Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Appointment : Selepas Pembedahan Lelangit

Jan 21, 2010

Appointment : Selepas Pembedahan Lelangit

Semalam ( 20/1/2010) Hazim ada appointment dengan Dr. Wooi di Hopital Serdang. Appointment dijadualkan pada pukul 2.00 ptg, tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal Hazim hanya dapat berjumpa doktor pada pukul 4.10 petang. huh... agak penat dan kebosanan jugaklah menunggu .Nasib baik dekat dengan playground bolehlah jugak Irma melayan Hazim bermain sementara menunggu berjumpa doktor.
Appointment kali ni, bagi melihat perkembangan Hazim selepas pembedahan lelangit. Alhamdulillah, luka dan kesan pembedahan Hazim telah sembuh sepenuhnya. Anak tekak hazim pun dah bercantum dengan sempurna seperti bayi normal. Appointment seterusnya dijadualkan pada Disember 2010 ni. Buat masa ni Dr. Wooi advice Irma teruskan dengan follow-up yang lain seperti pendengaran dan pertuturan.
Ya..., sekarang ni Hazim masih lagi teruskan dengan Klinik ENT ( Ear Nose Throat Clinic) di Hopital Serdang. Bagi menguji pendengaran Hazim dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Berdasarkan appointment yang lepas teliga sebelah kanan Hazim bermasalah.( kurang mendegar berbanding teliga kiri). Walaubagaimanapun bulan february ni Hazim akan berjumpa lagi dengan Doktor bagi mengesan masalah sebenar.

Rajah: Keadaan lelangit sebelum dan selepas penbedahan.

3 comments:

  1. such a good info u've here....
    hello darling!!! finally jumpa jugak ko di alam maya, hehehe
    so hows life??? anak dah 2 yer..
    hope can hear more from u soon, hehehe exited nih!!!

    -marhani- tolong la kenal aku

    ReplyDelete
  2. hehe..
    happy sangat2 dapat contact ko lagi.
    life aku biasa je...
    cutenye....izz
    kening dia cam ko lah mar...

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan..saya pun ada sorang anak cleft bilateral..so boleh laa kita kongsi kalau ada info yang berguna..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag