Assalammualaikum,
Daha lama tak berceloteh di sini, entry percutian kami di Singapore pun tertunggak lagi. Bukan busy sangat pun, biasa-biasa cuma sifat MALAS update blog terlalu menebal. Akhirnya entry yang ditaip terus kekal dalam draf. Kawan-kawan pun dah mula bertanya kenapa lama tak update. sorry lah korang yer... tak tahu lah kenapa malas sangat sekarang ni.
Untuk entry percutian kami ke singapore nanti-nanti lah Irma sambung yer. Hari ni nak warming up dengan cerita Dina dulu. Hari ni Dina ada sambutan hari guru di SRK. Beriya-iya lah Dina suruh Irma sediakan hadiah untuk teacher dia dan jugak masak makanan untuk Dina bawa pergi sekolah. Aduiiii bab masak pagi-pagi ni memang faillah.. tambahan pulak minggu ni Irma ada kelas tiap-tiap malam tanpa gagal... lagilah bertambah malas nak masak. so Irma pun compromise dengan Dina samaada nak bawa nugget atau nak bawa London layer cake. (masa ni, dalam hati berharap sangat Dina pilih layer cake. hahaha... gila pemalaskan).
Then Dina pilih layer cakes... wah, Dina sangat memahami mama dia. Thanks sayang. So malam tadi balik dari kelas Irma bawa balik 5 kotak layer cakes. Dalam 1 kotak tu ada 24 cakes. so darab 5 ada 120 cakes untuk dibawa ke sekolah. rasanya cukup 2 ketul semua murid. Pagi tadi sebelum pergi kerja Irma pesan siap-siap kat Dina hadiah dan cake ni bagi teacher lepas tu jangan lupa ucap "Happy Teacher's Day" kat teacher. Happy jer muka dia masa ni walaupun suhu badan dia agak tinggi pagi tadi. dah nak start demam pulak mungkin faktor cuaca sekarang ni yang tak menentu.
Esok pulak Dina akan sertai Smales di Ikea. Alhamdulillah Irma antara 50 orang yang terawal mendaftar untuk porgram ni walaupun masa tu 50-50 jer. InsyaAllah, kalau rajin nanti Irma update aktiviti di sana yer.Semoga Dina diberikan kesihatan yang baik untuk ke sana.
Okey jumpa lagi di lain entry,
0 comments:
Post a Comment