Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Daging 'Ketat'

Jan 23, 2011

Daging 'Ketat'

Perkembangan peggunaan bahasa Dina semakin baik. kalau dulu selalu keluar perkataan-perkataan yang agak pelik kesinambungannya sekarang dah semakin kurang. kerap jugak Irma perlu perbetulkan sesuatu perkataan sambil menerangkan maksud dan penggunaannya.
hahaha.... tiba-tiba hari ni Dina telah mengeluarkan perkataan yang membuatkan mama tergelak.
'daging ni ketat lah mama'
'bukan ketat lah kak...liat,'
'hah salah eh..'dengan mimik muka confius.
'salah tu..'.

kalau dulu lagi lah bahasa Dina lagi lah ke laut.
rambut kusut jadi rambut ketat.
hal-hal yang berlaku semalam Dina cakap tadi.
Hah, yang ni memang selalu buat Irma pening, jenuh nak mengingat balik bila peristiwa tu berlaku.
dan macam-macam lagi lah. tapi yang pasti setiap patah perkataan yang terkeluar membuatkan Irma tergelak.
En.Hubby kata penggunaan perkataan dalam bahasa melayu memang susah sikit nak ajar berbanding bahasa inggeris. Huh, ayat macam power jer bahasa inggeris kan,kan....
tak kisahlah...kan Dina, yang penting Dina faham lagi pun masih dalam proses belajar.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag