Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Cerita Dua Beradik

Feb 22, 2012

Cerita Dua Beradik

Salam uols,

Dah lama Irma tak bercerita perkembangan dua beradik ni.....
ada yang rindu ker.....?
sesiapa yang rindu sila angkat tangan..yer...
ok angkat tinggi lagi...tinggi lagi..dan lagi...

Perkembangan Dina dan Hazim sama seperti kanak-kanak lain seusia mereka

Tahun ni, Dina dah bersekolah di Smart Reader dan pastinya rutin harian dia juga turut berubah...
Bangun pagi Dina akan bersiap-siap untuk ke SR.

Sesi persekolahan Dina bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari kecuali hari jumaat sesi persekolahan akan habis 11.45 pagi.

Dina pergi dan balik SR menaiki van sekolah.. Irma tak ada masalah sangat Dina menaiki van sekolah sebab Dina adalah orang yang terakhir yang akan diambil dan antara yang terawal akan dihantar pulang.

biasanya balik dari SR Dina akan berehat sekejap dan makan tengahari..

selepas tu Dina akan buat homework. Selesai homework baru Dina tidur siang.

Hazim pulak sepanjang hari akan stay di rumah menghantar dan menunggu Kakak Dina balik SR.

pernah jugak Irma bertanya kalau-kalau Hazim nak bersekolah bersama-sama Kakak Dina.
tapi jawapan dia....

"Adik tak nak school... Adik nak duduk hospital jer...."

alahai, ni lah akibatnya tiap-tiap tahun masuk hospital, sampaikan lebih suka duduk hospital dari pergi sekolah..


Ingat tak Irma pernah cerita tentang mereka dah start mengaji..kat sini
Alhamdulillah, Hazim dan Dina dah nak masuk Iqraq 2.
Surah Alfatihah pun dah boleh baca dengan lancar.
Syukur sangat...dan terima kasih pada bibik sebab rajin mengajar mereka mengaji.

sekian,

love uols...........

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag