Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Kami Ke Terengganu

Nov 27, 2011

Kami Ke Terengganu

Minggu lepas kami sekeluarga ke Kuala Terengganu
tujuan utama mengikuti rombongan pengantin Mama Lin
sampingannya sambil bercuti, rehat kan minda dan pokaikan poket haha...

kami bertolak dari Putrajaya khamis petang dan singgah di kuantan
tujuan ke kuantan cumalah untuk berehat dan bermalam sebelum meneruskan perjalanan
Di kuantan kami bermalam di Hotel Season View
hotel nya simple dan bersih.... selesa untuk berehat...
Harga untuk family room cuma RM 200 .
murahkan...


sumber image dari  sini

keesokkannya seawal 8 pagi kami dah bertolak ke kuala Terengganu
memilih bertolak diawal pagi bagi keselesaan anak-anak
kerana perjalanan seterusnya akan menyusuri jalan pantai
yang agak panas dan berbahang... kesian kat anak-anak dan juga pak supir yang memandu (hubby)

Di Kuala Terengganu pada awalnya kami menginap di Rumah Rehat MARA
lokasi betul-betul bertentangan  dengan Taman ShahBandar cuma 10 minit berjalan kaki ke Pasar Payang
yang sangat heaven dengan batik....
Kebetulan pula masa tu persiapan Monsoon Cup keadaan memang happening.

Disebabkan tujuan sampingan nak bawa anak-anak bercuti ....
istilah bercuti pada mereka mestilah tempat yang ada swimming pool
walaupun kat Putrajaya dah selalu sangat pergi swimming ....
nak jugak lah swimming kat pool hotel grrrrrrr...........
so kami memilih menginap pula di GEM Beach Resort. Harga untuk family room RM 320 pernight
Pemandangan kat sini memang cantik tapi agak jauh sikit lah dari bandar
sesuai untuk merehatkan fikiran....
hoho poyo jer kan ayat nak merehatkan minda...


nampak tak bendera merah tu ....
tandanya laut bahaya untuk mandi...
kami jalan-jalan jer lah terpi pantai ni
lagi pun Dina dan Hazim memang tak suka mandi pantai mungkin sebab tak di dedahkan dari kecil
mereka lagi teruja dengan pool.

lepas jer check-in...
budak-budak ni dah sibuk nak mandi kolam....
so layankan jer lah..



Happy sangat lah tu dapat mandi kolam....
Hazim semakin berani main air....
InsyaAllah sikit hari lagi bolehklah berenang .....
cuma Hubby jer risau takut telinga hazim masuk air...
( biasa anak yang klef mudah terdedah dengan masalah cecair di dalam telinga tengah perlu kerap monitor)
nak tahu aktiviti seterusnya sepanjang kami disini
tunggu next entry k....
nak layan bola jap...

daaa...........

2 comments:

  1. bestnya............
    lama k.ayu tak kesana...

    dik, laut mmg bergelora kan, so... main air kolam jerlah..
    eh.. banjir dah surut kan kat sana

    ReplyDelete
  2. @Citarasa Rinduan betullah kak. Ayu laut sangat bahaya masa ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag