Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan Dina dan Hazim belajar Iqraq,
nampaknya Dina menunjukkan perkembangan yang baik cuma Hazim jer lah yang banyak sangat alasan.
Dah lama sebenarnya Irma nak mereka belajar Iqraq, cuma En. hubby agak keberatan.
kalau boleh biarlah Dina dan hazim mngenal huruf hijaiyah dahulu barulah memperkenalkan mereka dengan Iqraq.
Selepas irma terangkan banyak kali kat hubby ,barulah hubby izinkan.
tambahan pulak my maid willing nak mengajar mereka mengaji so sangat berbesar hatilah Irma.
Buat masa ni, Irma tak paksa mereka belajar Iqraq cuma Irma jadikan sebagai amalan setiap hari lepas solat maghrib mereka perlu belajar Iqraq sekurang-kuranya 15 minit.
Alhamdulillah apabila dah terbiasa dengan rutin sebegitu, mereka tak perlu disuruh untuk mengaji. secara semula jadi mereka dah tahu apa yang perlu dibuat selepas solat maghrib.
picture kat bawah ni En. Hubby snap masa irma menyemak bacaan Dina dan Hazim sebelum kami keluar makan. siap berebut lagi siapa mengaji dulu.
Alhamdulillah ,Dina lebih mudah memberi tumpuan berbanding Hazim
tengok tu siap check kuku kaki lagi...
isk...memang nak kene cubit tau.
boleh pulak suruh mama baca sampai habis.
siapa yang mengajar siapa ni sebenarnya?
Wah! Nak mengajar anak di awal usia mmg memerlukan kesabaran yg paling maksima!
ReplyDelete@Fara sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.
ReplyDelete