Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Cabaran #1 : Kelahiran

Jul 8, 2011

Cabaran #1 : Kelahiran

Dedikasi untuk buah hati mama AKMAL HAZIM


Lahirnya tidak sesempuna insan biasa
tetapi ia cukup memberi makna
Inilah sumber kekuatan abah dan mama
menjadikan kamu insan berjaya

Dikala usia kandungan menjangkau 28 minggu
perkhabaran diterima meyentap kalbu
Tatkala itu mama diam terpaku
memikirkan bagaimana nasibmu

Mama dan abah terus mencari kepastian
Doktor dan pakar pertemuan disusunkan
Memanjat doa kepada Tuhan
harapan yang kelihatan cuma bayangan

Wajah Hazim sebelum pembedahan

Laporan 3D scan menunjukkan bukti
apa yang dilihat sememangnya pasti
Tambah sebak rasanya hati
masalah jantung pula perkhabaran diberi.

Andai itu sudah suratan
akan diterima tanpa persoalan
semoga dipermudah segala urusan
cekallah kamu wahai insan

9 Jan 09 kamu selamat dilahirkan
Mama dan Abah menyusun perancangan
Pembedahan demi pembedahan dijalankan
Akhirnya wajahmu sesempurna insan

 Wajah Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir dan soft palate


"Entri ini ditulis untuk cabaran #1 ipad MySuperKids yang direviu oleh Almiraz"

11 comments:

  1. sayu baca, tapi pengakhirannya indah :) nice entry, good luck ye!

    ReplyDelete
  2. Tu la irma, anak2 ni one of the reason utk kita terus hidup.. kan..
    Hr tu serempak ngan yur hubby ms myskills kat ciast..

    ReplyDelete
  3. Betullah Nik. anak2 lah sumber kekuatan, kan
    jumpa Jas kat CIAST eh.. biasalah diakan wakil MARA.

    ReplyDelete
  4. DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU DIBUKA JALAN..
    ALHAMDULILLAH.. SEMPURNA KEMBALI..

    ReplyDelete
  5. Hiiee!

    Menarik sekali kerana ini lah satu-satunya entri untuk Group E yang mengetengahkan syair sebagai taruhan untuk menang ipad2. Sangat unik dan saya akui saya sendiri tak pandai nak karang entri sebegini. Namun begitu, topik yang dikupas adalah bersifat cliche tetapi tidak menyebabkan maksudnya hilang terus. Ianya boleh dijangka. Ok,itu komen saya. Semoga berjaya ke peringkat seterusnya!!

    ReplyDelete
  6. Thanks Almiraz,
    entry last minutes.......
    Centusan idea saat2 akhir sering bercelaru dan tak menepati sasaran.

    ReplyDelete
  7. irma,

    kekurangan itu kelebihan buat dia.. Mcm Fuzael, dia sedar dia ada kekurangan dr segi senyuman. Tapi dia selalu mengukir senyuman yg paling cantik!
    Begitu juga dgn Hazim. Dia jd kekuatan buat Irma dah hubby.. Syukur kita dpt anugerah anak istimewa..

    ReplyDelete
  8. betul Haida, seyuman dia orang memang cantik ....kene marah pun senyum jugak...macam tak ada perasaan.kita pulak yang geram..;0

    ReplyDelete
  9. anak2 mcm ni lah yg akan membantu kita dan berjaya suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  10. @iDa DgN aNaKnYa aLoNG Semoga kekurangan mereka membuatkan mereka berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag