Get Widget
Kisah Dina & Hazim: contest
Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Aug 10, 2011

Cabaran #2 : Duit dan Ramadhan

Salam Ramadhan,

Saat-saat akhir menulis entry khas untuk Cabaran 2 # Ipad my Superkid. Huh, memang suka buat kerja last minutes tau. Hari ni due date hari ni baru nak terhegeh2 taip entry..... bilalah nak berubah. Sebelum ni, Irma ada buat draf kat G-Tab tapi tak sure jari jemari budak comel mana lah yang telah tolong mendeletekan draf tu.....(alasan tak boleh blah....hehe ni cerita butul-butul punya tarak main-main okeh).

Ok terus ke point utama,

Apa yang bakal Irma cerita kan disini Irma ambil daripada ceramah "Madrasah Ramadhan - Pesta Ibadah" yang telah disampaikan oleh Ustaz Sabri  bin Abd Rani. Semoga sedikit Ilmu yang dikongsikan memberikan manfaat kepada kita semua.

Kisah 1:
Ahmad (bukan nama sebenar) seorang kanak-kanak yang sangat keras hati dan pemarah. Pantang ada barang atau buku dia dialih oleh sesiapa pun sama ada ibu atau ayahnya pasti dia akan memarahi. Ahmad juga tidak mahu berkongsi sebarang barang miliknya dengan adik beradik yang lain. Puas ayah Ahmad menasihatinya tetapi Ahmad tetap tidak berubah, malah perangainya tetap sama. Ketika dibulan ramadhan ayah Ahmad telah memberikan Ahmad seringgit sehari, duit itu bukan ganjaran kepada Ahmad sebab berpuasa penuh sehari tetapi duit ini untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. tanpa banyak tanya Ahmad melakukan perkara yang disuruh oleh ayahnya  setiap hari sepanjang bulan ramadhan.  Setelah sebulan, ayah Ahmad dapat melihat kesannya. Ahmad tidak lagi menjadi seorang yang pemarah dan mementingkan diri sendiri. Dia telah berubah ssecara perlahan-lahan menjadi seorang yang penyanyang dan bertolak ansur.

Boleh nampak tak di sini kesan daripada daripada amalan kita bersedekah dibulan ramadhan Ia boleh membentuk hati yang keras menjadi lembut dan penyayang. So lepas ni mungkin kita boleh praktikkan amalan yang sama pada diri sendiri dan juga anak-anak kita yang mungkin perangainya serba sedikit seperti Ahmad.

Satu lagi cerita yang Irma nak kongsi yang mana perkara ni berlaku pada diri Irma sendiri. 

Semasa zaman kanak-kanak dulu (masabelum mumai'iz lagi)  Irma  selalu nampak Abah membawa duit ke masjid setiap kali pergi menunaikan solat jumaat. Paling sikit abah pernah bawa seringgit. Irma selalu tertanya-tanya kenapa abah perlu bawa duit ke masjid, kerana perasaan ingin tahu Irma pernah bertanyakan sendiri hal ini pada Abah.

"Kenapa Abah selalu bawa duit pergi solat jumaat"

Abah senyum...

" kat masjid ada jual jajan ker ?"

Abah senyum lagi.....

"Abah masukkan duit tu dalam tabung masjid"

"kenapa ????."

Semoga rezeki kita yang dapat ni berkat....." Abah sambung lagi ......

"Nanti kalau Ir (nama manja saya) dah besar dah ada duit sendiri Ir pun kene buat macam abah.... kita mesti rajin bersedekah.. semoga duit (rezeki) kita ada berkat. Insya Allah kita tak akan pernah rasa susah walau pun duit dalam tangan kita cuma seringgit." 

"Lagi satu, Insya Allah Ir tak akan jadi seorang yang mementingkan diri.,.....

Sampai ke hari ini Irma masih ingat pesan abah. Irma selalu pesan kat hubby perkara yang sama.... Untuk Dina dan Hazim pula selalu berikan mereka duit untuk dimasukkan ke dalam tabung mana-mana masjid yang kami singgah.

Buat masa ni Dina dan Hazim tak pernah tanya lagi kenapa mama ?

Andainya suatu hari nanti mereka bertanya pasti Irma akan menerangkan seperti mana abah pernah terangkan pada Irma dulu. Insya Allah.

Cuma hubby jer.... selalu tegur

"Bertolak ansur tu elok.....tapi jangan sampai orang pijak kepala."

sekian, sedikit perkongsian di bulan Ramadhan ini.

Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Adorable Muslimah


selamat berbuka puasa. ;)

Jul 8, 2011

Cabaran #1 : Kelahiran

Dedikasi untuk buah hati mama AKMAL HAZIM


Lahirnya tidak sesempuna insan biasa
tetapi ia cukup memberi makna
Inilah sumber kekuatan abah dan mama
menjadikan kamu insan berjaya

Dikala usia kandungan menjangkau 28 minggu
perkhabaran diterima meyentap kalbu
Tatkala itu mama diam terpaku
memikirkan bagaimana nasibmu

Mama dan abah terus mencari kepastian
Doktor dan pakar pertemuan disusunkan
Memanjat doa kepada Tuhan
harapan yang kelihatan cuma bayangan

Wajah Hazim sebelum pembedahan

Laporan 3D scan menunjukkan bukti
apa yang dilihat sememangnya pasti
Tambah sebak rasanya hati
masalah jantung pula perkhabaran diberi.

Andai itu sudah suratan
akan diterima tanpa persoalan
semoga dipermudah segala urusan
cekallah kamu wahai insan

9 Jan 09 kamu selamat dilahirkan
Mama dan Abah menyusun perancangan
Pembedahan demi pembedahan dijalankan
Akhirnya wajahmu sesempurna insan

 Wajah Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir dan soft palate


"Entri ini ditulis untuk cabaran #1 ipad MySuperKids yang direviu oleh Almiraz"

Feb 19, 2011

Saya mahu mengamit kenangan dari blog kenangan itu Indah....

Saya mahu mengamit kenangan dari blog kenangan itu Indah....(http://www.rozaroslan.blogspot.com//)

blog yang penuh dengan kisah hidup diri beliau sehingga membuatkan saya rasa begitu dekat dengan beliau walaupun kami tak pernah berjumpa. Gaya penceritaan beliau penuh emosi dan perasaan yang sukar digambarkan.

Pengalaman yang diceritakan seakan-akan membawa saya bersama ke dalam kisah hidup beliau tambahan pula banyak pengalaman dan kenangan beliau seakan-akan sama semasa saya kecil mungkin ini disebabkan kami berasal dari negeri yang sama  iaitu Johor cuma bezanya beliau berasal dari Muar dan saya berasal dari Batu Pahat  dan dibesarkan di Felda Tenggaroh, Mersing.

Cara pengolahan beliau membuatkan saya begitu rindu zaman kanak-kanak yang telah lama saya tinggalkan. Cerita-cerita seperti kekabu, Nasi Ambeng, Mee siput, Jambu batu pengalaman yang turut saya alami semasa kecil. Oh…. Rindunya saya pada zaman itu. Zaman yang penuh suka duka kenangan pahit manis.

Saya juga turut membeli novel “Travelog Cinta Abadi” Hasil penulisan beliau. Suatu kenangan dan pengalaman yang tidak ternilai harganya…….



Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Jul 28, 2010

Contest : Season 4 - Cute Funny Eating baby

 
^
^
^
^
^
^
Gambar yang dipertaruhkan....
                     Nama : Akmal Hazim                         Nama : Saidatul Irdina                      
Umur  :1 tahun 6 Bulan                      Umur : 3 Tahun 4 bulan

utk syarat no 4 tu cume nyatakan letakkan sekeping gambar jer kan. tak nyatakan ada berapa orang dalam gambar tu. So tak salah lah yer irma letak sekeping gambar yang ada 2 beradik ni, yang penting kedua-duanya anak Irma dan keduanya range umur 1 Tahun - 4 Tahun.

huh, tamakkan..kan....

untuk join klik sini

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag