Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Jan 25, 2011

Movie: Gulliver's Travels

Dah lama kami tak tengok wayang sama-sama, rasanya last tengok wayang dengan Dina cerita Toy Story 3. Selalunya Dina akan keluar tengok wayang dengan Mama Lin dan Uncle Muklis.Masa cerita Repunzle: A Tangled Tale  yang lepas pun Irma tak dapat temankan Dina tengok wayang sebab last minutes Hazim diserang asma walaupun masa tu Irma dah beli 4 tiket. Dan sekali lagi Mama Lin dan Mama De terpaksa teman kan Dina.
Sorry yer Kakak Dina, mama terpaksa utamakan adik Hazim. 
Kali ni Dina, apabila request nak tengok wayang Irma cepat-cepat beli tiket sebab banyak kali dah Irma mungkir janji tak sanggup nak kecewakan harapan Dina lagi. Disebabkan tiada cerita kartun, Irma pilih Gulliver's Travels.

15 minit pertama dalam panggung wayang Dina masih teruja tapi bila dah masuk 45 minit Dina dah start resah gelisah. maklumlah cerita ni kurang sesuai untuk kanak-kanak seusia Dina. Nasib baiklah sekejap jer.. lepas pujuk-pujuk Dina kembali ok. Hazim pulak dah hanyut dibuai mimpi. Dapatlah Irma layan cerita ni dengan tenang.
Ringkasan jalan cerita :Lemuel Gulliver (Jack Black), bekerja di ruang bilik surat-menyurat New York Tribune telah jatuh cinta kepada Darcy Letterman (Amanda Peet) seorang penulis. Tetapi kerana tiada keyakinan dalam diri, Gulliver telah meletakkan jurang diantara dirinya dengan kakitangan ditempatnya bekerja kerana menganggap dirinya tidak layak bergandingan dengan orang atasan. Gulliver juga tidak berani melakukan perubahan dalam dirinya sehingga dia tetap bekerja di bilik surat menyurat selama 10 tahun.Atas desakan dan dorongan daripada rakan sejawatannya yang baru. Gulliver telah mendekati Darcy Letterman seterusnya melakukan perubahan besar dalam  dirinya. Tugasan baru yang diterima untuk membuat liputan berkenaan Segitiga Bermula telah membawa Gulliver ke satu kepulauan Liliput yang mana dihuni oleh manusia mini Liliiudians yang sangat bijak dan rajin membagunan apa saja. Disinilah bermulanya pengembaraan Gulliver.

nak tahu cerita selanjutnya kene lah pergi tengok yer... (Kalau Irma tulis penuh jalan cerita ni tak bestlah pulak korang tengok nanti). Selamat menonton + makan popcorn.

 Nota kaki : Walau siapa dan sekecil mana pun kita, apa yang penting ialah kekuatan  dan keyakinan dalam diri. Hanya itu yang mampu mengubah kita untuk mencapai apa yang kita inginkan.

Jan 24, 2011

Zoo Negara: Mari mengenal Haiwan

Hujung minggu yang membosankan di isi dengan lawatan ke zoo negara,
perancangan awal kami nak ke Genting Highland, tapi disebabkan 2 beradik tu bangun tido lambat so kami memilih untuk pergi ke zoo negara.mungkin lain kali lah yer kami ke Genting.
Ni pun first time kami ke sini. sebelum ni Dina dan hazim hanya didedahkan dengan DVD wildlife safari.
hehehe, nampak sangat lah dua beradik ni banyak menghabiskan masa mengadap tv jer.
kali ni tengok yang real punya okeh.

so enjoy dengan sebahagian gambar2 kami di sini...!!!!!

Kakak Dina: eh! giraff lah mama.


Percubaan Kakak Dina feeding the elephant.


.Abah,beli tebu lagi...


 

2 beradik yang happy sangat.


kami memilih menaiki tram untuk berjalan sekeliling zoo.
tapi yang tak bestnyer tram ni cuma pusing sebahagian zoo jer.
 selebihnya masih perlu menapak.
rugi jer Irma mengumpul lemak sekian lama.

berehat seketika sebelum meneruskan pusingan kali kedua.
Deraan aku kepada En. Suami


Hazim panggil big bird

Hazim yang sangat teruja


besar gak ikan ni.
dah berapa tahun lah ko duduk kat dalam ni kan ikan.


terkakhir sekali menstilah gambar budak ni.....
^
^
^
^
^
^
^
^
budak 'enchem'

Jan 23, 2011

Daging 'Ketat'

Perkembangan peggunaan bahasa Dina semakin baik. kalau dulu selalu keluar perkataan-perkataan yang agak pelik kesinambungannya sekarang dah semakin kurang. kerap jugak Irma perlu perbetulkan sesuatu perkataan sambil menerangkan maksud dan penggunaannya.
hahaha.... tiba-tiba hari ni Dina telah mengeluarkan perkataan yang membuatkan mama tergelak.
'daging ni ketat lah mama'
'bukan ketat lah kak...liat,'
'hah salah eh..'dengan mimik muka confius.
'salah tu..'.

kalau dulu lagi lah bahasa Dina lagi lah ke laut.
rambut kusut jadi rambut ketat.
hal-hal yang berlaku semalam Dina cakap tadi.
Hah, yang ni memang selalu buat Irma pening, jenuh nak mengingat balik bila peristiwa tu berlaku.
dan macam-macam lagi lah. tapi yang pasti setiap patah perkataan yang terkeluar membuatkan Irma tergelak.
En.Hubby kata penggunaan perkataan dalam bahasa melayu memang susah sikit nak ajar berbanding bahasa inggeris. Huh, ayat macam power jer bahasa inggeris kan,kan....
tak kisahlah...kan Dina, yang penting Dina faham lagi pun masih dalam proses belajar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag