Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Lahad Datu
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Mar 18, 2013

Sulu


Morning.....

Pagi-pagi on jer komputer
terus nampak perkataan SULU kat dewanejapro...

  

hahaha...
lawaklah.... komputer pun tahu ker...
yg isu SULU ni tengah hangat diperkatakan...

#prayforSabah

Mar 14, 2013

Lahad Datu: Mata Ikan

Assalammualaikum...


Saya seorang  penggemar mata ikan…
Sejak dari kecil lagi…
Rasa mata ikan itu begitu sedap ditekak…
Apatah lagi, apabila masih panas

Mak saya pun dah tahu…
Kalau tiba-tiba ikan terhidang telah hilang matanya
Pastinya si anak ini yang punya angkara

Hinggalah hari ini…
Apabila saya banyak kali membaca
Ulasan pejuang kita di lahad Datu..
Dan bagaimana kekejaman pengganas
Mencacatkan anggota pejuang kita..

Saya menjadi tidak lalu…
Sungguh apabila saya mengorek mata ikan itu
Saya rasa seolah-olah saya seorang yang kejam
Sama seperti pengganas sulu..


#prayforSabah

Mar 11, 2013

Lahad Datu : Perkembangan Terkini (10 Mac 2013)


Assalammualaikum....
 
 
Perkembangan di Lahad Datu pada 10 Mac




KUALA LUMPUR: Hari Keenam Ops Daulat menyaksikan satu kematian serta penahanan beberapa orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh Sulu di Sabah. Berikut adalah perkembangan di Lahad Datu pada 10 Mac:

- Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dua anggota pasukan keselamatan telah cedera ditembak peceroboh dalam satu kejadian berbalas tembakan di Tanjung Batu.

- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kemudiannya berkata kedua-dua anggota pasukan keselamatan yang berusia 25 tahun itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi dengan helikopter polis dan ditemani oleh seorang pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

- Ismail juga berkata seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 12 ke 15 tahun ditembak mati manakala seorang lelaki dewasa cedera di bahagian kakinya apabila anggota keselamatan Malaysia menembak sebuah belukar di Kampung Sungai Bilis pagi ini.

- Ismail berkata polis telah menahan dua lelaki dan tiga wanita di Kampung Sungai Bilis untuk siasatan.

- Di Semporna pula, polis telah menahan enam orang dewasa yang dipercayai ada kaitan dengan penceroboh Sulu, dalam dua kejadian yang berasingan.

- Polis juga menahan 33 suspek yang dipercayai melindungi dan terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka, di Kampung Pinggir Bakau.

- Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Malaysia akan memastikan tidak ada seorang pun penceroboh militan di Lahad Datu, Sabah terlepas. Sebaliknya, mereka akan ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia.

- Juga, sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat.

- Wartawan dari pelbagai syarikat media itu berlari bersama penduduk yang secara tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian dan bertempiaran meninggalkan kampung itu ekoran terdengar empat das tembakan.

Mar 5, 2013

Lahad Datu : Situasi Terkini (5 Mac 2013)


Assalammualaikum....

  • 10.45 pagi : Berita terkini Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan apabila orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini
  • 10.17 pagi: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya. Walaubagaimanapun, pengikut Azzimudie masih kekal dan bersedia bertempur semula
  • 10.15 pagi: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com – portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.
  • “Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk,” katanya. “Ia seperti kita bukan rakyat Filipina.”
  • 10.07 pagi : Azzimudie mengulangi kenyataan sebelum ini yang mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.
  • “Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami,” katanya.
  • 10.09 pagi: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.
  • Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
  • 9.55 pagi: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.
  • 9.45 pagi : Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.
  • Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.
  • “Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.
  • “Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita – hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina. Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina,” katanya.
 
  • 9.41 pagi : Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom yang didakwa telah mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
  • 9.37 pagi : Menurut satu sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
  • 9.15am: Berita terkini Di bandar Lahad Datu sabah Malaysia, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
  • 9.11 pagi: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
  • 8.54 pagi: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
  • 8.45 pagi : Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan. Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
  • 8.19 pagi : Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berita terkini hari ini.
  • 8:18 pagi : Berita terkini Lahad Datu malaysia setakat ini di mana satu letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang sedang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag