Al-Fatihah
Hamizan Bt Ali
5 Disember 1964 - 17 November 2009
Sekali lagi keluarga Hubby menghadapi kehilangan insan tersayang, kali ini Kak Mizan. Insan yang menjaga hubby dari Usia 9 tahun setelah kematian MIL. Kak Mizanlah insan yang bertanggungjawab menjaga,mendidik, membesar hubby sehingga lah kami bernikah .Kak Mizan meninggal akibat sakit Kanser Ovari yang dideritanya.
Kami menerima perkhabaran pukul 11.30 mlm . Irma n Hubby terus bertolak balik ke Parit Buntar dengan meninggalan Dina & Hazim coz masa ni dua-dua budak comel ni dah tido, Irma tak nak mengganggu mereka,kebetulan family Irma ada kat rumah sebab nak hantar abah mengerjakan haji kali buat kali kedua kesokkan harinya.
Kami bertolak dari Putrajaya pukul 11.45 mlm dan sampai Parit Buntar pukul 5.00 pg. Pemergian Kak Mizan memberi kesan mendalam kepada Hubby kerana selama 20 tahun kak mizan lah tempat hubby berkongsi cerita suka dan duka malah kak Mizan jugalah orang yang pertama,yang mengetahui keadaan Hazim didalam kandungan. Kak Mizan banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan agar kami tabah hadapi segala ujian yang Allah berikan.
Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 12.30 t/hari. lepas tu kami terus bertolak balik ke Putrajaya untuk menghantar Abah ke Kelana Jaya. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Kami sampai di Putrajaya 4.30 petang sempatlah kami hantar Abah ke Kelana Jaya.
0 comments:
Post a Comment