Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Singapore : Our Itinerary

Mar 5, 2012

Singapore : Our Itinerary

Selamat Pagi Isnin ya,

Okey entry kali dan seterusnya pastinya tentang percutian kami ke singapore selama 3 hari 2 malam. ( 29 Feb hingga 2 March ) kalau tengok pada tarikh tu boleh kata macam 2 bulan tak ?

Harap korang enjoy membacanya... dan semoga pengalaman ni jugak boleh dijadikan sebagai panduan untuk korang ke sana pulak yer...

Serius best...

Ok perjalanan pergi kami menaiki AirAsia dan pastinya pakej  tambang murah. Kos tak sampai RM300 untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. (Hubby, Irma, Wak Jo, Dina dan Hazim)

Sebelum bercuti, kami dah urus awal-awal segala urusan tiket flight, hotel, tiket USS, dan tiket keretapi. 
so duit poket kami hanyalah untuk kos makan, kos MRT atau taxi dan shopping..........

Oh, ya kalau korang nak tau perjalanan pergi kami menaiki flight manakala perjalanan balik kami naik train Senandung Sutera dari JB Sentral ke KL Sentral.

Pengalaman yang menyeronokkan untuk Dina dan Hazim.
Tujuan utama holiday ni pun untuk mereka berdua...

Kalau parents lain nak bercuti kene tunggu cuti sekolah... tapi untuk kami terpaksalah tunggu Irma cuti semester baru boleh pergi bercuti... kesian kan... kene tunggu jadual Mama mereka free dulu.

Korang tengoklah aksi Hazim kat bawah ni. memang suara Hazim jer lah sepanjang perjalanan
Nasib baik flight tak penuh.. so boleh lah dia merayap dari satu seat ke seat yang lain.


Kami sampai Di Cangi Airport lebih kurang jam 12.30 t/hari. Biasanya perjalanan menaiki flight akan mengambil masa 1 jam. dan kami sampai 15 minit lebih awal.

Mula-mula sampai haruslah bergambar dulu.

Perjalanan Dari Airport ke Hotel kami menaiki teksi. Kalau korang nak naik MRT pun boleh jugak. 

kos transport seperti kat bawah ni yer...


Ok disebabkan kami hanya 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. so staff kat kaunter taxi tu advise supaya kami tidak perlu membeli kupon pergi terus ke tempat menunggu taxi. jangan Risau kat sini keselamatan kita memang diambil berat so tak adalah ulat-ulat taxi macam kat Malaysia.

Di ruang menunggu tu nanti ada seorang staff yang akan call taxi untuk kita. Taxi kat singapore ni semua pakai meter so jangan takut kalau mereka akan kenakan tambang yang mahal yer. Taxi drivers kat sini  sangat jujur dan baik hati. Okey, kos dari Airport ke Hotel hanyalah S$6.00. reasonable kan harganya.

Sepanjang Di Singapore kami menginap di Hotel 81 Tristar, Geylang Serai.
Oklah hotel ni bersih dan selesa. Swimming pool pun ada tau.
Di sini kami ambil family room. kos untuk 1 malam S$ 137 termasuk taxs. kami booking 3 Hari 2 malam so darab jer lah yer.. dan kami extend sampai pukul 6.00 petang masa hari terakhir so kami kene tambah lagi S$60.

Macam ni lah rupa hotel tu dari luar...



sorry lah korang tak tak ada gambar dalam bilik yer...


Train perjalanan balik kami ambil yang tempat tidur. kos untuk tempat tidur RM40 per katil. Korang boleh pilih sebenarnya nak jenis seat yang macamana ada juga yang jenis bilik. kalau nak tempat duduk biasa pun ada.

Macam nilah lebih kurang keadaan katilnya. oklah muat untuk Irma tidur dengan Hazim dan Dina dengan Hubby.



Ok..setakat ni dulu. Nanti Irma cerita tempat-tempat yang Irma sempat pergi sepanjang di Singapore.

daaa....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag