Dec 27, 2009
Kemuncak Sehati Berdansa - 3
Malam tadi kami pergi PICC tengok Kemuncak Sehati Berdansa -3. Finalist kali ni pasangan Sazzy & Nazril dan Sein & Nana. Best tengok dia orang menari he..he... rasa mcm nak menari sama2 je...
Kami pergi berdua je... 2 org budak comel tu kene tinggal kat rumah ngan nenek n Olin. Nak buat mcm mana kan... dah peraturan dia budak bawah umur 12 tahun tak boleh masuk. (boleh dating lagi semalam tak puas dating la....) Live show lah katakan ...kang tak pasal-pasal tengah 'live' ada dengar suara budak menangis tak ke haru.... Niat hati nak bawak gak Dina sebab dia so axcited kalau tengok sehati berdansa sampai boleh hafal lagu tema tu...
Pasangan yang mewakili CLAPAM ,Isma & Zul tak dapat masuk final, tak pe lah nak buat macam mana tak de rezeki dia orang. Tahniah sebab dapat bertahan hingga minggu ke-9 dan telah sumbangkan sebanyak RM 9000 kepada CLAPAM.Thank Q ye....
Juara sehati berdansa kali ni pasangan Sein & Nana. Tahniah buat u all berdua. Sazzy & Nazril tempat ke-2. tahniah gak kat U all berdua.
p/s: for me , Pasangan Sazzy & Nazril patut menang.... tak de rezeki dia orang, nak buat mcm manakan......
Labels:
CLAPAM
Dec 25, 2009
Our 5th Anniversary
Today is our 5th year wedding anniversary.I just thought of posting this today to thank my hubby how great husband he is even though there are times that i am mean to him!I love my hubby so much coz he loves me unconditionally.I am very grateful & feel so lucky having him in my life.He is perfect for me because of his imperfections.
To my loving hubby,
Thank you for loving me & taking care of me.
I love you so............... much!
Dec 14, 2009
Hujung Minggu Yang Padat
Minggu Lepas agak memenatkan gak lah buat kami sekeluarga coz ada 3 event kene attend. Tambahan plak Hazim dan Dina tak berapa sihat lagi... eemp.. tak tau lah kenapa budak 2 orang ni selsema + batuk tak baik2 lagi. ciannye....anak mama, tapi yang buat Irma muskil ni .... bila bawak pergi berjalan sihat lah plak ..... panas badan pun tak....apa makna tu ye.... ;)
Jumaat Malam tu kami ade dinner Kat Bangi Golf Resort anjuran Ofis hubby '.....' just simple dinner but we enjoy.. habis dinner around jam 11.30 mlm.. nasib baik lah..Bangi ni dekat je ngan Putrajaya .... masuk je dlm kereta Dina dah lena n Hazim mcm biasalah melompat2 tak duduk diam. Kami sampai rumah dekat pukul 12.15 pagi.
Besok nye... Hari Sabtu Kami ada 'CLAPAM Family's Day' kat Fakulti Audiologi dan Sains Pertuturan UKM. Majlis bermula dari pukul 9.00 pg - 12.00 t/hari. tapi disebabkan malam tu kami balik lewat tak sampai hati plak nak kejut Dina & Hazim. Biarlah budak2 ni bangun lewat sikit sempat gak irma kemas apa yang patut sebab habis je family day kami akan terus bertolak ke A Farmosa Resort.
tunggu punya tunggu 2 org budak comel ni bangun tido pukul 8.30 pg. Kami bertolak dari Putrajaya dlm pkl 9.30 pg... so agak lewat gak lah kami sampai empp... rasanya dlm pukul 10.00 pagi kot baru kami sampai kat CLAPAM Family's day'. yang best nye kami sampai serentak ngan Isma & Zul (pasangan Sehati Berdansa) .
Walaupun agak lambat sempat gak lah Dina main 2 game ... Hazim plak bergambar ngan Isma & Zul.Habis je... 'CLAPAM Family's Day' kami teruskan perjalanan ke A Farmosa Resort...
Labels:
CLAPAM
Nov 23, 2009
ING Insurance's Spread The Smile
Sabtu Lepas, Kami dapat jemputan menghadiri 'SPREAD THE SMILE MOVEMENT MALAYSIA' di Hotel Nikko Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh ING Insurance bertujuan bagi menyampaikan dana kepada CLAPAM .
Kami bertuah sebab sempat menonton tayangan film dokumentari 'Smile Pinky' pernah mendapat penghargaan "Best Short Documentary Film" pada Academy Awards 81.
Sedikit sinopsis film;
Menceritakan kisah seorang gadis berusia 6 tahun bernama Pinky yang mempunyai bibir sumbing. Pinky menghadapi banyak masalah dengan bibir sumbing. Pinky telah berhenti tersenyum dan berhenti sekolah karana ia merasa malu akibat kecacatannya itu. serta dipinggirkan dalam masyarakat karana kecacatanya. Akhirnya dengan bantuan seorang pekerja sosial, dia menjalani pembedahan bibir, Film ini dibintangi sendiri oleh Pinky Sonkar. Dia mengalami banyak masalah dengan bibir sumbing. Dia diejek dan telah berhenti sekolah kerana kecacatan yang dialaminya. Dunianya berubah ketika 'Smile train', International datang membantu anak-anak bibir sumbing tiba di desanya. 'Smile trains' berusaha agar semua kanak-kanak sumbing dapat menjalani pembedahan yang ditawarkan oleh doktor Dr Subodh K. Akhirnya Pinky dapat menjalani zaman kanak-kanaknya seperti kanak-kanak sempurna yang lain.
Labels:
CLAPAM,
ING Insurance
Nov 20, 2009
Alfatihah Arwah Hamizan Bt Ali
Al-Fatihah
Hamizan Bt Ali
5 Disember 1964 - 17 November 2009
Sekali lagi keluarga Hubby menghadapi kehilangan insan tersayang, kali ini Kak Mizan. Insan yang menjaga hubby dari Usia 9 tahun setelah kematian MIL. Kak Mizanlah insan yang bertanggungjawab menjaga,mendidik, membesar hubby sehingga lah kami bernikah .Kak Mizan meninggal akibat sakit Kanser Ovari yang dideritanya.
Kami menerima perkhabaran pukul 11.30 mlm . Irma n Hubby terus bertolak balik ke Parit Buntar dengan meninggalan Dina & Hazim coz masa ni dua-dua budak comel ni dah tido, Irma tak nak mengganggu mereka,kebetulan family Irma ada kat rumah sebab nak hantar abah mengerjakan haji kali buat kali kedua kesokkan harinya.
Kami bertolak dari Putrajaya pukul 11.45 mlm dan sampai Parit Buntar pukul 5.00 pg. Pemergian Kak Mizan memberi kesan mendalam kepada Hubby kerana selama 20 tahun kak mizan lah tempat hubby berkongsi cerita suka dan duka malah kak Mizan jugalah orang yang pertama,yang mengetahui keadaan Hazim didalam kandungan. Kak Mizan banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan agar kami tabah hadapi segala ujian yang Allah berikan.
Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 12.30 t/hari. lepas tu kami terus bertolak balik ke Putrajaya untuk menghantar Abah ke Kelana Jaya. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Kami sampai di Putrajaya 4.30 petang sempatlah kami hantar Abah ke Kelana Jaya.
Nov 16, 2009
Awani Pagi Talkshow
Pagi tadi kami ada jemputan Awani Pagi Talkshow kat Bursa Exchange Square Annexe Building , Bukit Kewangan, KL. Mewakili Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) bersama pengerusi CLAPAM En. Zainal dan Pn. Zuraini setiausaha CLAPAM. Kami kuar rumah lebih kurang 6.50 pagi terus ke Studia Astro. Slot CLAPAM bermula pada pukul 8.30 pagi. so kami kene ada kat sana selewat2nya pukul 8.00 pagi.
Labels:
CLAPAM,
cleft,
Dina Hazim
Nov 8, 2009
pembedahan lelangit
Operation kedua Hazim untuk mencantumkan soft palate telah pun selesai pada 23 Otk 2009. Syukur Alhamdulillah, operation kali ni pun dilakukan pada hari Jumaat sama seperti operation pertama dan hari kelahiran Hazim. Masa ni usia Hazim 9 bulan 14 hari. Macam biasa Hazim perlu datang awal sehari ke hospital sebab pada hari ni lah doktor akan datang melawat Hazim untuk pastikan Hazim betul-betul sihat dan tidah mengalami sebarang masalah.
emp.... Hazim kene puasa lagi lah, bermula malam ni sebab operation akan dijalankan seawal pukul 8.00 pagi. Oleh kerana doktor dah berpesan supaya Hazim berpuasa bermula pukul 4.00 pagi.Sepanjang malam Irma berjaga bagi memastikan Hazim mendapat susu dan makanan yang secukupnya . Alhamdulillah, kali ni Hazim tak menangis kelaparan lagi. Malah dia mampu tersenyum dan bermain seperti biasa.
Operation kali ni dilakukan oleh Doktor Woo, (doktor HKL) sebab Doktor Liaw tengah bercuti sambung belajar. Lihatlah wajah ceria Hazim sepanjang ditolak ke OT. Semoga anak mama tabah dan kuat OK. Mama sentiasa doakan Hazim.
Operation kali ni, Hazim mengalami sedikit komplikasi kerana dia tidak boleh bernafas sendiri apabila saluran oksigen dibuka. Doktor mengambil keputusan supaya Hazim tinggal di ICU dalam tempoh 24 jam selepas operation bagi memastikan keadaan Hazim betul-betul stabil.
Hanya Allah je yang tahu perasaan Ima masa tu. Irma tak putus-putus berdoa supaya Hazim stabil. Tak sanggup rasanya menerima sebarang kemungkinan.
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada anakku supaya dia tabah dan kuat menghadapi ujian Mu. Setelah Kau memilih hambamu yang lemah ini untuk menerima ujianMu. Maka Kau permudahkanlah segala urusan hamba Mu bagi melihat anakku sempurna seperti kanak-kanak lain. Hanya Ini pintaku.
Keadaan Hazim sekmakin stabil sehari selepas operation, tapi masih memerlukan bantuan Oksigen untuk bernafas. Masa ni, Hazim dah berada di wad biasa. Kali ni agak lama Hazim berada di Hospital iaitu selama 7 hari berbanding masa operation bibir cuma 4 hari je.
Ni lah pertama kali dalam hidup, Irma sambut birthday ke 27 di Hospital. Tapi tak pe, demi anak mama. Mama sanggup berkorban apa saje asalkan anak mama sempurna. Mama sayang Hazim... semoga hazim menjadi anak yang baik dan soleh.
Oct 1, 2009
Syawal 2009.
Salam syawal semua,
Syawal kali ni kami sambut kat Tenggaroh 5, (cian my hubby) perancangan awal dan mengikut giliran yang sepatut-patutnya kami sambut di Parit buntar, perak. Tapi disebabkan maid irma cuti awal sebulan terpaksalah 2 orang budak comel ni irma anta balik kg.jadi sepanjang ramadhan kami hanya berdua je .... sedih kan...kan.....
memandangkan 2 orang budak comel ni dah kat tenggaroh so kami ambil keputusan utk beraya di Tenggaroh je....
Jun 11, 2009
Hilangnya Sebutir Permata
Pada pagi 11 Jun, dalam pukul 4.00 pg tido kami terganggu dengan sebuah panggilan telefon dari 'wak Jo' (panggilan Dina & Hazim untuk pakcik mereka),memaklumkan anak sedara kami yang belajar di Mesir telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan.'Innalillah'.
Betul ke berita yang kami terima ni????
rasanya baru je kami bercerita tentang arwah dan berharap agar Dina & Hazim mengikut jejak langkah seperti Arwah.
Hubby dan 'Wak Jo' terus bersiap untuk ke Wisma Putra bagi mendapatkan pengesahan dan makluman lebih lanjut. Malangnya mereka tiba terlalu awal dan pejabat belum dibuka lagi.Bagi mendapatkan berita dan perkembangan selanjutnya Mr. Hubby cuba 'search' pada google dan ini antara blog pertama yang kami perolehi http://bkpppm.blogspot.com. Dengan apa yang tercatat dalam blog tersebut sah lah mangsa yang meninggal dalam kemalangan tersebut adalah "Ammar ", anak kepada Abg Zul Dan Kak Timah,Jam 7.30 pagi hubby dan Wak Jo ke JPA yg menaja pengajian perubatan Ammar untuk mendapatkan pengesahan rasmi dan menguruskan membawa balik jenazah Ke Malaysia.Pada keesokkan harinay baru kami bertolak balik ke Penang, itu pun setelah mendapat pengesahan wisma Putra bahawa jenazah Ammar Akan tiba pada hari Ahad (13/6/2009) jam 10.00 mlm di KLIA. Wak Jo tidak pulang bersama kami kerana beliau akan mengiringi jenazah ke Bertam Indah.
Alhamdulillah semua urusan menguruskan jenazah berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Wisma Putra,JPA,Jawi dan Pihak Mas Kargo. Pemergian Ammar juga mendapat liputan meluas daripada pihak media cetak dan elektronik. Hampir semua media melaporkan berita kematian dan urusan pengebumian tersebut.
Sesungguhnya pemergian ammar meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami kerana dia merupakan model yang terbaik untuk Dina dan Hazim.Insy'Allah kami akan berusaha mendidik hazim dan dina sebagaimana Kak Timah dan Abang Zul mendidik Ammar hingga ke tahap ini.
p/s: klu nak tahu lebih lanjut dan mengenali Arwah dengan lebih dekat lagi layari blog Kalam Puncak.
Jun 2, 2009
MDH Link
CLEFT
* http://www.pedsent.com/
* http://sites.google.com/site/clapam/home
* http://diapywipey.com/
* http://www.bupa.co.uk/individuals/
PARENTING
* http://www.mypositiveparenting.org/
EDUCATIONS
Labels:
link
May 23, 2009
Birthday Hubby
You're such a good example
Of what a husband should be
We always get along so well
Even when we disagree
You're so patient
And understanding
You don't ask for anything
You're never demanding
You're so quick to give
And such a joy to be around
You're such a good person
You deserve a special crown
You have a good heart
You're honest and true
You're the best husband
And I really love you
Happy Birthday......
p/s; sorry x de hadiah tahun ni, cume kad ucapan je.... nanti kite kuar makan ye...
Apr 15, 2009
'Operation' Pertama Hazim
Alhamdulillah,Hazim dah selamat menjalani pembedahan bibir pada 10 April 2009 (jumaat) pukul 8.00 pagi. Sekarang Hazim dah mampu tersenyum seperti kanak-kanak normal. Seperti yang dijadualkan operation bibir biasanya akan dilakukan ketika bayi berusia 3 bulan hingga 6 bulan. Ada juga sesetengah operation akan dilakukan seawal usia bayi 1 bulan tapi ni semua bergantung kepada keadaan bayi tersebut.
Seawal pagi 9 April 2009 iaitu sehari sebelum pembedahan dijalankan. Hazim dikehendaki masuk wad ini bertujuan bagi memastikan Hazim benar-benar sihat dan telah bersedia untuk pembedahan. Bermula jam 4 pagi ( 10 apr 2009) hazim perlu berpuasa daripada minum susu dan hanya dibenarkan meminum air masak sehingga pukul 6.00 pagi. Ya... Allah mampukan bayi sekecil ini berpuasa. Kau berikanlah kekuatan kepada anakku. Sepanjang tempoh berpuasa Hazim hanya menangis dan akhirnya tertido keletihan.
Dalam pukul 7.00 pagi, Irma lapkan badan hazim dengan air suam dan tukarkan Hazim dengan pampers yang bersih. Irma nak Hazim berada dalam keadaan bersih dan segar semasa operation sedang dijalankan. dan 7.30 pagi hazim ditolak ke OT (Operation Theater).
Ni zikir yang Irma baca sepanjang operation berjalan selama 1jam 30 minit.
“LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya') Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim.
Alhamdulillah, Operation berjalan dengan lancar.Terima Kasih kepada Dr. Liaw dan semua kakitangan Hospital Sedang.
p/s: pastikan anda kenal dengan Doktor yang akan menjalankan pembedahan dan tahu serba sedikit prosedur yang akan dijalankan. Kalau boleh buatlah beberapa research supaya anda lebih bersedia.
Alhamdulillah, Operation berjalan dengan lancar.Terima Kasih kepada Dr. Liaw dan semua kakitangan Hospital Sedang.
p/s: pastikan anda kenal dengan Doktor yang akan menjalankan pembedahan dan tahu serba sedikit prosedur yang akan dijalankan. Kalau boleh buatlah beberapa research supaya anda lebih bersedia.
Subscribe to:
Posts (Atom)