Get Widget
Kisah Dina & Hazim: 2012

Dec 13, 2012

Kembali Lagi....

Assalamualaikum...

Lamanya tak berceloteh disini.... My adik cakap blog ni bukan jer dah bersawang tapi penuh dengan tikus, lipas, cicak dan seangakatan dengannya.... Adoiii rupa-rupanya dah lebih 6 bulan tak menjengah ke sini.

Busy...????
ya memang sangat busy kalah menteri..... yer lah... menteri ada assistant, driver....  irma ni orang biasanya jer... tak termampu nak ada semua tu buat masa ni lah......... InsyaAllah, oneday siapa tahu kan...
Opsss... bukan bercita-cita nak jadi menteri okey, seriusly tak minat langsung nak berpolitik....

Jadual harian Irma penuh setiap hari, kerja.... study....anak-anak.... suami... kerja rumah,
Bukan senang jadi part-time student ni.... Ya... Allah letih sangat... kadang-kadang tu menangis sorang2.

Tambahan pulak sekarang ni maidless.... memang lah menguji kesabaran. Ok senang cerita my maid dah lari... sekarang ni dah ada kat Indonesia dah kawin pun dan dah mengandung pun... rasa geram sangat.... sebab kita layan dia dengan elok dia boleh blah macam tu jer.... gara-gara nak kawin...
kalau cakap terus terang kan senang boleh Irma cari pengganti maid awal-awal.... memang berserabut sangat kepala... Irma memang dah agak dia akan lari sebabnya... My maid dah start buat perangai malas dan jadi 'mem' kat rumah.

Sekarang ni Hazim dan Dina duduk kat Taska.... Alhamdulillah Dina mudah sesuaikan diri mungkin sebab ramai kawan-kawan dia yang kat Smart Reader duduk di taska yang sama. Cuma Hazim jer lah... agak susah sikit... mana taknya dari lahir dah ada bibik tiba-tiba sekarang ni kene duduk kat taska sedikit culture shock.

Betul kata orang, setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya.....
Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan Hazim dan Dina duduk di Taska... banyak perubahan yang berlaku. Dina dah boleh menghafal bacaan solat, hazim pulak dah pandai bergaul dengan kawan-kawan. Tak macam masa mula-mula Hazim masuk taska dulu....
korang bayangkan, sebulan pertama duduk taska, Hazim tak bercakap langsung dengan kawan-kawan yang lain.  Nama kawan-kawan sorang pun dia tak tahu......

Buat masa sekarang ni, Tak ada perancangan untuk guna perkhidmatan bibik lagi.... demi perkembangan mereka. Lagi pun tahun depan Dina dah 6 tahun Hazim pulak dah 4 tahun. kedua-dua mereka dah bersekolah... Irma pun akan habis belajar... InsyaAllah, Tolong doakan yer kawan-kawan.

15 Disember ni, Smart Reader dah start cuti sekolah.... Dina dan Hazim akan balik kampung duduk dengan Tok abah dan nenek...tak lama pun mungkin dalam 10 hari jer.. mesti Irma rindukan mereka kan.. lagi-lagi si Hazim.

ok... nak sambung buat kerja..

Sekian,


Jun 1, 2012

Doa Di Bulan Rejab

Assalammualaikum,

Satu perkongsian di hari jumaat.

May 22, 2012

Berpuasa Di Bulan Rejab

Asslamualaikum,

Sekejap jer masa berlalu diam tak diam hari ni dah 1 Rejab. Sempena bulan rejab ni Irma nak share sedikit fadhilat kita berpuasa di bulan rejab ni. Atikel ni Irma petik dari  sini.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Insya Allah.
  1. Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta Syurga Tertinggi.
  2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripda Allah dan dilipat gandakan pahalanya
  3. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang   menghalangnya ke neraka.
  4. Puasa 4 hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah dajal
  5. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur
  6. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya
  7. Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka untuknya
  8. Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya
  9. Puasa 9 hari - Keluar dari kuburnya lalu menyeru 'Lailahaillah' dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  10. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  11. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 3,000 tahun
  12. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 10,000 tahun
  13. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu disamping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadhilatnya seperti berpuasa 100,000 tahun
  14. Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga
  15. Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Ibrahim dan nabi Adam
  16. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sekian,

Singapore : Last Day

Assalamualaikum...

Hari Irma nak sambung cerita tentang Singapore (entry yang agak melompat2...sorry yer)

Antara tempat-tempat yang sempat kami pergi sebelum balik ialah Marina Bay, Arab street dan Mustafa Center ...

Disebabkan untuk hari terkahir ni kaki pun dah lenguh berjalan so kami naik teksi jer dari satu tempat ke tempat yang lain.


Arab Street




Masjid Sultan ni terletak di kawasan Kampung Glam, sekarang lebih dikenali sebagai Arab street.
Masjid sultan merupakan antara 7 masjid di dunia yang berkubah emas.


berdekatan dengan Masjid sultan ni ada satu kedai menjual cenderamata,
Harganya agak murah berbanding tempat-tempat lain.

kalau nak beli kain pasang, kat area ni pun banyak.
Irma adalah jugak masuk dua tiga kedai mostly harganya lebih murah compare di KL.
tak hairan lah sekarang ni dah kurang orang singapore datang Malaysia untuk shopping.



Marina Bay








Mustafa Center


Mustafa centre ni konsepnya lebih kurang macam mydin kalau di Malaysia...
yang bestnya Mustafa centre ni buka 24 jam... so pukul berapa pun korang boleh datang...
Mustafa centre ni terletak di Jalan Syed Alwi, kawasan ni jugak dikenali sebagai little India
memang banyak lah kedai mamak di sekitar tempat ni.
kepada pengemar masakan mamak dan India mungkin korang boleh cuba makanan kat ini.... 

May 21, 2012

Dina :Smales Club Launch, Ikea Damansara

Assalammualaikum,

 
Hej!!!!! (dalam bahasa sweden bermaksud Hello)

 
Baru-baru ni,  Dina dapat jemputan sertai Smales Club Launch. Tak sangka Dina antara 50 peserta yang terawal mendaftar.

 
Kami sampai di ikea lebih kurang pukul 8.50 pagi. masa ni pintu ikea pun tak buka lagi....
punya lah bersemangat.... semasa Irma sampai tu ada tiga orang parents lain sedang menunggu pintu IKEA dibuka....

 
Tepat jam 9.00 pagi pintu ikea pun dibuka....
Kami terus ke Bug House untuk pendaftaran. Korang percaya tak ?  Dina merupakan Peserta Pertama yang mendaftar. hahaha over kan.....

 
selepas mendaftar Dina diberikan pasport merah. 

Dengan rasminya "Saya ahli Smales yeah...!!!"
 
Dina juga mendapat goody bag berisi sticker, sara (bantal love merah) coklat dan beberapa barangan lain.
 
posing bersama Sara...

peace yo....

sementara menunggu majlis pelancaran dimulakan, disediakan juga aktiviti mengecat muka dan tatoo untuk kanak-kanak.

Tatoo yang Dina pilih ialah bendera Malaysia.
semangat patriotik sungguh budak ni.

Muka tahan geli semasa face painting.
  
Inilah Sara "The Quing of Quingdom.
 
Kibarkan bendera dan tiup wisel
 
mereka adalah antara 50 peserta terawal smales club
 
Sementara Kakak Dina beraksi di hadapan.
ada aksi pujuk-memujuk kat belakang...huhu
 
budak ni tengah merajuk sebenarnya sebab tak dapat join Kakak Dina .

Selepas majlis pelancar, kami dijemput untuk menikmati hidangan makan tengahari di restoran.
 

sedikit info yang boleh dikongsikan tentang Smales Club.
  • Keahlian adalah percuma dan terbuka kepada kanak-kanak yang berusia 4 - 10 tahun. Apabila smale berusia 11 tahun secara automatiknya keahlian mereka akan terbatal dan mereka akan menerima cake ulangtahun percuma daripada Ikea.
  • Pendaftaran keahlian boleh dibuat di Bug House dengan membawa bersama-sama mykid. (Kedudukan Bug House betul-betul berhadapan dengan Smaland.).
  • Ahli smales akan diberikan passport yang perlu diimbas setiap kali berkunjung ke Ikea.Setiap imbasan Smales akan mendapat stiker (sant smales) untuk ditampal didalam passport. Smales juga akan mendapat diskaun makanan dan minuman percuma. selain itu Smales juga akan mendapat dallar  yang boleh ditebus dengan special merchandise atau menyertai aktiviti.
  • Dallar jugak boleh ditambah dengan membawa newspaper lama untuk dikitar semula.
Hej da..... (bermaksud good bye)
 
untuk maklumat lanjut layari : www.IKEA.com.my/smales 

May 18, 2012

Cerita Dina

Assalammualaikum,

Daha lama tak berceloteh di sini, entry percutian kami di Singapore pun tertunggak lagi. Bukan busy sangat pun, biasa-biasa cuma sifat MALAS update blog terlalu menebal. Akhirnya entry yang ditaip terus kekal dalam draf. Kawan-kawan pun dah mula bertanya kenapa lama tak update. sorry lah korang yer... tak tahu lah kenapa malas sangat sekarang ni.
Untuk entry percutian kami ke singapore nanti-nanti lah Irma sambung yer. Hari ni nak warming up dengan cerita Dina dulu. Hari ni Dina ada sambutan hari guru di SRK. Beriya-iya lah Dina suruh Irma sediakan hadiah untuk teacher dia dan jugak masak makanan untuk Dina bawa pergi sekolah. Aduiiii bab masak pagi-pagi ni memang faillah.. tambahan pulak minggu ni Irma ada kelas tiap-tiap malam tanpa gagal... lagilah bertambah malas nak masak. so Irma pun compromise dengan Dina samaada nak bawa nugget atau nak bawa London layer cake. (masa ni, dalam hati berharap sangat Dina pilih layer cake. hahaha... gila pemalaskan).
Then Dina pilih layer cakes... wah, Dina sangat memahami mama dia. Thanks sayang. So malam tadi balik dari kelas Irma bawa balik 5 kotak layer cakes. Dalam 1 kotak tu ada 24 cakes. so darab 5 ada 120 cakes untuk dibawa ke sekolah.  rasanya cukup 2 ketul semua murid. Pagi tadi sebelum pergi kerja Irma pesan siap-siap kat Dina hadiah dan cake ni bagi teacher lepas tu jangan lupa ucap "Happy Teacher's Day" kat teacher. Happy jer muka dia masa ni walaupun suhu badan dia agak tinggi pagi tadi. dah nak start demam pulak mungkin faktor cuaca sekarang ni yang tak menentu.
Esok pulak Dina akan sertai Smales di Ikea. Alhamdulillah Irma antara 50 orang yang terawal mendaftar untuk porgram ni walaupun masa tu 50-50 jer. InsyaAllah, kalau rajin nanti Irma update aktiviti di sana yer.Semoga Dina diberikan kesihatan yang baik untuk ke sana.
Okey jumpa lagi di lain entry,  

Mar 16, 2012

Keputusan Ole-Ole Singapore

Assalamualaikum,

Okey, seperti yang dijanjikan keputusan giveway Ole-Ole Singapore akan irma umumkan hari ni.
dan disebabkan ada dua orang jer commenter utuk giveway ni...
maka kedua-duanya akan dapat hadiah tu....

So kepada kedua-dua pemenang sila emailkan nama dan alamat ke noorirma@yahoo.com untuk penghantaran hadiah.



Thanks sbb join giveway yang tak seberapa ni,


daaa..........

Mar 15, 2012

Giveaway : Ole-Ole Singapore


Assalammualaikum,

ada sesiapa yang berkenan dengan keychain kat atas tu....
kalau korang nak senang jer....
just tinggalkan komen kat sini.

3 commenter bertuah akan mendapat keychain diatas.
Pemilihan dibuat berdasarkan cabutan yang akan dicabut oleh Dina dan Hazim.

Tiada sebarang syarat dikenakan...
maksudnya open untuk semua pembaca blog mamadinahazim okey.
korang boleh komen sehingga 15 Mac 2012 jam 12.00 malam.

senangkan... Selamat mencuba.

Mar 14, 2012

Wajarkah....

Assalamulaikum..

Kes kehilangan kanak-kanak menjadi isu hangat di dada-dada akbar...

lalu minda terfikir untuk memakaikan si anak seperti ini



tetapi adakah masyarakat akan memandang sebegini





imej ehsan pakcik google.

Singapore : USS Part 1



Assalamulaikum....

Okeh, seperti yang dijanjikan entry sebelum ni
kali ni Irma akan cerita aktiviti kami di USS
Sebelum ke USS. kami dah beli tiket awal-awal...
senang kan tak payah fikir nak beratur dan berebut nak ke kaunter tiket.
Harga dan cara beli tiket korang boleh tengok kat sini

 
Kebetulan semasa Irma beli tu tengah ada promotion untuk pemegang Maybank Credit card
so kami jimat S$38 jugak lah daripada jumlah keseluruhan harga tiket asal....

ok...kalau korang beli tiket online ...make sure korang print tiket tu
pada tiket yang korang print tu ada barcode.
barcode ni nanti yang akan dican sebelum masuk....

Dari Geylang Serai ke USS kami pergi dengan menaiki MRT
okey caranya ambil train dari Station Payar Lebar  terus ke Station Habourfront tapi sebelum tu korang kene tukar train di Outram park tau. sbb tak ada train direct ke Station Habourfront .
Di Outram park ni korang kene menapak jauh jugak lah. Jangan risau laluan bawah tanah suasananya lebih kurang macam kalau korang turun dari putra station ke KLCC  jer.

Ok sampai jer di Habourfront korang kene jalan kaki ke Vivo City
Dalam Vivo City tu korang ambil pulak train dari sentosa station ke USS (waterfront station).
Kalau tak silap sentosa station ni terletak di level 3.

yeah... kami dah sampai di Sentosa Station.


Semua orang suka bergambar di sini
termasuklah kami 3 beranak ni...

 
Stall Sorvenier yang terdapat disitu sebelum pintu masuk.


Hollywood



Irma sewa stroller ni dengan Harga S$15.
kalau yang single Harganya S$10.

Dua kali dapat bergambar dengan Woodypecker
satu masa sampai dan satu lagi masa nak balik.

friendly kan en.Franky ni...
serius tak takut...

Yeah...mari kita berkungfu..


Korang rasa sedap tak suara mereka ni ?


pose seksi Marilyn Monroe

 
Popcorn kat sini sedap,rasanya lemak-lemak masin...
haha sempat lagi promote kan...

kalau tak caya tanya budak dua orang kat bawah ni?

Okey harga untuk satu bekas popcorn tu kalau tak silap S$15
hoho boleh pengsan kalau convert  RM.


sebelum balik...kami singgah makan di Celebrity Cafe
Harga okeylah... please jangan convert ke RM ye...
Total harga makanan kitaorang S$30.

Kalau nak makan kat dalam USS ni pastikan ada logo halal....
kebanyakkan logo halal kat sini diaorang tampal kat pintu masuk.

Madagascar

 A create Advancure....best sangat...





Keluar jer dari sini ada persembahan dari character-character madagascar yang cute ni..


Ok seterusnya bersambung ke part 2...

daaa..........

Mar 7, 2012

Singapore : Hari Pertama Sampai..

Salam semua....

Hari ni, Irma nak sambung cerita tentang singapore...

Hari pertama sampai, kami hanya jalan-jalan disekitar Geylang Serai.

One of the reason kenapa kami pilih Kawasan geylang Serai sebab kawasan ni ramai melayu dan senang nak dapat makanan halal yang sesuai dengan tekak kami.

Ni lah tempat kami menjamu selera masa mula-mula sampai...

Pasar Geylang Serai.

Pasar Geylang Serai ni sama seperti pasar basah kat Malaysia..
Tempat ni bersih sangat...tak berbau pun.
ada 2 tingkat. area bawah tempat jual barang basah dan bahagian atas dibahagikan kepada dua food court dan tempat jual pakaian.

Macam ni lah suasananya.....




Minuman yang Irma order tu Air Mata Kucing Harga S$ 1.60 dalam cup yang panjang dan ada lebih 10 biji buah mata kucing dalam tu.
Nasi yang Irma makan tu pulak Namanya Nasi Briyani harganya S$5.00 kalau korang nak nasi briyani kosong jer harganya S$1.00.

Nasi beryani tu Irma beli kat gerai bawah ni....


My BIL pulak order makan kat Sinar Pagi Nasi Padang
Masa kami sampai ni orang beratur panjang nak beli nasi
tu yang buat teruja nak cuba jugak...
rasanya sangat sedap... Harga pun okey.


Lepas makan kami jalan-jalan di area Geylang serai......

Kedai-kedai Sekitar Geylang Serai.

Setentang dengan Pasar Geylang Serai adalah Joo Chiat Complex.
Kat sini banyak jual kain langsir
kain cotton pun ada jugak tapi yang biasa-biasa jer lah.


Lepas maghrib, kami ke rumah family sebelah hubby kat Bukit Batok.....


Kami makan ramai-ramai kat sini.
makanan oklah sedap..sangat sesuai dengan selera kami.

opsss... sorry yer korang makan semua dah licin tinggal sisa jer...
sangat tak sopan kan tunjuk sisa makanan kat korang....

Lepas sembang-sembang...dalam pukul 11 malam
kami bertolak balik ke hotel. 

p/s: entry seterusnya..adalah cerita kami di USS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag