Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Berpuasa Di Bulan Rejab

May 22, 2012

Berpuasa Di Bulan Rejab

Asslamualaikum,

Sekejap jer masa berlalu diam tak diam hari ni dah 1 Rejab. Sempena bulan rejab ni Irma nak share sedikit fadhilat kita berpuasa di bulan rejab ni. Atikel ni Irma petik dari  sini.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Insya Allah.
  1. Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta Syurga Tertinggi.
  2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripda Allah dan dilipat gandakan pahalanya
  3. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang   menghalangnya ke neraka.
  4. Puasa 4 hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah dajal
  5. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur
  6. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya
  7. Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka untuknya
  8. Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya
  9. Puasa 9 hari - Keluar dari kuburnya lalu menyeru 'Lailahaillah' dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  10. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  11. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 3,000 tahun
  12. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 10,000 tahun
  13. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 100,000 tahun
  14. Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga
  15. Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Ibrahim dan nabi Adam
  16. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sekian,

3 comments:

  1. moga puasa kita diterima olehnya..
    selamat berpuasa sunat

    ReplyDelete
  2. Amin,
    selamat berpuasa sunat untuk akak jugak.

    ReplyDelete
  3. good info.

    thanks for sharing.

    Regards,
    Nutri Shape Me
    http://nutrishapeme.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag