Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Punca Cleft (sumbing)

Feb 1, 2010

Punca Cleft (sumbing)

Cleft terjadi akibat kegagalan pencantuman antara 2 bahagian muka semasa janin berusia awal 3 bulan didalam kandungan. Apabila sesetengah bahagian muka gagal bercantum dengan sempurna maka rekahan akan terbentuk samaada rekahan bibir, rekahan lelangit dan rekahan bibir dan lelangit atau lebih dikenali sebagai sumbing.
Sehingga kini belum ada lagi penemuan khusus punca sebenar cleft bibir dan lelangit . Ahli Perubatan berpendapat cleft terjadi akibat faktor genetik sama ada dari sebelah ibu atau bapa kanak-kanak tersebut. Ada juga berpendapat ianya berpunca daripada pengambilan ubat semasa mengandung seperti ubat sawan. pengambilan alkohol,rokok dan jangkitan kuman rubella semasa hamil juga menjadi punca kepada cleft. Ramai pakar perubatan juga berpendapat pengambilan Asid folic 3 bulan sebelum merancang kehamilan adalah penting bagi mengatasi masalah ini.
Kita juga tidak terlepas daripada kepercayaan karut nenek moyang yang mengatakan salah si bapa memancing ikan, salah potong ayam, memotong pokok, suka makan ikan pekasam semasa mengandung dan macam-macam kepercayaan karut lagi.
Irma jugak tak terlepas daripada menjawap semua persoalan itu semasa menerima kunjungan sahabat handai dan orang terdekat. what i do, just ignore what ever they said. Percayalah setiap apa yang berlaku dan apa yang telah Allah tetapkan untuk hamba-Nya adalah yang terbaik. jangan sesekali rasa terpinggir atau malu. kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik. Kuatkan semangat dan terus melangkah.

"Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang diantara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar daripada ujian itu bagaikan emas kuning berkilat.Maka itulah orang yang diperlihara Allah daripada bermacam syubhat. dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah. " (hadis Riwayat Thobrani)

" Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar ."( surah al-Anfal, ayat 28).

3 comments:

  1. Hai puan.. Salam perkenalan. Saya hana. Umur 27 tahun. Untuk pengetahuan puan saya juga mempunyai masalah clef bibir ni. Bersabar ya. Alhamdulillah saya sudah berkahwin dan ada 1anak dan suami yang sangat menyayangi saya. Memang rasa rendah diri itu ada tp saya atasinya dengan bersyukur dan berterima kasih pada pencipta kerana hanya dia yang tahu hikmah di sebalik semua ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AnonymousJune 21, 2015

      salam puan. Saya juga penderita clef dan berusia 20 tahun.Rendah diri tak usah dikata. saya nak tanya kalau kita ada clef, zuriat kita nanti camna? saya takut untuk berkahwin puan.

      Delete
  2. Setuju. Setiap manusia yang Allah jadikan cukup sempurna.

    Terdetik nak carik info ni. Sebab kwn diana baru dpt new baby. Dan baby die ada mslh clef. 15hb DEC ni baby die dah decide nak buat operation clef tersebut. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag