Get Widget
Kisah Dina & Hazim: July 2010

Jul 30, 2010

Debaran Imam Muda


BERHADAPAN dunia realiti sebagai Imam Muda menjadi cabaran besar buat Asyraf dan Hizbur. Sebaik program Imam Muda menutup tirai malam ini, mereka akan berhadapan dengan masyarakat sebagai seorang selebriti agama yang dihormati dan disegani.


Penentuan siapa yang bakal diangkat sebagai pemenang program Imam Muda musim pertama ini boleh diikuti menerusi saluran Astro Oasis, jam 9 malam ini. Asyraf atau Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata, perasaannya kini bertukar daripada bersyukur dapat menyertai program Imam Muda ini kepada bimbang yang menguasai dirinya. “Dulu saya gembira apabila terpilih menyertai program ini, namun selepas tinggal berdua, perasaan itu bertukar bimbang dan berdebar. Saya tahu bagaimana harapan masyarakat sebaik Imam Muda melangkah keluar nanti.

“Dari segi teorinya, sudah dapat gambaran bagaimana keadaan di luar namun saya belum menempuh keadaan sebenarnya. Pihak Astro sendiri sudah menerangkan bagaimana akhlak, keterampilan, imej dan sebagainya, tetapi sekadar teori saja. Saya belum menempuhnya dunia sebenar,” katanya.

Dari segi persaingan dengan sahabat sendiri, Asyaraf bagaikan hilang rasa gemuruh seperti mana orang lain melalui pertandingan akhir.

“Persaingan sudah tidak terasa sangat sebab nilai persaingan dalam pertandingan itu sudah seperti tidak ada. Sehingga melepasi tahap ini saya rasakan sudah berjaya,” katanya.

Asyraf juga tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sukar didekati sebaliknya menjadi diri sendiri memudahkan dia mendekati masyarakat.

“Saya harus mengubah cara untuk berhadapan dengan masyarakat. Banyak perkara baru saya pelajari terutama cara berkomunikasi dan berhadapan dengan masyarakat pelbagai peringkat usia. Antara yang tidak pernah saya sangka seperti pembentukan imej diri, protokol, cara berjalan yang dulu saya tidak pernah ambil kisah dan inilah indahnya Islam sekiranya dihayati betul-betul,” katanya.

Sementara itu, bagi anak jati Baling, Kedah, Hizbur berkata, kehidupan selepas ini sudah pasti berbeza dan cabaran besar buatnya akan bermula sebaik melangkah keluar daripada program Imam Muda.

“Paling saya takut kerana harapan orang terlalu tinggi. Secara peribadinya saya tahu diri saya, kelebihan dan kekurangan saya, jadi saya takut tak mampu untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat.

“Wang atau harta bukan yang saya pandang, tetapi yang paling saya takut adalah fitnah. Saya sudah berkahwin dan paling takut adalah perempuan. Itu paling risau sebab Rasulullah s.a.w dalam kitab ada menyebut perempuan adalah fitnah segala-galanya bagi lelaki.

“Saya sentiasa berdoa untuk menetapkan iman kepada Allah,” katanya sambil menegaskan menang atau kalah, dia tetap kembali bertugas sebagai guru Tahfiz di kampungnya.

“Saya akan kembali bertugas sebagai guru tahfiz dan pada masa yang sama ruang akan dipenuhi dengan aktiviti khidmat masyarakat, ceramah, tazkirah dan macam-macam lagi.

“Saya perlu menjadi diri sendiri, apa yang orang lihat saya dulu dan kini sama saja, namun saya akan mengubah kelemahan yang saya sendiri tidak ketahui selama ini,” katanya.

Rindu, harapan daripada isteri

MAHU atau tidak, dua peserta akhir Imam Muda, Hizbur dan Asyraf tidak terlepas menjadi perhatian masyarakat sebaik program ini menutup tirainya malam ini. Dengan kata lain, mereka bakal digelar selebriti agama yang akan berhadapan dengan gosip panas.

Persoalannya, adakah isteri mereka bersedia menghadapi cabaran yang bakal dilalui termasuk berhadapan dengan pengikut wanita.

Bagi isteri kepada Hizbur, Liliyana Hassanah Yudi, 23 atau Lili, kebimbangan memang dirasai namun pesanan suami agar bersabar dan saling percaya mempercayai dipegang sebaik-baiknya.

“Kami sentiasa saling ingat mengingati agar tiada kebimbangan. Memang risau pada mulanya, namun selepas berfikir semula saya harus bersedia dan berdoa agar kami dihindari daripada fitnah dan buruk sangka daripada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, dia tidak meletakkan harapan tinggi kepada suaminya untuk memenangi program Imam Muda, tetapi yang penting adalah mengamalkan ilmu sepanjang berada dalam program ini.

“Saya sangat bersyukur kerana dia melepasi segala tugasan yang diberikan dengan baik, bererti dia berjaya di dalam menjayakan program ini. Jika di berjaya, saya berharap niat untuk membawa ibunya menunaikan haji termakbul,” jelasnya.

Lili mengakui teramat merindui suaminya sejak hampir tiga bulan ditinggalkan dan bersyukur berpeluang menemui suaminya minggu lalu.

“Saya reda dan sabar kerana memahami perjuangannya untuk agama. Saya bersyukur apabila Astro membenarkan kami berjumpa minggu lalu apabila dia dibenarkan balik ke kampung berjumpa,” katanya yang sentiasa mendoakan kejayaan suaminya di dalam apa saja perkara.

Bagi isteri kepada Asyraf, Nur Husna Yusuff, 23 yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga berkata, segala cabaran yang harus dilalui suami selepas ini akan dipikul bersama.

“Saya juga sudah diberitahu awal dari suami yang harus sentiasa bersedia dengan cabaran selepas ini. Apa saja yang berlaku selepas ini, sebagai isterinya akan bersama-sama menghadapi apa saja dugaan.

“Saya juga tahu yang dia akan menjadi orang dikenali tetapi apa yang kami buat adalah sentiasa saling percaya mempercayai, jujur dan sabar. Kami akan sentiasa mengingatkan agar berpegang kepada niat asal kita iaitu mencari seberapa banyak ilmu untuk dikongsi bersama masyarakat islam,” katanya.

Menurut Husna, sebagai isteri adalah menjadi harapan untuk melihat suaminya berjaya tetapi bukan sekadar menjuarai program Imam Muda.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GelisahImamMuda/Article

Kepada sesiapa yang berkelapangan dan berkesempatan , mari kita sama-sama menonton rancangan ni. Walau siapa pun yang akan dinobatkan sebagai Imam Muda pada pandangan Irma mereka berdua adalah yang tebaik.

 Sejuk perut ibu yang melahirkan.

 Satu cabaran besar untuk mendidik dan melahirkan sebagai Imam Muda.

Jul 29, 2010

Share : Renungan Untuk Para Suami


Kalau sebelum ni Irma, ada share tentang Adab Seorang Isteri. Kali ni apa kata kita bagi tazkirah sikit pada Sang Suami. Tak adil lah kan... . asyik-asyik isteri je yang dipersalahkan. Apa kata sang suami pun memainkan peranan memahami si isteri. Baru lah rumahtangga aman bahagia. Artikel ni pun Mr. Hubby yang bagi. Lepas Irma protes kenapa isteri je yang dipersalahkan. (ops... I'm not a good wife). Sumber dari mana Mr. Hubby pun dah tak ingat.

Perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka
telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula.
Namun putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
uruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.
Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....

p/s: kepada tuan enpunya artikel ni. Minta dihalalkan ye..  .

Jul 28, 2010

Contest : Season 4 - Cute Funny Eating baby

 
^
^
^
^
^
^
Gambar yang dipertaruhkan....
                     Nama : Akmal Hazim                         Nama : Saidatul Irdina                      
Umur  :1 tahun 6 Bulan                      Umur : 3 Tahun 4 bulan

utk syarat no 4 tu cume nyatakan letakkan sekeping gambar jer kan. tak nyatakan ada berapa orang dalam gambar tu. So tak salah lah yer irma letak sekeping gambar yang ada 2 beradik ni, yang penting kedua-duanya anak Irma dan keduanya range umur 1 Tahun - 4 Tahun.

huh, tamakkan..kan....

untuk join klik sini

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"

Jul 27, 2010

Bila Abah Tiada Dirumah - Part 1

Sepanjang minggu lepas… Abah sibuk memanjang. Balik kerja pun hari-hari lambat… dekat pukul 10.00 mlm baru sampai rumah., banyak sangat program katanya. ....

So kami 3 beranak duduk kat rumah diam-diam jer lah...
Dua beradik pun tak banyak songeh… just layan Magic English plus gaduh-gaduh manja sebab berebut mainan.
Hazim sekarang semakin nakal suka sangat sakat Kakak Dina. Rasanya satu blok boleh dengar suara tarzan mama bila mama menjerit
Huh....amat memalukan okeh

Hari Rabu kakak Dina start demam panas jerrr badan tu. Malam Abah balik kerja baru bawa pergi klinik

Hari Khamis…
Kakak Dina tak pergi Taska. Pergi rumah pengasuh dengan Adik Hazim
Mama bertugas di Parlimen.
Abah bertolak ker Pasir Salak ada EIMaRace 2010. Abah outstation sampai ahad. So tak ada Program jalan-jalan hujung minggu ni…

Malam Khamis badan adik hazim start panas. Around pukul 1.30 pagi adik hazim muntah-muntah. Mama relax jer lagi. Mungkin adik Hazim tersalah makan.

Hari jumaat macam biasa Mama Hantar kakak Dina ke taska dan adik rumah pengasuh. Pagi tu badan hazim masih panas sikit-sikit so mama cuma bekalkan ubat ke rumah pengasuh.
Dan mama pergi kerja seperti biasa

Tengahari Pengasuh telefon beritahu suhu badan Adik Hazim panas sangat walaupun dah makan ubat. Hazim pun tak nak tidur….

Mama ambil Hazim dari rumah pengasuh terus bawa balik...
plan nak bawak Hazim pergi Klinik, tapi bila sampai rumah Hazim tidur pulak. Sementara tunggu sampai Hazim bangun Mama pun tumpang tidur sekali..
Petang tu langsung tak masuk ofic, dan mama decided ambil cuti jer... tak sampai hati nak kejutkan Hazim. Bila adik hazim dah bangun ajak ambil kakak Dina kat taska.

Balik dari Taska jer.... tengok rak tv + DVD palyer + TV dah tergolek atas lantai.
Panic sekejap ingat kan ada orang masuk rumah,sebab masa keluar tadi lupa nak kunci pintu.Cuma kunci grill jer....
Check Laptop ada kat bilik sebelah ada.
Check barang-barang dan duit ada semua ada malah tak terusik langsung.
So… just abaikan dan tutup pindu bilik jer…(tak larat dah nak fikir)

Ops bukan malas nak kemas tapi banyak sangat kaca bertabur atas lantai. Klu kemas jugak time tu confirm-confirm dua beradik ni tolong sama. tunggu merek tidur malam ni baru kemas kan semua....

Dalam pukul 6 petang badan hazim bertambah panas dan start merengek.
Mama masih teragak-agak nak bawa hazim terus ke hospital atau bawa pergi klinik dulu. Call Abah mintak pendapat...
Abah suruh bawak pergi hospital. Sementara tu mama masukkan ubat ’bontot’. Tunggu sejam suhu hazim tak turun jugak....
Lepas solat Maghrib terus bawa hazim ke unit kecemasan hospital putrajaya.
Sampai kat hospital, check suhu Hazim dah 40.
Doktor suruh mama bagi mandi nak turunkan suhu. Dua kali Hazim mandi suhunya Cuma turun sehingga 38.8 jer.
Kesian sangat tengok Hazim masa tu... mengigil-gigil....
Pukul 10.30 malam lepas masukkan ubat ‘bontot’ kali ke dua barulah suhu Hazim turun sampai 38.2 dan kami dibenarkan pulang ke rumah.

bersambung part 2

Jul 20, 2010

Toots...tooTs...

They're 2, they're 4 ,they're 6 ,they're 8
Shunting trucks and hauling freight
red and green and brown and blue
they're the really useful crew

All with different roles to play
Round Tidmouth sheds or far away,
Down the hills and round the bends
Thomas and friends

Thomas he's the cheeky one
James is vain but lots of fun
Percy pulls the mail on time
Gordon thunders down the line

Emily really knows her stuff
Henry toots and huffs and puffs
Edward wants to help and share
Toby, well let's say, he's square
They're  2 they're they're 6 they're 8
Shunting trucks and hauling freight
red and green and brown and blue
they're the really useful crew

All with different roles to play
Round tidmouths or far away
Down the hills and round the bends
Thomas and friends

They're two they're four they're six they're eight
Shunting trucks and hauling freight
red and green and brown and blue
they're the really useful crew

All with different roles to play
Round tidmouths or far away
Down the hills and round the bends
Thomas and friends





psss...psss... ni permainan bapak budak yang memberi alasan budak yang nak main dan teringin. Sedangkan 2 orang budak ni hanya boleh lakukan ini...

tengok jer tau...jangan kacau yer...

tapi sekejap jer keamanan ini berlaku .. lepas tu Hazim terus jadi raksasa yang akan memusnahkan segala-galanya....

adik!!!!! don't step

wakakaka..... arwah ayah dulu pemandu keretapi, so minat tu turun kat anak lelaki yang sangat teruja bila jumpa dengan segala jenis keretapi...walaupun dulu bercita-cita ingin menjadi t....................................................... alasan malas belajar.....

Ops...sorry Sayang terbocor rahsia pulak...

Jul 19, 2010

Uji Pendengaran

Pada 29 julai 2010 ni, Hazim akan menjalani ujian pendengaran lagi buat kali keempat. Kenapa banyak kali yer ? sebab setiap kali ujian pendengaran dilakukan mesti ada masalah pada telinga tengah. Puncanya tidak dapat dikenalpasti lagi.
Masa pertama kali ujian dilakukan Hazim belum lagi menjalani pembedahan lelangit. Kali kedua hazim mengalami selsema   3 hari sebelum ujian so masa hari ujian dilakukan telinga tengah blok. Kali ketiga Irma tak pasti kenapa rasanya ada kaitan dengan selesema juga kot. Ops... boleh tak pakai kot-kot ni yer...  dan yang ini kali keempat. berharap sangat Kali ini tiada sebarang masalah.
Kalau refer pada jadual yang Irma refer dari sini . kat bawah ni, pendengaran Hazim macam tak ada sebarang masalah. Tapi tak tahulah kenapa setiap kali ujian dilakukan mesti Audiologist beritahu yang telinga tengah Hazim mengandungi cecair yang boleh mengganggu pendengaran Hazim. buat masa ni tiada sebarang ubat yang dibekalkan cuma perlu pemantauan.

Hearing Milestones: A parent's checklist
The following are some age-related guidelines that may help to decide if your child may be having hearing problems. It is important to remember that children reach milestones at different ages: every child is different. Consult your child's physician if you are concerned that your child is not hearing appropriately. The American Speech-Language-Hearing Association lists the following age-appropriate hearing milestones.

Birth
  • listens to speech (Okeh, sangat respond)
  • startles or cries at noises (Ok)
  • awakens at loud sounds (Ok, sangat respond)

0-3 months
  • turns to you when you speak (ya.. hazim love listening my voice)
  • smiles when spoken to (yes, with beautiful smile,especially when the operation is done)
  • recognizes your voice and quiets down when crying ( yes, 'Hazim'kan anak Mama)
4-6 months
  • responds to "no" and changes in your tone of voice (yes)
  • looks around for sources of noise (doorbell, vacuum, etc.) (yes)
  • notices toys that make sound (yes)
7 months - 1 yr
  • listens when spoken to (yes, Hazim can respond)
  • turns or looks up when his/her name is called (yes)
  • enjoys games like pat-a-cake or peek-a-boo (yes, His favorite game is Cok..Cok..Pin...)
  • responds to simple requests ("come here", "want more?") (yes)
  • recognizes words for common items ("cup, "shoe", "juice") (yes)
1-2 yrs
  • listens to simple stories, rhymes, or songs (ya.., Hazim suka bila Mama menyanyi selawat sebelum tidur)
  • follows simple commands and understands simple questions ("roll the ball", "kiss the baby") (yes, Hazim suka cium mulut pipi Mama)
  • can point to a few body parts when asked (yes, Hazim can point his nose, ears, tongue and eyes)
  • points to pictures in books when they are named (yes, Hazim boleh meniru bunyi haiwan-haiwan apabila mama tunjuk gambar cat, tiger, bird, elephant, cow, ect)
2-3 yrs
  • can follow two requests ("get the ball and put it on the table") (yes)
  • continues to notice sounds (phone ringing, television, etc.) (yes)
  • understands difference in meaning (go/stop, big/little, up/down) (yes)
3-4 yrs
  • can answer simple "who", "what", "where", "why" questions
  • can hear radio and TV at the same loudness as others
  • can hear you when you call from another room (yes, Hazim can find me...)
4-5 yrs
  • pays attention to simple stories and can answer questions about it
  • people who know your child think he/she hears well
  • hears and understands most of what is said at home and in school

Jul 15, 2010

Awards: Budak Tak pakai Pampers

Abah dah janji dengan Dina nak belikan woody kalau Dina tak pakai Diapers lagi. Tempoh abah berikan seminggu jer. Kalau lebih dari seminggu cancel award. hari-hari abah pesan kat Dina kalau nak woody tak boleh pakai pampers lagi walaupun sewaktu tidur malam. hari-hari jugaklah mama tanya kat cikgu sama ada Dina terkencing kat Taska ke. Huhuhu... tak pasal-pasal dengan mama sekali dapat job baru daripada abah. siap bagi warning lagi.
Mama jangan tolong cover Dina yer.
Isk...Abah ni macam tau-tau jer..lah.
Bila Abah balik kerja jer terus check baju kotor Dina. kalau ada bau hancing je bertalu-talu lah soalan. huh mama pun kene tolong jawab sekali untuk Dina. Abah sebenarnya takut mama ngan Dina buat pakatan sulit. hahaha... Abah dari dulu memang tak percaya kat mama kan. Ni yang buat mama geram sayang  ni.

Hah.. dah bila dah berpuashati dengan prestasi Dina barulah boleh dapat Woody. Sabtu lepas balik  je dari Majlis perkahwinan anak kawan Hubby kat AU2 kami singgah Toy r US, KLCC . Semata-mata nak beli woody. Tengok jer lah bukan main meleret lagi senyum. Kalau minta dengan mama jangan haraplah dapat ye... Mama suka lagi belikan Dina buku daripada belikan Woody.

                                                       
Ini Woody Saya Okeh...

 Thank U Mama Abah

Mama tulis nama Dina pada Woody tau.... jangan jelous yer,

Sejak ada Woody ni, Dina dah tak pandang pun koleksi Barbie dia. Asyik-asyik Woody jer. Huh. siap request Abah belikan Buzz  Lightyear pulak sebab Woody tak de kawan. Ada ke patut ?

Jul 12, 2010

Share: Adab Berhadapan Dengan Suami




Sesuatu yang ingin dikongsikan dengan teman, kawan dan sahabat di luar sana, Sama ada yang sudah bergelar Isteri atau bakal bergelar isteri. Semoga sedikit perkongsian ini menjadi pedoman dan panduan kepada kita dalam menempuh hidup berumahtangga. Irma dapat email ni daripada Mr. Hubby, setahun yang lepas. Irma akui Irma bukan seorang isteri dan ibu yang. baik, adakalanya Irma alpa dan leka seketika dengan nikmat dunia sehinggakan terabai tanggungjawab sebagai seorang isteri.


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri.Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilangla h matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyerirumahtangga.



Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.



1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda diatas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.



3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.



4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.



5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.



6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.



7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.



8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.



9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukan lah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.



10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.



11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.



12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.



Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Disinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Kepada tuan empunya Artikel ni, Irma minta izin untuk berkongsi artikel ini dengan teman-teman yang lain. Sebab Mr. Hubby pun dah tak ingat dimana dia dapat artikel ni.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Jul 7, 2010

Kan Cakap....


Kan Cakap....
Budak nakal selalu sakit.
dah dapat tanda kat muka tu...
lepas ni boleh tubuhkan club 'Muka Berparut' ngan Izz Izz 


Ahad lepas, Hazim jatuh kat car Wash,
baru je mama tinggal sekejap, tak sampai pun 1 minit
dah jadi macam ni.
Masih mampu tersenyum lagi

Mulalah menangis bila Mama nak sapu ubat.

sekejap jer, pastu gelak kat Mama balik.

Jul 5, 2010

Hari ke-2 ke Taska

Hari ke-2 Dina ke taska keadaanya lebih baik.
Dina dah tak malu nak minta susu dan air jarang (air masak)
Alhamdulillah, dah berkurang sifat malu anak mama.
Cuma bab ke toilet je… ada terkucil sikit…
Mungkin sebab leka bermain.
Tak pe boleh dimaafkan ye..kakak
Hari ni pun Dina dah start belajar huruf A,B, C, dan D.
Dina belajar lagu baru ‘ Bangau Oh Bangau”

ops.. lupe nak beritahu....
Irma ambil package playschool...sambil bermain sambil belajar
dalam pakej ni ada disediakan silibus seperti berikut:
1. asas bahasa melayu & asas pra tulis
2. Asas bahasa inggeris
3. Asas matematik
4. Doa-doa harian
5. lagu  Nasyid dan Nyanyian
6. Kisah-kisah Nabi & tauladan

Jul 4, 2010

Hari Pertama Ke Taska

Dina dah melangkah ke satu era baru ......
hehehe... ke Taska
Tak jauh mana pun kat kawasan apartment kami jugak
perancangan awal Dina akan ke taska tahun depan,
Dah terlanjur Taska tu mula beroperasi 1 Julai,
so hantar je lah...
Kanak-kanak sebaya Dina pun tak ramai lagi.

Awal pagi Dina dah bangun
D- 'Hari ni Dina pergi School kan Mama'
M- Ye....
D- Tak payah bawa bantal rabbit (bantal busuk-masam) tau. bawa susu jer....
M- Ok (sambil masukkan bantal rabbit dalam bag), pergi mandi dengan Abah ye...
D- Ok, Dina nak minum susu ngan mee goreng

wah.. siap order lagi.... boleh tahan anak dara sorang ni

M- Mama tak masak mee goreng lah kakak.... Nasi goreng boleh????
D- Ok

Sebelum pergi taska siap pesan lagi kat Adik Hazim
D- Kakak tak pergi rumah Mak Cik(pengasuh) dah.....kakak pergi school
     Adik sorang jer kat rumah mak cik, jangan nangis tau...
    (panjang lebar tinggal pesan kat Hazim)
H- k..sambil anggukkan kepala

Bila sampai  taska Mama pulak tinggal pesan kat kakak Dina
M- jangan nakal tau...dengar cakap cikgu
      kalau nak susu mintak ngan cikgu...
     kalau nak makan cakap dengan cikgu
     kalau nak pergi toilet cakap ngan cikgu
D- k

Balik dari Taska
M- macam mana best tak pergi school
D- best
M- belajar ape hari ni?
D- tak lagi , Dina main jer...
M- Nak kencing cakap tak?
D- Tak... tadi Dina kencing dalam seluar.
M- Kenapa tak cakap ngan cikgu? kan mama dah pesan cakap ngan cikgu..
D- Dina malu, kawan-kawan dina tak cakap ngan cikgu pun. ada kencing dalam seluar macam Dina jugak.
M- kesian cikgu, lain kali cakap ngan cikgu yer..
D- Ok. sorry mama...
M- ramai kawan tak?
D- ramai,...Kenapa mama bawakan bantal rabbit dina?
M- mama takut nanti Dina tak boleh tidur....
D- kan dina dah cakap tak payah bawak...
    mama ni saje nak malukan dina
   dina malu tau....

sentap sekejap bila Dina cakap macam tu kat mama.... patutlah cikgu cakap Dina simpan bantal rabbit dalam bag.rupa-rupanya Dina malu nak tunjuk bantal rabbit dia.

M- sorrylah.....esok tak payah bawak ye...
D- Dina lapar...Dina nak susu...
M- Dina tak mintak susu kat cikgu ke?
D- Tak Dina malu....
M- tadi makan apa?
D- Nasi ngan sup .... ada biskut...
M- Minum air jarang (air masak ) tak?
D- ada , tapi sikit jer... Dina malu nak mintak cikgu
M- esok jangan malu tau.... nanti Dina lapar. kalau nak susu ke...nak minum ke... cakap ngan cikgu tau,
D- Ok

Untuk hari pertama ke taska. Dina telah terkencing dalam seluar dan tak minum susu langsung dengan alasan dina malu nak cakap kat cikgu. salah Irma jugak sebab pesan kat Cikgu kalau Dina nak susu jer baru bagi.
Alahai anak daraku pemalu rupanya....

with her Bantal Rabbit a.k.a bantal busuk masam

Ready go to Taska.

Jul 2, 2010

Tersadai.....

Awal-awal bulan lagi kete aku dah buat hal..... suka sangat-sangat  geram ada tension pun ada. dah lah sekarang ni berkejar dengan masa dan tengah menghitung-hitung bulan dilangit yang tak mungkin bertambah menjadi dua atau tiga kecuali kalau tengok bayang-bayang dalam air...
Apa yang ko merepek ni Irma??????

Dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyumanmu itu kau juga merindui aku.....'
oh..
menyanyi pulak ????

Semalam.... pertama kali dalam sejarah kereta aku kene towing,
kalau dah kene towing tu... confirm-confirm lah  kereta aku break down tepi jalan kan....
isk...isk.. sekali lagi penggunaan ayat yang mempunyai maksud yang sama.

Pagi tu, lepas hantar Dina ke Taska , (ops.... lupa nak bagi tahu Dina dah start ke taska berkuatkuasa 1 Julai. nanti irma cerita tentang taska Dina ye...) Irma dapat call dari Pusat service proton kereta dah siap dan boleh ambil so, terus je ke Bangi dulu pastu baru masuk ofic.
Bila dah check semua condition kereta tu ok . Aku terus drive balik ke Ofic. Aku cume mintak En. Suami follow aku sampai aku parking kereta sebab aku takut kereta kau meragam lagi.
On the way balik ke Putrajaya semuanya berjalan dengan lancar tapi bila masuk-masuk je kawasan putrajaya kereta aku dah start meragam balik.
Tiba-tiba je jam kereta terpadam....
pastu aku rasa enjin kereta macam nak mati...
nak berhenti tepi jalan rasa cam tak selamat plak sebab aku berada betul-dekat main road so aku decided tunggu sampai depan bus stop,
belum pun sampai bus stop tiba-tba signal kereta tak berfungsi..dan pedal minyak yang ku tekan tak memainkan peranannye... cuba korang bayangkan masa tu kereta aku berjalan dengan lajakan je...
seterusnya enjin kereta aku mati...
OMG.. aku cume berdoa semoga kereta belakang tak sondol kereta aku.
please...please....kereta belakang tolong nampak aku kat depan ni ye...
Alhamdulillah selamat sampai ke tepi, syukur sangat-sangat...

En. Suami try jumping bateri kereta. Alhamdulillah kereta masih lagi boleh start... so kene hantar balik ke bengkel. kali ni aku rasa fobia sangat-sangat dan aku tukar kereta ngan En, Suami.
tapi kereta aku hanya mampu berjalan sejauh 100 meter dan enjinnya terus mati....

Aku call bengkel Proton, minta hantar towing car sebab kereta aku dah tersadai...
jawapan yang aku terima ..mereka tak sediakan perkhidmatan tu..
huh, jem sekejap otak ni... nasib baik insurans yang aku ambil ada service towing free tapi kene tunggu dia datang dari Shah Alam.
Terpaksalah aku tunggu..

Ni kali pertama kereta aku meragam...
sebelum ni ok je...tak pernah langsung brake down tepi jalan
aku cukup jaga jadual service yang ditetapkan dan aku tak pernah service kat tempat lain selain proton walaupun... warranty dah habis
 isk..isk.. nak kata kereta aku tu kereta lama tak jugak baru nak masuk 6 tahun.
lagi setahun lebih je habis bayar...

Hingga hari ni kereta aku tak siap lagi... dan pagi tadi aku pergi kerja 'merempit' ngan En. Suami
huh, dah lama tak merempit.... sesekali merempit ok gak...rasa macam bercinta pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag