Get Widget
Kisah Dina & Hazim: movie
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Feb 8, 2011

Movie : Yogi Bear

Menonton wayang bersama Dina dan Hazim ahad lepas sangat menyeksakan....

grrrrrrrr rasanye, kalau boleh bertukar dah lama jadi monster hijau .... 

5 minit pertama dalam panggung wayang bila time nak minum air jer baru perasan Hubby lupa ambil straw.  Disebabkan irma duduk ditepi sekali terpaksalah Irma jer  mengalah kuar ambil straw. kang klu tak amik straw nak minum cam ne plak, takkan nak gogok dengan big cup tu . ..

15 minit lepas tu Dina pulak tumpahkan pop corn. Habis satu box pop corn tu tumpah sebiji pun tak tinggal, pastu sibuk plak suruh mama dia ni pergi beli yang baru ...wawawa nak menangis tau...
disebab kan irma malas nak layan hubby dengan rela hati keluar pulak pegi beli pop corn yang lain.  Bila dah dapat pop corn senyap semula.

10 minit lepas tu Dina berebut sweet corn pulak ngan Hazim. Bila tak dapat sibuk suruh abah dia pergi beli pulak.Nasib baiklah dah pujuk-pujuk nak diam. Itu pun setelah Irma ni bagi 2 pilihan sama ada nak sweet corn pastu balik tak payah tengok wayang atau tengok wayang sampai habis baru beli sweet corn.

tak sampai 10 minit tiba-tiba Dina cakap nak ke toilet pulak. .. Alahai Dina ni betul2 lah menguji kesabaran , Bab ke toilet ni tak boleh tanguh-tanguh kang tak pasal2 terkencing kat situ sape lak yang nak mengelapnyer... so Irma pass  Hazim kat hubby dan terus bawa Dina keluar ke toilet. masa Irma nak keluar tu Hazim pulak dah start merengek-rengek takut sangat kene tinggal ngan mama dia. Then bila dah dekat ngan pintu keluar jer  terus dengar suara Hazim menagis.  Irma malas nak layan, kang kalau patah balik panjang pulak cerita nyer terus jer bawa Dina pergi Toilet.
.
Balik jer dari toilet Hazim dah ada kat luar, hahaha ..... dah agak dah. Hazim melalak kat dalam tadi. Huh, confirm lah bergema satu panggung tu dengar suara Hazim. so biarkan Hazim kat luar dalam 5 minit baru masuk balik.

Sepanjang kat dalam panggung wayang tu memang Irma tak faham langsung jalan cerita Yugo Bear tu...pada Irma cerita nyer tak menarik langsung. budak2 lain pun 20 minit pertama dah start resah gelisah. Ada juga dua tiga orang budak berlari-lari dalam panggung yang gelap tu.  mungkin sebab jalan cerita nyer terlalu membosankan. Amat tersiksa nak tunggu cerita ni habis. Dah habis jer cepat-cepat ajak hubby keluar.



aksi-aksi  keterujaan Dina dan Hazim sebelum menonton Yogi Bear. lepas tu terus buat perangai....


p/s: kepada sesiapa yang terganggung semalam dengan gelagat kami satu family mintak maaf lah yer...hehe

Jan 25, 2011

Movie: Gulliver's Travels

Dah lama kami tak tengok wayang sama-sama, rasanya last tengok wayang dengan Dina cerita Toy Story 3. Selalunya Dina akan keluar tengok wayang dengan Mama Lin dan Uncle Muklis.Masa cerita Repunzle: A Tangled Tale  yang lepas pun Irma tak dapat temankan Dina tengok wayang sebab last minutes Hazim diserang asma walaupun masa tu Irma dah beli 4 tiket. Dan sekali lagi Mama Lin dan Mama De terpaksa teman kan Dina.
Sorry yer Kakak Dina, mama terpaksa utamakan adik Hazim. 
Kali ni Dina, apabila request nak tengok wayang Irma cepat-cepat beli tiket sebab banyak kali dah Irma mungkir janji tak sanggup nak kecewakan harapan Dina lagi. Disebabkan tiada cerita kartun, Irma pilih Gulliver's Travels.

15 minit pertama dalam panggung wayang Dina masih teruja tapi bila dah masuk 45 minit Dina dah start resah gelisah. maklumlah cerita ni kurang sesuai untuk kanak-kanak seusia Dina. Nasib baiklah sekejap jer.. lepas pujuk-pujuk Dina kembali ok. Hazim pulak dah hanyut dibuai mimpi. Dapatlah Irma layan cerita ni dengan tenang.
Ringkasan jalan cerita :Lemuel Gulliver (Jack Black), bekerja di ruang bilik surat-menyurat New York Tribune telah jatuh cinta kepada Darcy Letterman (Amanda Peet) seorang penulis. Tetapi kerana tiada keyakinan dalam diri, Gulliver telah meletakkan jurang diantara dirinya dengan kakitangan ditempatnya bekerja kerana menganggap dirinya tidak layak bergandingan dengan orang atasan. Gulliver juga tidak berani melakukan perubahan dalam dirinya sehingga dia tetap bekerja di bilik surat menyurat selama 10 tahun.Atas desakan dan dorongan daripada rakan sejawatannya yang baru. Gulliver telah mendekati Darcy Letterman seterusnya melakukan perubahan besar dalam  dirinya. Tugasan baru yang diterima untuk membuat liputan berkenaan Segitiga Bermula telah membawa Gulliver ke satu kepulauan Liliput yang mana dihuni oleh manusia mini Liliiudians yang sangat bijak dan rajin membagunan apa saja. Disinilah bermulanya pengembaraan Gulliver.

nak tahu cerita selanjutnya kene lah pergi tengok yer... (Kalau Irma tulis penuh jalan cerita ni tak bestlah pulak korang tengok nanti). Selamat menonton + makan popcorn.

 Nota kaki : Walau siapa dan sekecil mana pun kita, apa yang penting ialah kekuatan  dan keyakinan dalam diri. Hanya itu yang mampu mengubah kita untuk mencapai apa yang kita inginkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag