Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Terengganu Lagi

Nov 29, 2011

Terengganu Lagi

Selamat pagi uols....
rentetan dari entry yang lepas
kali ni Irma cerita tempat-tempat makan yang sempat Irma singgah di sekitar Terengganu
kira macam rancangan JJCM lah ni

1) Pasar Kuih batu 6, tempat ni memang banyak sangat kuih....
rambang biji mata nak memilih... yang dah berbungkus dalam plastik tu harganya RM2
kalau nak beli sikit-sikit pun boleh...kuih kat sini masih murah tau...
bayangkan Irma beli karipap 6 biji seringgit memang tak habis makan


nampak tak kuih muih  yang sangat meriah kat belakang tu...

2) Ikan Celup Tepung Mengkabang telipot
disini bukan setakat jual ikan celup tepung jer tau...udang sotong pun ada
kat sini memang beraturlah orang menunggu
ikan ni sedap makan panas-panas tau...kalau dah sejuk rasa hanyir sikit
cara mereka masak lebih kurang macam tempura ....
Dina je boleh habiskan 2 ekor ikan... memang terbaik



 

3) Masjid Kristal...Kuala Terengganu
kami sempat singgah sini sekejap...ramai sangat orang bercerita tentang masjid ni
so irma memang paksa Hubby nak sampai jugak hahaha...
Disini pun kami sempat singgah makan
tapi makanan dia biasa-biasa je tak ada yang menarik sangat pun...



4) keropok losong.... uols tahu tak kenapa keropok ni dipanggil losong?
siapa tak tahu cepat angkat tangan...
sebabbbbbbbb............ keropok ni berasal dari kampung Losong
pada pendapat Irma keropok kat sini tak sedap sangat pun...
biasa je... lagi sedap keropok kat Kuala Kemaman..
tak tahu lah pendapat uols macam mana pulak..
mungkin sebab tempat ni jadi tumpuan pelancong ...tu yang ramai sangat orang datang ke sini



rasanya tempat-tempat ni jer kot yang best...
yang lain tu biasa-biasa jer... macam air gelas besar... ( tak singgah pun)  dan Kedai Makan Gulai Itik Serati..

Kalau shopping merangkap pokai kan poket..dan nipiskan wallet
semestinya Pasar Payang....
pilihan batik dia memang cantik-cantik
rambang mata woooooo....
Kali ni irma rasanya agak mahal lah berbanding tahun-tahun sebelumnya
mungkin sebab Monsoon Cup dan cuti sekolah...

kepada peminat emas...
harga emas dia agak murah berbanding KL
so kalau ke sana selain shopping batik boleh lah shopping emas sekali.
hahaha...selamat pokai kan poket yer uols...

daaa.........

2 comments:

  1. Irma, Terengganu ujan tak henti2 kan? Mak sy blk kmpg Tganu mgu lepas. Hujan aje sane. Air kat kmpg pun naik tau.

    =(

    ReplyDelete
  2. @Fara mas Irma pergi tak hujan lagi ...last day kat sana hujan tak berhenti2 sampai air naik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag