAM antaranya :

  • Isu-Isu Pediatrik (Asso Pfor Dr. Raja Juanita Raja Lope)
  • Isu-isu Pembedahan (Dr Mohamed Faizal Ali)
  • Isu-Isu Pertuturan dan Komunikasi (Pn Shaharina Zawawi)
  • Isu-Isu Pergigian (Kol (B) Dr Asiah Wahad)
  • Peranan CLAPAM dan Kimuniti. (En. Zainal Azhar bin Ahmad)

Insya'Allah kalau tak ada halangan Irma akan pergi majlis tu nanti. Semoga kita dapat bersua muka yer dan mengeratkan lagi Ukwah di antara kita.

Jumpa Di Sana yer.

 

Sep 18, 2011

Cleft: Pemakanan selepas Pembedahan Lelangit

Bagaimana pemakanan Hazim setelah pembedahan lelangit dilakukan ?

Selepas selesai pembedahan membetulkan lelangit. Hazim terpaksa ditahan diwad ICU selama 24 jam ini kerana Hazim mengalami komplikasi paru-paru. Sepanjang berada di ICU irma hanya dibenarkan melawat Hazim bukan menemaninya.

Alhamdullillah, sepanjang di ICU hazim berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang ke Wad keesokkan harinya. Di wad Hazim dibenarkan makan dan minum seperti biasa .

Bagi penyediaan makanan Hazim, Irma dinasihatkan untuk memberi Hazim minum air masak selepas minum dan makan ini bertujuan bagi mengelakkan terjadinya jangkitan kuman pada luka pembedahan tersebut. Irma juga digalakkan memberikan hazim ais-cream untuk memberikan kesan kebas pada jahitan lelangit seterusnya mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan.

Bentuk makanan yang dibenarkan?.

Hazim dibenarkan untuk makan sebarang bentuk makanan tetapi makanan tersebut mestilah lembut seperti bubur dan bijirin . Irma juga akan pastikan makanan Hazim telah betul-betul sejuk kerana makanan yang panas boleh memudaratkan jahitan lelangit hazim. Ada juga beberapa ketika Irma terlewat menyediakan makanan Hazim. Dalam keadaan ini Irma akan campurkan beberapa ketul ais dalam makanan Hazim.

Irma hanya memberikan hazim makanan pejal (finger food)  selepas Irma yakin bahawa lelangit hazim telah sembuh sepenuhnya. Iaitu kira-kira sebulan selepas pembedahan. 

p/s:  Bersama-sama kita doakan semoga Adik Faris selamat menjalani pembedahan lelangit esok.( 20 Sept 2011) Setelah tertunda beberapa kali sebab masalah kesihatan. Semoga kali ni tiada lagi halangan yer sayang. amin.

Aug 2, 2011

Berakhir sudah.....

Salam Ramadhan semua.....

Pagi tadi, Hazim Encem ada appointment dengan klinik ENT Serdang.
ni kali ke berapa yer.....???
rasanya-rasanya dah kali ke 4 @ 5  kot...
dan setiap kali review setiap kali tu juga lah Irma berdoa semoga ini review yang terakhir
bukan berkira nak Hazim review tapi tak sanggup menempuh lautan manusia...
tapi kali ni hospital lengang gile.... rasa pelik pulak....
mana pergi semua orang sakit yer????
agaknya orang sakit semua dah sihat berkat bulan ramadhan,
syukur alhamdulillah.....

Appointment Hazim hari ni sepatutnya pukul 9.00 pagi
tadi saje jer nak datang lewat sikit
sebab kalau datang awal pun nanti balik tetap lambat jugak
so pagi tadi Irma sampai hospital lebih kurang 8.40 pagi...
terus ambil giliran untuk pendaftaran tak sampai 10 minit lepas tu terus kene panggil
dan pukul 9.00 Irma dah ada dalam klinik ENT.
hah, cepatkan ..... selalunya kat kaunter pendaftaran tu je kene tunggu dekat 1 jam baru dipanggil

Kat klinik ENT pun tak ada pesakit... letak je appoinment book terus dipanggil
buat ujian audio lebih kurang 20 minit dah siap....
bestkan ..... kalau setiap kali datang macam ni......
dan yang paling best sekali......lepas ni Hazim tak perlu datang ke Hospital Serdang lagi sebab
 telinga tengah hazim pun dah sihat....Alhamdulillah,
Akhirnya doa Irma termakbul jua.... berkat bulan ramadhan.


p/s : tengah mencari idea untuk entry cabaran # 2 [Ipad MySuperKids)

Jul 29, 2011

Sharing: Born With Smile






note: klik the picture to enlarge

sumber:http://www.facebook.com/spreadthesmile

Jul 8, 2011

Cabaran #1 : Kelahiran

Dedikasi untuk buah hati mama AKMAL HAZIM


Lahirnya tidak sesempuna insan biasa
tetapi ia cukup memberi makna
Inilah sumber kekuatan abah dan mama
menjadikan kamu insan berjaya

Dikala usia kandungan menjangkau 28 minggu
perkhabaran diterima meyentap kalbu
Tatkala itu mama diam terpaku
memikirkan bagaimana nasibmu

Mama dan abah terus mencari kepastian
Doktor dan pakar pertemuan disusunkan
Memanjat doa kepada Tuhan
harapan yang kelihatan cuma bayangan

Wajah Hazim sebelum pembedahan

Laporan 3D scan menunjukkan bukti
apa yang dilihat sememangnya pasti
Tambah sebak rasanya hati
masalah jantung pula perkhabaran diberi.

Andai itu sudah suratan
akan diterima tanpa persoalan
semoga dipermudah segala urusan
cekallah kamu wahai insan

9 Jan 09 kamu selamat dilahirkan
Mama dan Abah menyusun perancangan
Pembedahan demi pembedahan dijalankan
Akhirnya wajahmu sesempurna insan

 Wajah Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir dan soft palate


"Entri ini ditulis untuk cabaran #1 ipad MySuperKids yang direviu oleh Almiraz"

Mar 9, 2011

Berjaya Founder's Day (photos)


Dah seminggu event berlalu, baru sekarang sempat nak upload gambar. biasalah lazy busy mama, sibuk mengurus anak sakit secara bergilir-gilir. Alhamdulillah sekarang ni Dina dan Hazim dah semakin sihat cume tinggal batuk-batuk manja jer,  sorry lah tak ada cerita just gambar jer but remember 'A picture Tells A Thousand Words'.

semua 28 Cahrities yang terlibat. 






Booth CLAPAM.


Penyerahan cenderahati kepada Tan Sri Vincent Tan oleh pengerusi CLAPAM.
Rasanya satu Malaysia tahu Tan Sri Vincent Tan ni termasuk dlm senarai Individu terkaya di Malaysia.


Antara Booth yang sempat di jelajahi:


Booth National Stroke Association Malaysia (NASAM)

Booth National Autism Society of Malaysia

Booth Breast Cancer Welfare Association. Betul-betul sebelah Booth CLAPAM.
Kami berjiran...hehe....


Booth Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)

Budak 'encem' yang kerap berlari ke FOS sebab ada kereta merah ni.
siap request bergambar lagi.

Keadaan Diluar Bangunan sangat ramai orang....huhu nak bergerak pun susah.


Feb 23, 2011

Urutan Selepas Operation Part II

Rasanya dah lama tak cerita pasal cleft kan. Sekarang ni Irma banyak jawab persoalan cleft melalui email sahaja. Irma selesa seperti itu sebab rasa lebih dekat dengan ibu bapa yang mempunyai anak cleft.  Kali ni Irma nak cerita lebih terperinci mengenai urutan cleft. Kalau sebelum ni entry Irma terlalu ringkas dan umum.
   
Sebelum memulakan urutan pastikan luka pada bekas pembedahan telah benar-benar sembuh. Ia bertujuan bagi mengelakkan  berlakukanya jangkitan kuman atau kesan pembedahan kembali berdarah.

Mengurut menggunakan sebarang minyak atau losyen yang mengandungi vitamin E, sebabnya Vitamin E mengandungi khasiat yang baik untuk kulit. Rasanya tak perlulah disini Irma detailkan lagi khasiat vitamin E. Kalau nak tahu detail sila google sendiri okeh. seperti entry sebelum ini, Irma suka guna Bio Oil sebab baunyer yang harum disamping dah terang-terang dah ia bagus untuk sebarang kesan luka dan stretch mark.
Ok, selain tu apabila kita mengurut menggunakan minyak atau losyen tidaklah memberi kesan yang menyakitkan pada kulit.

Ok.Irma cerita pulak teknik urutan yang Irma lakukan.

Pada 2 minggu pertama Irma lakukan urutan secara menegak mengikut sepanjang garisan luka pembedahan. Buat urutan secara menarik ke bawah dari hidung ke bibir. Amalkan sekerap mungkin. Biasanya Irma buat setiap pagi dan malam, sebab Irma bekerja tetapi Kak Tina (ex-maid)  akan buat setiap kali tukar pampers Hazim.

Selepas dua minggu tambahkan teknik urutan dengan membuat bulatan kecil pada sepanjang bekas pembedahan. Maksudnya disini mulakan urutan menegak diikuti urutan membulat.seperti gambar dibawah. Amalkan juga serap mungkin.  Tempoh berapa minit setiap urutan terpulang kepada anda. Irma biasa buat lebih kurang dalam 3 - 5 minit untuk setiap sesi. Tetapi sejak Hazim dah besar ni Irma buat setiap malam sambil mendodoi dia hingga tertidur. Kadang-kadang tu Hazim yang request Irma Urut kesan operation dia. Amalkan secara consistent Insya'Allah akan nampak Hasilnya.

Jan 6, 2011

Last Review

Semalam merupakan kali terakhir Hazim ada review Clinik Plastik di hospital Serdang. Selepas ni semua review plastik akan dibuat dia HKL. Ini apa yang telah dimaklumkan oleh kakitangan kat hospital Serdanglah. Kalau Irma tersalah Info sila maklumkan yer.... Tapi untuk klinik ENT dan Klinik Paedratic masih lagi di Hospital serdang. So..ini bukanlah kali terakhir kami akan menjejakkan kaki disini. Sebab Hazim masih lagi ada follow up untuk kedua-dua klinik ni.

Parents semua, jangan ingat bila anak dah selesai menjalani operation bibir dan lelangit maka selesaikan semuanya. Sebenarnya untuk anak klef macam Hazim banyak lagi follow up yang perlu dijalani seperti ujian pendengar, pertuturan dan memantau perkembangan fizikal mereka.


 Budak yang sangat aktif, memang susah sangat nak duduk diam.


Muka protes apabila Abah suruh stop bermain.

Berpeluang bertemu dengan Baby Ummu.
Baby ummu ni salah seorang pembaca blog MamaDinaHazim tau...
hahaha... statement  tak tahan, macam baby ummu ni pandai membaca jer...
parents dialah...

Hah, baru clear muka baby Ummu,
baby ni tersangatlah aktif nak dapatkan gambar yang clear memang susah.


Ni lah Dr Choeng,

Doktor yang menjalankan operation bibir Hazim masa usia Hazim 3 bulan,Selepas ni Dr. Cheong dah tak berkhidmat di sini. Beliau akan berkhidmat di Hospital Pantai.so sesiapa yang memerlukan khidmat Dr Dheong bolehlah berjumpa beliau di Hospital Pantai.Kami juga akan mengikut beliau ke Hospital Pantai.  

So  untuk entry klinik plastik seterusnya adalah dari Hospital Pantai.

Nov 30, 2010

Workshop: Supporting Children with Speech Sound Disorders

Sabtu lepas, Irma berpeluang menghadiri satu workshop " “Supporting Children with Speech Sound Disorders” yang diadakan di The Legend Hotel, Kuala Lumpur. Workshop ini anjurkan oleh People Factor Asia.  Sepanjang sehari mengikuti workshop ni banyak info yang dikongsikan dan ada ditunjukkan bagaimana cara menghadapi kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan.
terutamanya kanak-kanak seperti Hazim yang lahir dalam keadaan cleft. sebenarnya bukan kanak-kanak yang lahir dengan keadaan cleft sahaja yang mengalami masalah pertuturan terdapat juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat bertutur, dan masalah pendengaran.

Kadar bayaran untuk sertai ni workshop ni RM600., tapi irma pergi free jer sebab under  CLAPAM. so lepas ni kene pratikkan betul2 ilmu yang telah dipelajari ...walau pun free jangan ambil enteng okeh... mungkin lepas ni boleh membantu kanak-kanak lain.

Workshop ni, disampaikan oleh Dr.Caroline Bowen (Speech -Language Pathologist) dari Australia yang mempunyai pengalaman selama 40 tahun dlm bidang ini. Memang berbaloilah dapat join workshop ni.


Pandangan dari tempat duduk Irma baris k tiga dari belakang. Sampai tepat pukul 9.00 pagi tempat dihadapan semua dah penuh. Lepas ni kene datang lagi awal.

Nanti berkesempatan Irma akan berkongsi apa yang Irma cuba pratikkan pad Hazim yer. so nantikan..

Sep 19, 2010

Urutan selepas pembedahan Bibir

Pastinya perasaan lega dan gembira terpancar diwajah ibu dan ayah, sebaik sahaja anak yang dilahirkan dengan kleft bibir telah selesai menjalani pembedahan. Perasaan penat menjawab setiap persoalan yang diajukan kian pudar. Syukur kepadaNya memudahkan segala urusan.

Kali ni, Irma ingin kongsikan urutan yang Irma lakukan pada Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir. Irma dapat info ni dari Doktor Liaw semasa beliau merawat Hazim di hospital. Dr Liaw advice Irma kerap lakukan urutan di tempat luka pembedahan menggunakan baby oil setelah luka benar-benar sembuh.

Biasanya bekas luka pembedahan akan kelihatan amat buruk dan beruping sebelum ianya beransur-ansur pulih.Terdapat dua jenis jahitan yang mana jahitan yang akan tertanggal dengan sendirinya manakala yang satu lagi jahitan yang akan dibuka  kira-kira seminggu selepas pembedahan.

Hazim seminggu selepas pembedahan bibir

Sekarang, nampak lebih encem kan...

Selepas 2 minggu, Hazim selesai menjalani pembedahan bibir. Irma amalkan satu urutan lembut dalam gerakan melingkar (circular motion) dan menolak-nolaknyaya ke bawah dengan menggunakan Bio Oil selama 3 hingga 5 minit Urutan ini  dapat membantu melembabkan dan melembutkan kulit dan bekas luka berkanaan disamping menghilangkan kesan parut yang ada. Sebelum lakukan urutan pada kesan pembedahan pastikan dahulu kesan pembedahan benar-benar telah sembuh dan tidak bernanah.

Kenapa Irma menggunakan Bio Oil sebab ia mengandungi vitamin A dan E dan ia Dihasilkan daripada minyak kalendula, lavender,rosemary dan kamomil yang mana boleh menghilangkan kesan parut pada kulit yang luka. tapi kalau tak suka atau tiada  boleh gunakan sebarang minyak yang mengandungi vitamin E.

Ni bukan bertujuan untuk promote bio oil okeh, tapi bercerita berdasarkan pengalaman. kepada syarikat Nuvanta Sdn. Bhd sila ambil hazim untuk model iklan yer. hehehe... 

Imej hasil carian En. Google.

p/s: Irma masih amalkan urutan ni sampai sekarang walaupun Hazim dah besar kadang-kadang tu sampai Hazim terlena.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag