Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Jul 13, 2011

Pesta Flora Putrajaya 2011

Lepas berbuka puasa semalam, sempat juga lah bawa Dina dan Hazim pergi ke Pesta Flora. Nama jer duduk di Putrajaya, tapi dah hari ke 4 pesta floral berlangsung baru sempat pergi, sebelum ni Dina dengan Hazim tengok bunga api dari tingkap bilik jer.... huhuhu ciannyer anak mama.

Sepanjang di sana tak banyak dapat snap gambar, sebab ramai orang, pastu ada pulak yang duduk lama-lama kat satu tempat tu sampai tak bagi peluang langsung pada orang lain. 'Haisk..macam buat taman sendiri jer.. 'dialog ni keluar dari mulut hubby.

so ni jer lah yang sempat di snap....



 Hazim cakap "Angry Bird warna yellow"

semestinya Mama, Dina & Hazim..hehehe

 
Cantik kan pokok bonsai ni...


kami jugak berpeluang melihat keunikkan bot berhias. best sangat......

dari I-City Shah Alam

Dari Johor...tempat lahir ku....

 
Dari Melaka

 
Percikan bunga api yang membuatkan mulut Dina dan Hazim ternganga.
selalunya budak-budak ni tengok dari tingkap bilik je. Kali ni bila bawa tengok dekat2 memang teruja sangat.

p/s: kepada yang belum berkesempatan utk datang ke sini. kalian masih berpeluang sehingga 17 Julai ni.

Jul 8, 2011

Cabaran #1 : Kelahiran

Dedikasi untuk buah hati mama AKMAL HAZIM


Lahirnya tidak sesempuna insan biasa
tetapi ia cukup memberi makna
Inilah sumber kekuatan abah dan mama
menjadikan kamu insan berjaya

Dikala usia kandungan menjangkau 28 minggu
perkhabaran diterima meyentap kalbu
Tatkala itu mama diam terpaku
memikirkan bagaimana nasibmu

Mama dan abah terus mencari kepastian
Doktor dan pakar pertemuan disusunkan
Memanjat doa kepada Tuhan
harapan yang kelihatan cuma bayangan

Wajah Hazim sebelum pembedahan

Laporan 3D scan menunjukkan bukti
apa yang dilihat sememangnya pasti
Tambah sebak rasanya hati
masalah jantung pula perkhabaran diberi.

Andai itu sudah suratan
akan diterima tanpa persoalan
semoga dipermudah segala urusan
cekallah kamu wahai insan

9 Jan 09 kamu selamat dilahirkan
Mama dan Abah menyusun perancangan
Pembedahan demi pembedahan dijalankan
Akhirnya wajahmu sesempurna insan

 Wajah Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir dan soft palate


"Entri ini ditulis untuk cabaran #1 ipad MySuperKids yang direviu oleh Almiraz"

Jun 17, 2011

Pink Eye....

Salam Jumaat....,
lama dah tak menjengah ke sini....
ada yang rindu ker.......hehehe
banyak perkara yang perlukan perhatian ..... so sorry sangat2 kpd yang menanti entry terkini dan juga email2 yang tak berjawab sekian lama.
Hari ni merupakan hari pertama Irma bekerja semula selepas hampir 2 minggu mc... teramatlah boring duduk di rumah tanpa dapat melakukan sebarang aktiviti selain makan + tido+ makan + tido dan tido lagi....
huh, bunyi macam seronokkan.... memang seronok kalau kita hanya perlu menjalani keadaan  tersebut sekadar untuk 1 atau 2 hari tapi akan menjadi tension bila kita perlu menjalaninya selama hampir 2 minggu....

sebenarnya Irma kene jangkitan mata . biasa orang sebut sakit mata.... asalnya cuma sakit mata biasa tetapi disebabkan Irma mengalami alahan pada ubat yang dibekalkan ia menjadi semakin teruk dan mata irma dilitupi selaput menyebabkan mata membengkak dan berair.   Penyakit ni dipanggil Trachoma Conjunctivitis.
sepanjang tempoh ni Mata Irma terlalu sensitif terhadap cahaya dan Irma perlu sentiasa memakai cermin mata hitam.Dalam tempoh ni juga Irma seperti orang buta. nak makan tak nampak, nak membaca, menonton semua terbatas, nak berjalan pun  teraba-raba..... tak dapat nak bayangkan kalau Irma perlu menjalaninya seumur hidup. 
Huhu... masa ni baru terasa betapa nikmatnya kurniaan mata kepada kita....
dalam tempoh ni juga Irma dah jalani 2 kali rawatan membuang selaput mata....dan mengambil suntikan radang mata.

kesemua ubat-ubat ni masih perlu Irma teruskan hingga rawatan susulan minggu hadapan. 5 jenis ubat titis dalam mata dan 3 jenis ubat makan.

Alhamdulillah mata Irma semakin ok. cuma pandangan masih belum jelas sepenuhnya. Menurut Doktor ia mengambil masa 6 minggu untuk pemglihatan pulih sepenuhnya.

ps:
Kepada sesiapa yang mencari doktor pakar mata area bangi, putrajaya. Irma cadangkan ke Klinik Mesra Bangi (Pusat Pakar mata) di Seksyen 4. Doktornya adalah yang terbaik kos rawatan pun berpatutan.

setakat ini dulu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag