Get Widget
Kisah Dina & Hazim: May 2012

May 22, 2012

Berpuasa Di Bulan Rejab

Asslamualaikum,

Sekejap jer masa berlalu diam tak diam hari ni dah 1 Rejab. Sempena bulan rejab ni Irma nak share sedikit fadhilat kita berpuasa di bulan rejab ni. Atikel ni Irma petik dari  sini.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Insya Allah.
  1. Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta Syurga Tertinggi.
  2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripda Allah dan dilipat gandakan pahalanya
  3. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang   menghalangnya ke neraka.
  4. Puasa 4 hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah dajal
  5. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur
  6. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya
  7. Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka untuknya
  8. Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya
  9. Puasa 9 hari - Keluar dari kuburnya lalu menyeru 'Lailahaillah' dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  10. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  11. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 3,000 tahun
  12. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 10,000 tahun
  13. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 100,000 tahun
  14. Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga
  15. Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Ibrahim dan nabi Adam
  16. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sekian,

Singapore : Last Day

Assalamualaikum...

Hari Irma nak sambung cerita tentang Singapore (entry yang agak melompat2...sorry yer)

Antara tempat-tempat yang sempat kami pergi sebelum balik ialah Marina Bay, Arab street dan Mustafa Center ...

Disebabkan untuk hari terkahir ni kaki pun dah lenguh berjalan so kami naik teksi jer dari satu tempat ke tempat yang lain.


Arab Street




Masjid Sultan ni terletak di kawasan Kampung Glam, sekarang lebih dikenali sebagai Arab street.
Masjid sultan merupakan antara 7 masjid di dunia yang berkubah emas.


berdekatan dengan Masjid sultan ni ada satu kedai menjual cenderamata,
Harganya agak murah berbanding tempat-tempat lain.

kalau nak beli kain pasang, kat area ni pun banyak.
Irma adalah jugak masuk dua tiga kedai mostly harganya lebih murah compare di KL.
tak hairan lah sekarang ni dah kurang orang singapore datang Malaysia untuk shopping.



Marina Bay








Mustafa Center


Mustafa centre ni konsepnya lebih kurang macam mydin kalau di Malaysia...
yang bestnya Mustafa centre ni buka 24 jam... so pukul berapa pun korang boleh datang...
Mustafa centre ni terletak di Jalan Syed Alwi, kawasan ni jugak dikenali sebagai little India
memang banyak lah kedai mamak di sekitar tempat ni.
kepada pengemar masakan mamak dan India mungkin korang boleh cuba makanan kat ini.... 

May 21, 2012

Dina :Smales Club Launch, Ikea Damansara

Assalammualaikum,

 
Hej!!!!! (dalam bahasa sweden bermaksud Hello)

 
Baru-baru ni,  Dina dapat jemputan sertai Smales Club Launch. Tak sangka Dina antara 50 peserta yang terawal mendaftar.

 
Kami sampai di ikea lebih kurang pukul 8.50 pagi. masa ni pintu ikea pun tak buka lagi....
punya lah bersemangat.... semasa Irma sampai tu ada tiga orang parents lain sedang menunggu pintu IKEA dibuka....

 
Tepat jam 9.00 pagi pintu ikea pun dibuka....
Kami terus ke Bug House untuk pendaftaran. Korang percaya tak ?  Dina merupakan Peserta Pertama yang mendaftar. hahaha over kan.....

 
selepas mendaftar Dina diberikan pasport merah. 

Dengan rasminya "Saya ahli Smales yeah...!!!"
 
Dina juga mendapat goody bag berisi sticker, sara (bantal love merah) coklat dan beberapa barangan lain.
 
posing bersama Sara...

peace yo....

sementara menunggu majlis pelancaran dimulakan, disediakan juga aktiviti mengecat muka dan tatoo untuk kanak-kanak.

Tatoo yang Dina pilih ialah bendera Malaysia.
semangat patriotik sungguh budak ni.

Muka tahan geli semasa face painting.
  
Inilah Sara "The Quing of Quingdom.
 
Kibarkan bendera dan tiup wisel
 
mereka adalah antara 50 peserta terawal smales club
 
Sementara Kakak Dina beraksi di hadapan.
ada aksi pujuk-memujuk kat belakang...huhu
 
budak ni tengah merajuk sebenarnya sebab tak dapat join Kakak Dina .

Selepas majlis pelancar, kami dijemput untuk menikmati hidangan makan tengahari di restoran.
 

sedikit info yang boleh dikongsikan tentang Smales Club.
  • Keahlian adalah percuma dan terbuka kepada kanak-kanak yang berusia 4 - 10 tahun. Apabila smale berusia 11 tahun secara automatiknya keahlian mereka akan terbatal dan mereka akan menerima cake ulangtahun percuma daripada Ikea.
  • Pendaftaran keahlian boleh dibuat di Bug House dengan membawa bersama-sama mykid. (Kedudukan Bug House betul-betul berhadapan dengan Smaland.).
  • Ahli smales akan diberikan passport yang perlu diimbas setiap kali berkunjung ke Ikea.Setiap imbasan Smales akan mendapat stiker (sant smales) untuk ditampal didalam passport. Smales juga akan mendapat diskaun makanan dan minuman percuma. selain itu Smales juga akan mendapat dallar  yang boleh ditebus dengan special merchandise atau menyertai aktiviti.
  • Dallar jugak boleh ditambah dengan membawa newspaper lama untuk dikitar semula.
Hej da..... (bermaksud good bye)
 
untuk maklumat lanjut layari : www.IKEA.com.my/smales 

May 18, 2012

Cerita Dina

Assalammualaikum,

Daha lama tak berceloteh di sini, entry percutian kami di Singapore pun tertunggak lagi. Bukan busy sangat pun, biasa-biasa cuma sifat MALAS update blog terlalu menebal. Akhirnya entry yang ditaip terus kekal dalam draf. Kawan-kawan pun dah mula bertanya kenapa lama tak update. sorry lah korang yer... tak tahu lah kenapa malas sangat sekarang ni.
Untuk entry percutian kami ke singapore nanti-nanti lah Irma sambung yer. Hari ni nak warming up dengan cerita Dina dulu. Hari ni Dina ada sambutan hari guru di SRK. Beriya-iya lah Dina suruh Irma sediakan hadiah untuk teacher dia dan jugak masak makanan untuk Dina bawa pergi sekolah. Aduiiii bab masak pagi-pagi ni memang faillah.. tambahan pulak minggu ni Irma ada kelas tiap-tiap malam tanpa gagal... lagilah bertambah malas nak masak. so Irma pun compromise dengan Dina samaada nak bawa nugget atau nak bawa London layer cake. (masa ni, dalam hati berharap sangat Dina pilih layer cake. hahaha... gila pemalaskan).
Then Dina pilih layer cakes... wah, Dina sangat memahami mama dia. Thanks sayang. So malam tadi balik dari kelas Irma bawa balik 5 kotak layer cakes. Dalam 1 kotak tu ada 24 cakes. so darab 5 ada 120 cakes untuk dibawa ke sekolah.  rasanya cukup 2 ketul semua murid. Pagi tadi sebelum pergi kerja Irma pesan siap-siap kat Dina hadiah dan cake ni bagi teacher lepas tu jangan lupa ucap "Happy Teacher's Day" kat teacher. Happy jer muka dia masa ni walaupun suhu badan dia agak tinggi pagi tadi. dah nak start demam pulak mungkin faktor cuaca sekarang ni yang tak menentu.
Esok pulak Dina akan sertai Smales di Ikea. Alhamdulillah Irma antara 50 orang yang terawal mendaftar untuk porgram ni walaupun masa tu 50-50 jer. InsyaAllah, kalau rajin nanti Irma update aktiviti di sana yer.Semoga Dina diberikan kesihatan yang baik untuk ke sana.
Okey jumpa lagi di lain entry,  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag