Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Nov 23, 2009

ING Insurance's Spread The Smile

Bigs thanks to ING Insurance's given CLAPAM RM 100,000.00
Sabtu Lepas, Kami dapat jemputan menghadiri 'SPREAD THE SMILE MOVEMENT MALAYSIA' di Hotel Nikko Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh ING Insurance bertujuan bagi menyampaikan dana kepada CLAPAM . Kami bertuah sebab sempat menonton tayangan film dokumentari 'Smile Pinky' pernah mendapat penghargaan "Best Short Documentary Film" pada Academy Awards 81. Sedikit sinopsis film; Menceritakan kisah seorang gadis berusia 6 tahun bernama Pinky yang mempunyai bibir sumbing. Pinky menghadapi banyak masalah dengan bibir sumbing. Pinky telah berhenti tersenyum dan berhenti sekolah karana ia merasa malu akibat kecacatannya itu. serta dipinggirkan dalam masyarakat karana kecacatanya. Akhirnya dengan bantuan seorang pekerja sosial, dia menjalani pembedahan bibir, Film ini dibintangi sendiri oleh Pinky Sonkar. Dia mengalami banyak masalah dengan bibir sumbing. Dia diejek dan telah berhenti sekolah kerana kecacatan yang dialaminya. Dunianya berubah ketika 'Smile train', International datang membantu anak-anak bibir sumbing tiba di desanya. 'Smile trains' berusaha agar semua kanak-kanak sumbing dapat menjalani pembedahan yang ditawarkan oleh doktor Dr Subodh K. Akhirnya Pinky dapat menjalani zaman kanak-kanaknya seperti kanak-kanak sempurna yang lain.
Makan dulu ye...
kami tandatangan kat board belakang tu... tanda sokong kami
2 orang budak comel

Dato; Dr.Nirmala Menon - Pengerusi & CEO of Ing Insurance Berhad
En. Zainal Ahmad -Pengerusi CLAPAM

Nov 20, 2009

Alfatihah Arwah Hamizan Bt Ali

Al-Fatihah Hamizan Bt Ali 5 Disember 1964 - 17 November 2009
Sekali lagi keluarga Hubby menghadapi kehilangan insan tersayang, kali ini Kak Mizan. Insan yang menjaga hubby dari Usia 9 tahun setelah kematian MIL. Kak Mizanlah insan yang bertanggungjawab menjaga,mendidik, membesar hubby sehingga lah kami bernikah .Kak Mizan meninggal akibat sakit Kanser Ovari yang dideritanya. Kami menerima perkhabaran pukul 11.30 mlm . Irma n Hubby terus bertolak balik ke Parit Buntar dengan meninggalan Dina & Hazim coz masa ni dua-dua budak comel ni dah tido, Irma tak nak mengganggu mereka,kebetulan family Irma ada kat rumah sebab nak hantar abah mengerjakan haji kali buat kali kedua kesokkan harinya. Kami bertolak dari Putrajaya pukul 11.45 mlm dan sampai Parit Buntar pukul 5.00 pg. Pemergian Kak Mizan memberi kesan mendalam kepada Hubby kerana selama 20 tahun kak mizan lah tempat hubby berkongsi cerita suka dan duka malah kak Mizan jugalah orang yang pertama,yang mengetahui keadaan Hazim didalam kandungan. Kak Mizan banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan agar kami tabah hadapi segala ujian yang Allah berikan. Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 12.30 t/hari. lepas tu kami terus bertolak balik ke Putrajaya untuk menghantar Abah ke Kelana Jaya. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Kami sampai di Putrajaya 4.30 petang sempatlah kami hantar Abah ke Kelana Jaya.

Nov 16, 2009

Awani Pagi Talkshow

Pagi tadi kami ada jemputan Awani Pagi Talkshow kat Bursa Exchange Square Annexe Building , Bukit Kewangan, KL. Mewakili Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) bersama pengerusi CLAPAM En. Zainal dan Pn. Zuraini setiausaha CLAPAM. Kami kuar rumah lebih kurang 6.50 pagi terus ke Studia Astro. Slot CLAPAM bermula pada pukul 8.30 pagi. so kami kene ada kat sana selewat2nya pukul 8.00 pagi.
Dalam bilik menunggu sebelum slot CLAPAM bermula.
Hazim dengan Pengerusi Clapam (En.Zainal) dan Setiausaha Clapam (Pn. Zuraini)
Dalam studio Astro Awani selepas selesai Inverview.
Dalam interview ni, Azean bertanya perasaan pengalaman/penjagaan anak klef.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag