Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Dina :Smales Club Launch, Ikea Damansara

May 21, 2012

Dina :Smales Club Launch, Ikea Damansara

Assalammualaikum,

 
Hej!!!!! (dalam bahasa sweden bermaksud Hello)

 
Baru-baru ni,  Dina dapat jemputan sertai Smales Club Launch. Tak sangka Dina antara 50 peserta yang terawal mendaftar.

 
Kami sampai di ikea lebih kurang pukul 8.50 pagi. masa ni pintu ikea pun tak buka lagi....
punya lah bersemangat.... semasa Irma sampai tu ada tiga orang parents lain sedang menunggu pintu IKEA dibuka....

 
Tepat jam 9.00 pagi pintu ikea pun dibuka....
Kami terus ke Bug House untuk pendaftaran. Korang percaya tak ?  Dina merupakan Peserta Pertama yang mendaftar. hahaha over kan.....

 
selepas mendaftar Dina diberikan pasport merah. 

Dengan rasminya "Saya ahli Smales yeah...!!!"
 
Dina juga mendapat goody bag berisi sticker, sara (bantal love merah) coklat dan beberapa barangan lain.
 
posing bersama Sara...

peace yo....

sementara menunggu majlis pelancaran dimulakan, disediakan juga aktiviti mengecat muka dan tatoo untuk kanak-kanak.

Tatoo yang Dina pilih ialah bendera Malaysia.
semangat patriotik sungguh budak ni.

Muka tahan geli semasa face painting.
  
Inilah Sara "The Quing of Quingdom.
 
Kibarkan bendera dan tiup wisel
 
mereka adalah antara 50 peserta terawal smales club
 
Sementara Kakak Dina beraksi di hadapan.
ada aksi pujuk-memujuk kat belakang...huhu
 
budak ni tengah merajuk sebenarnya sebab tak dapat join Kakak Dina .

Selepas majlis pelancar, kami dijemput untuk menikmati hidangan makan tengahari di restoran.
 

sedikit info yang boleh dikongsikan tentang Smales Club.
  • Keahlian adalah percuma dan terbuka kepada kanak-kanak yang berusia 4 - 10 tahun. Apabila smale berusia 11 tahun secara automatiknya keahlian mereka akan terbatal dan mereka akan menerima cake ulangtahun percuma daripada Ikea.
  • Pendaftaran keahlian boleh dibuat di Bug House dengan membawa bersama-sama mykid. (Kedudukan Bug House betul-betul berhadapan dengan Smaland.).
  • Ahli smales akan diberikan passport yang perlu diimbas setiap kali berkunjung ke Ikea.Setiap imbasan Smales akan mendapat stiker (sant smales) untuk ditampal didalam passport. Smales juga akan mendapat diskaun makanan dan minuman percuma. selain itu Smales juga akan mendapat dallar  yang boleh ditebus dengan special merchandise atau menyertai aktiviti.
  • Dallar jugak boleh ditambah dengan membawa newspaper lama untuk dikitar semula.
Hej da..... (bermaksud good bye)
 
untuk maklumat lanjut layari : www.IKEA.com.my/smales 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag