Get Widget
Kisah Dina & Hazim: September 2011

Sep 27, 2011

saya yang Kerinduan

Serius, sekarang ni Irma tengah rindu sangat dengan 2 orang budak comel tu.....
rasa macam nak balik rumah sekarang dan bermain dengan mereka sampai pingsan...
rindu nak baca buku dengan mereka......
rindu nak main suap-suap dengan mereka.....
rindu nak menyanyi dengan mereka.....
rindu nak dengar mereka bercerita...
rindu nak dengar mereka berebut mama dan abah... (Irma dan en. Hubby)
yer... mereka sangat suka berebutkan kami..kadang-kadang tu sampai kami pun jadi pening huhu...
terlalu rindukan saat itu....
Irma suka mendengar Hazim bercerita aktiviti dia sepanjang hari

"mama adik makan nasi"

"mama adik main ball"

"mama adik ....."

itu dan ini.... oh sangat comel mendengar Hazim bercerita  dan
Dina lebih suka bercerita masalah yang dia hadapi...sepanjang hari

"mama, Adik suka kacau Kakak"

"mama adik tak bagi kakak tengok tv"

"mama adik patah kan pensil kakak"

dan macam-macam lagi report yang akan disampaikan

ya. mereka sangat berbeza...si adik sangat suka meringankan kepala Irma dan si kakak suka menyesakkan lagi kepala Irma setiap hari.



Irma terlalu rindu kan mereka

Sep 23, 2011

CLAPAM : Forum Awam Klef Dan Hari Keluarga CLAPAM

Salam Jumaat semua,

Kepada kawan-kawan CLAPAM , kalau tidak ke mana-mana pada  1 Oktober 2011 ni  jomlah sertai Forum Awam Klef Dan Hari Keluarga CLAPAM yang akan diadakan di  Bangunan Pendidikan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia .Jalan Yaacob Latiff, bandar Tun Razak, Cheras. Kuala Lumpur.

Boleh kita berbincang Isu-isu  klef dan meluahkan masalah bersama penceramah jemputan CLAPAM antaranya :

  • Isu-Isu Pediatrik (Asso Pfor Dr. Raja Juanita Raja Lope)
  • Isu-isu Pembedahan (Dr Mohamed Faizal Ali)
  • Isu-Isu Pertuturan dan Komunikasi (Pn Shaharina Zawawi)
  • Isu-Isu Pergigian (Kol (B) Dr Asiah Wahad)
  • Peranan CLAPAM dan Kimuniti. (En. Zainal Azhar bin Ahmad)

Insya'Allah kalau tak ada halangan Irma akan pergi majlis tu nanti. Semoga kita dapat bersua muka yer dan mengeratkan lagi Ukwah di antara kita.

Jumpa Di Sana yer.

 

Sep 21, 2011

Wordless Wednesday #4






Kereta Tok Abah Kemalangan (5 Jun 2011)
Total cost repair around RM 18,000
sekarang dah Ok. semua ditanggung oleh pihak insurans...

Sep 18, 2011

Cleft: Pemakanan selepas Pembedahan Lelangit

Bagaimana pemakanan Hazim setelah pembedahan lelangit dilakukan ?

Selepas selesai pembedahan membetulkan lelangit. Hazim terpaksa ditahan diwad ICU selama 24 jam ini kerana Hazim mengalami komplikasi paru-paru. Sepanjang berada di ICU irma hanya dibenarkan melawat Hazim bukan menemaninya.

Alhamdullillah, sepanjang di ICU hazim berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang ke Wad keesokkan harinya. Di wad Hazim dibenarkan makan dan minum seperti biasa .

Bagi penyediaan makanan Hazim, Irma dinasihatkan untuk memberi Hazim minum air masak selepas minum dan makan ini bertujuan bagi mengelakkan terjadinya jangkitan kuman pada luka pembedahan tersebut. Irma juga digalakkan memberikan hazim ais-cream untuk memberikan kesan kebas pada jahitan lelangit seterusnya mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan.

Bentuk makanan yang dibenarkan?.

Hazim dibenarkan untuk makan sebarang bentuk makanan tetapi makanan tersebut mestilah lembut seperti bubur dan bijirin . Irma juga akan pastikan makanan Hazim telah betul-betul sejuk kerana makanan yang panas boleh memudaratkan jahitan lelangit hazim. Ada juga beberapa ketika Irma terlewat menyediakan makanan Hazim. Dalam keadaan ini Irma akan campurkan beberapa ketul ais dalam makanan Hazim.

Irma hanya memberikan hazim makanan pejal (finger food)  selepas Irma yakin bahawa lelangit hazim telah sembuh sepenuhnya. Iaitu kira-kira sebulan selepas pembedahan. 

p/s:  Bersama-sama kita doakan semoga Adik Faris selamat menjalani pembedahan lelangit esok.( 20 Sept 2011) Setelah tertunda beberapa kali sebab masalah kesihatan. Semoga kali ni tiada lagi halangan yer sayang. amin.

Sep 16, 2011

Selamat pagi

Selamat pagi u olls.... dan Selamat hari Malaysia,
Mesti sekarang ni ramai yang tengah susun jadual untuk menghadiri Open house kan.kan....
Irma pun banyak dapat jemputan Open House... tapi tak sure lagi boleh pergi atau pun tidak..
Kalau en. Hubby izinkan pergi dengan Dina dan Hazim, InsyaAllah Irma akan hadir..kalu tidak terpaksalah kami memerap duduk kat rumah jer.
En. Hubby sangat busy sekarang ni. so tak boleh nak ajak dia ke mana-mana...
dan Irma jarang mendapat keizinan utk drive jauh-jauh terutamanya kalau bawa anak-anak bersama. Dia takut Irma tak boleh handle kalau Dina dan hazim bergaduh dalam kereta. so minta maaf yer kepada yang menjemput kalau Irma tak muncul-munculkan diri. hik,hik,

Dah lama irma tak buat entry tentang Cleft dan CLAPAM kan.
memandangkan cuti 3 hari ni tak ada buat apa-apa Irma bercadang nak buat entry  tentang cleft.
entry ni nanti semua berkaitan dengan pertanyaan yang irma dapat melalui email, yahoomassanger (ym) dan personal massage (pm). dan juga panggilan telefon. InsyaAllah,
tunggu yer...
hoho.. nampaknya sekarang ni kene stop dulu sebab Dina dan Hazim dan bangun tidur
dan ,my bibik tengah mop lantai..so kene berenti dulu takut adakan yang tergolek sbb licin.

sekian,

Sep 14, 2011

Sandal Bunga Dina

Akibat keboringan duduk dalam kereta semasa perjalanan balik dari kampung.

Dina telah menghasilkan satu seni yang sangat kreatif... dan Irma memang tak sangka yang dia akan melakukan itu. Sangat kreatif kamu nak....

Selalunya Irma biarkan Dina main game atau melukis pada G Tab. Tapi disebabkan dua beradik ni awal-awal lagi dah berebut nak main game so dua-dua kene denda tidur sepanjang perjalanan. baru setengah jam perjalanan Hazim dah terlena mungkin sebab malam sebelum tu dia tidur lewat. Dina pulak tak tidur lagi.. buat muka boring jer.... sambil tu mintak simpati  supaya boleh main game.
Buat muka kesian...


Biasanya kalau bab mendenda dua beradik ni..memang En. Hubby tak compromise langsung..
denda tetap denda ....
tapi tak lah sampai berjam-jam....paling lama pun biasanya setengah jam.

entahlah, lepas setengah jam tu Dina senyap jer.. ingatkan dah tidur dah kat belakang ...
rupa-rupanya ada aktiviti yg dia buat.

"mama...tengok slipper kakak"
"cantikkan"
"Kakak buat Bunga"


"&%$#?*&^$#@!"
"Kenapa kakak conteng?"

"Tak lah mama kakak Lukis bunga"
"kan slipper  ni dah tak ada batu (beads)... kakak tengok tak cantik pastu kakak lukis lah"

En. Hubby menyampuk pulak  "cantiklah kakak. Pandai anak Abah"

alahai sangat kretif nyer anak mama ni. Nasib baiklah slipper basahan jer.. kalau kasut raya mesti dah kene cubit.....
Inilah hasil lukisan bunga Dina, kreatifkan.

sekian utk entry kali ni.

Sep 13, 2011

Resepi : Sambal Goreng Nyai Yah

Peristiwa ni berlaku pada mlm raya kedua. ...
Sedang kami sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk membuat sambal goreng....
(masakan jawa) sangat famous terutamanya dikalangan keluarga besar kami. Biasanya Ia menjadi menu wajib kami di pagi raya. Tapi kali ni kami siapkan untuk dibawa pulang ke kampung. Emak kata sebagai juadah kunjungan ke rumah Pak Long.

Masa tengah sibuk-sibuk buat preparation tu tiba-tiba jer Abang Iwan offer resepi Sambal Goreng Nyai Yah. Dia kata sambal goreng nyai Yah ni sedap...ramai orang suka.....

"Ko nak resepi sambal goreng tak Ir ?"

" nak....nak"

"nah... ko translate sendiri..."
"lepas ni gerenti semua orang cari sambal goreng ko..."

sambil menghulurkan sehelai kertas
 
huluran kertas Irma sambut dengan perasaan berbunga-bunga...
masa tu dah berangan dah... lepas ni mesti En. Hubby puji-puji hehe
 
hah, sekali Irma tengok ....
 
 
patutlah Abg Iwan Kata sedap ...
Tulisan jawi semua, Abang Iwan kata resepi ni nyai Yah tulis sendiri..
 
so Irma dengan gagahnya cuba translate resepi....memang terkial-kial lah masa nak transalate tulisan jawi tu sebab ejaan lama...
 
ermmmmp... boleh terima tak alasan ni ?
 
Masa translate tu  abah senyum jer... tengok anak perempuan dia terkila-kial membaca jawi.
 
kalau masa sekolah dulu confirm dah kene denda baca kitab ( istilah yg digunakan untuk buku-buku sekolah agama) sampai lancar...tak kira lah pukul berapa pun.
pernah dulu masa Irma sekolah agama darjah 1, (umur masa tu dlm 8 tahun) Irma masih lagi tergagap2 baca kitab.  bila Abah dapat tahu jer 
mlm tu jugak kene baca jawi sampai lancar... sampai sekarang tak boleh lupa peristiwa tu...huhu
 
cuma kali ni alasan yang Irma berikan pada  Abah
 
 Nyai Yah tulis guna pensil pastu ejaan lama tu yang terkial-kial tu... . sebenarnya masa tu cover malu kat Dina sebab Mama dia dah tak pandai  lancar baca jawi.
 
Malu nyer dengan Dina
 
so..utk u olls tersayang... ni Irma dah translate resepi tu.. so bolehlah cuba yer..
(Kalau rasa nak baca yang tulisan jawi tu...enlarge jer gambar kat atas tu yer)
  • 500g hati  (direbus) dipotong-potong goreng
  • 500g paru (direbus) dipotong-potong goreng
  • 8 keping tempe dipotong-potong goreng
  • 8 keping tauhu dipotong-potong goreng
  • 500g udang basah dibersihkan goreng jangan terlalu kering
  • 100g udang kering ditumbuk halus
  • 1 kg santan
  • 100g lada kering digunting macam bunga rampai - dibuang biji
  • 2 btg serai dimayang halus
  • lengkuas sebesar ibu jari dicincang halus / ditumbuk
  • halis sebesar ibu jari dicincang halus / ditumbuk
  • belacan sebesar ibu jari
  • asam sebesar ibu jari
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa
  • Bawang besar 5-6 biji dimayang
  • Bawang putih 5-6 biji dimayang

cara masak:
  1. panaskan minyak, masukkan cili kering, bawang besar dan bawang putih, lengkuas, serai goreng hingga naik bau.
  2. kemudian masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi spt tempe, tauhu, paru, hati, udang basah
  3. kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula, garam, serbuk perasa dan santan pekat. kacau sehingga rata
  4. masak dengan api perlahan.
selamat mencuba yer kawan-kawan .

Gambar Aidilfitri 2011

Salam semua,

Alhamdulillah, Irma dah habis exam. So boleh lah berblogging dengan aman.... sebelum masuk semester baru.

Ada yang tertunggu cerita  Aidilfitri dari kami ke?...(haha.. mode perasan diva)

utk warming-up, jom kita cuci mata dengan aksi gedik-santai Dina dan Hazim dulu k.

Kita mulakan dengan gambar...............
Hazim ready nak pergi solat Aidilfitri
Tiap masa ikut atuk gi Masjid.
Malam raya pun ikut Tok Abah bertakbir...
Biasalah cucu Tok Imam.
muka serius sebab kene marah dengan Mama.


pastu menangis, tak tahan sebak...
Biasalah Dina ni touching sikit kalau kene marah.

Kenapa lah budak dua orang ni merangkan pulak...
Nak jadi baby ker?


Hazim sangat suka bermain dengan balang kuih...


Idea Dina minta Irma snap gambar depan cermin, huhu

Sibuk suruh mama snap gambar mereka berdua.
Alahai buah hati mama...


dan yang terakhir gambar family besar kami...
2 tahun sekali jer kami dapat bergambar macam ni.
Tahun depan, Insya Allah kami akan beraya di Parit Buntar dan Mama Lin akan beraya di Terengganu.

Kesian kat Tok Abah n nenek. huhu...

Sep 6, 2011

Aidilfitri 1432

Salam U olls,
Rasanya tak terlambat lagi Irma sekeluarga mengucapkan

"Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin."

kepada semua yang mengenali Kami tak kira dimana berada.

Cerita sambutan Aidilfitri kami akan menyusul kemudian, Insya Allah banyak yang ingin dikongsi disini.
Maklumkan Dina dan Hazim dah besar.... banyak peristiwa yang ingin Irma coretkan buat kenangan mereka apabila dewasa kelak.
Gambar-gambar sepanjang Syawal ni pun masih lagi tersimpan di dalam kamera, tak bersekempatan lagi nak upload.
Buat  masa ini Irma nak fokus pada exam hujung minggu...
pastu nanti Irma cerita sambutan Syawal kami satu-persatu yer....
Ok. jumpa lagi nanti.
bye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag