Get Widget
Kisah Dina & Hazim: saya yang Kerinduan

Sep 27, 2011

saya yang Kerinduan

Serius, sekarang ni Irma tengah rindu sangat dengan 2 orang budak comel tu.....
rasa macam nak balik rumah sekarang dan bermain dengan mereka sampai pingsan...
rindu nak baca buku dengan mereka......
rindu nak main suap-suap dengan mereka.....
rindu nak menyanyi dengan mereka.....
rindu nak dengar mereka bercerita...
rindu nak dengar mereka berebut mama dan abah... (Irma dan en. Hubby)
yer... mereka sangat suka berebutkan kami..kadang-kadang tu sampai kami pun jadi pening huhu...
terlalu rindukan saat itu....
Irma suka mendengar Hazim bercerita aktiviti dia sepanjang hari

"mama adik makan nasi"

"mama adik main ball"

"mama adik ....."

itu dan ini.... oh sangat comel mendengar Hazim bercerita  dan
Dina lebih suka bercerita masalah yang dia hadapi...sepanjang hari

"mama, Adik suka kacau Kakak"

"mama adik tak bagi kakak tengok tv"

"mama adik patah kan pensil kakak"

dan macam-macam lagi report yang akan disampaikan

ya. mereka sangat berbeza...si adik sangat suka meringankan kepala Irma dan si kakak suka menyesakkan lagi kepala Irma setiap hari.



Irma terlalu rindu kan mereka

2 comments:

  1. Assalamualaikum....

    Akak dah penah singgah blog adik dah bnyk kali.Tapi xpenah nk bertegur sapa.Tahniah kerana sudi berkongsi pengalaman tentang baby cleft.Terima kasih.Untuk pengetahuan adik,anak akak akan menjalani pembedahan cleft palate pada hari Jumaat 30hb nie..

    ReplyDelete
  2. terima kasih Kak Deeja sudi singgah di sini, semoga anak akak cepat sembuh. Irma sekadar berkongsi apa termampu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag