Last week, kami ke Batu Kikir perjalanan yang tidak dirancang, pagi sabtu tu my BiL call ajak mencari atau perkataan yang lebih tepat menjejak family yang dah lama tak jumpa. kami bertolak dari Putrajaya dan my BiL dari Nilai so janji berjumpa dia Ulu Bendol. Dari Ulu Bendol kami konvoi ke Batu kikir. Masa ni sebenarnya masing-masing hilang arah sebab tak tahu macam mana nak ke batu kikir tambahan pulak nama taman perumahan yang kami nak tuju tu pun tak sure..... cuma tahu ia dikawasan batu kikir. Mujurlah teringat yang my G-Tab dah install papago so Irma cuma setting masjid Batu kikir sebab my Bil kata yang penting kita sampai di area Batu Kikir. Kami teruskan perjalanan sampai ke batu kikir ....
hah, masa ni masing-masing cuba mengingat land mark yang terdapat dengan kawasan yang kami nak tuju. Mr Hubby memang tak tahu langsung jln ke situ sebab dia ke situ masa masih bersekolah rendah so cuma harap my BiL yang pernah ke situ 7 tahun lepas. Alhamdulillah kami sampai juga akhirnya walaupun tersasar sedikit dan tempat nak tuju namanya Taman Mawar.
Masa kami sampai, kebetulan tuan rumah mengadakan majlis cukur jambul... kira langkah kanan lah kami masa tu dan dapat berjumpa dengan sebahagian family.... dan paling best dapat makan masakan negeri sembilan, apalagi tempoyak lah....
isk, terus terliur tau....
perjalanan balik kami singgah membeli daging dan ikan keli salai....
alahai sodap kalau masak lomak cili api...boleh berasap telinga.
lepas tu kami singgah di Masjid Diraja Tuanku Munawir untuk menunaikan solat zuhur.
dah alang-alang sampai di sini kami singgah sekali di Muzium Diraja Seri Menanti.
beranganlah konon-kononnya dapat jemputan diraja hahaha.... ;)
Muzium Diraja Seri Menanti merupakan istana lama. rasanya semua tahu sejarahkan..
kalau nak tahu lebih detail sila baca sejarah yer...
tujuan utama nak beli barang2 buat hantaran Mama Lin untuk wedding dia oktober ni. Biasalah.... adik nak kawin kakak yang over...
selamat petang............
ReplyDeletewah!! bestnya dapat jalan2...
ayu belum pernah sampai ke batu kikir..
mmg cantik2 view..lagilaha da kesan sejarah
thanks ya, syer entry ini..
walau tak sampai... boleh gak ayu cuci mata dan baca pengalaman orang..