Get Widget
Kisah Dina & Hazim: JJCM
Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Jul 26, 2011

Jalan-jalan ke Batu Kikir

Last week, kami ke Batu Kikir perjalanan yang tidak dirancang, pagi sabtu tu my BiL call ajak mencari atau perkataan yang lebih tepat menjejak family yang dah lama tak jumpa. kami bertolak dari Putrajaya dan my BiL dari Nilai so janji berjumpa dia Ulu Bendol. Dari Ulu Bendol kami konvoi ke Batu kikir. Masa ni sebenarnya masing-masing hilang arah sebab tak tahu macam mana nak ke batu kikir tambahan pulak nama taman perumahan yang kami nak tuju tu pun tak sure..... cuma tahu ia dikawasan batu kikir. Mujurlah teringat yang my G-Tab dah install papago so Irma cuma setting masjid Batu kikir sebab my Bil kata yang penting kita sampai di area Batu Kikir. Kami teruskan perjalanan sampai ke batu kikir ....

hah, masa ni masing-masing cuba mengingat  land mark yang terdapat dengan kawasan yang kami nak tuju. Mr Hubby memang tak tahu langsung jln ke situ sebab dia ke situ masa masih bersekolah rendah so cuma harap my BiL yang pernah ke situ 7 tahun lepas. Alhamdulillah kami sampai juga akhirnya walaupun tersasar sedikit dan tempat nak tuju namanya Taman Mawar.

Masa kami sampai,  kebetulan tuan rumah mengadakan majlis cukur jambul... kira langkah kanan lah kami masa tu dan dapat berjumpa dengan sebahagian family.... dan paling best dapat makan masakan negeri sembilan, apalagi tempoyak lah....
isk, terus terliur tau....


perjalanan balik kami singgah membeli daging dan ikan keli salai....
alahai sodap kalau masak lomak cili api...boleh berasap telinga.


lepas tu kami singgah di Masjid Diraja Tuanku Munawir untuk menunaikan solat zuhur.
dah alang-alang sampai di sini kami singgah sekali di Muzium Diraja Seri Menanti.
beranganlah konon-kononnya dapat jemputan diraja hahaha.... ;)

 

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan istana lama. rasanya semua tahu sejarahkan..
kalau nak tahu lebih detail sila baca sejarah yer...



Sebelum bertolak balik ke Putrajaya kami singgah lagi di rumah my BiL, sebab rumah My BiL dekat dengan Nilai 3 perjalanan cuma 5 minit je...
tujuan utama nak beli barang2 buat hantaran Mama Lin untuk wedding dia oktober ni. Biasalah.... adik nak kawin kakak yang over...

Aug 9, 2010

@ Langkawi : Hari Pertama

Kami bertolak dari Putrajaya pukul 4.00 petang....
parking kereta kat Putrajaya Sentral terus naik ERL
senang... tak payah susah-susah bawa kereta sampai ke Airport 
parking pun free jer

Muka Happy dua beradik yang tak sabar-sabar..
Perjalanan pergi hanya bawa 3 beg baju...
agak-agaknya balik nanti berapa beg yer....

Beratur nak masuk Balai perlepasan.
Masa ni ramai sangat orang terutamanya Pelancong dari Arab.
Orang Malaysia boleh dibilang dengar jari.

perjalanan dari KLIA ke Langkawi memakan masa lebih kurang 1jam.

posing dalam flight pulak....
ready untuk berlepas.....

Budak ni sangat tak reti duduk diam....
dan asyik bertanya bila nak sampai....
kacang pun dah 3 bunngkus habis... siap suruh mama mintak lagi.
herm....

Muka ceria kami bila sampai....
(amboi....... senyum lebar bukan main)

sepanjang di sini kami sewa kereta ni (Nissan Sentra)
kos sewa sepanjang 4 hari di sini cuma RM270 jer..
murah sangat kan..kan,

disebabkan kami sampai dah petang ..
jadi untuk hari pertama kami tak ada perancangan kemana-mana
dari airport terus ke Rumah Rehat MARA di Pekan Kuah
malam tu kami makan di The Bamboo Beach Restaurant, Penarak..tak lah jauh sangat dari pekan kuah
masakan nya memang sangat sedap....
seafood nyer.. fresh gitu...
sorry tak de gambar sebab semua orang tengah lapar...
lepas makan kami pun balik
melelapkan mata
zzz.....Zzz.........zzzZzz.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag