Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Movie: Gulliver's Travels

Jan 25, 2011

Movie: Gulliver's Travels

Dah lama kami tak tengok wayang sama-sama, rasanya last tengok wayang dengan Dina cerita Toy Story 3. Selalunya Dina akan keluar tengok wayang dengan Mama Lin dan Uncle Muklis.Masa cerita Repunzle: A Tangled Tale  yang lepas pun Irma tak dapat temankan Dina tengok wayang sebab last minutes Hazim diserang asma walaupun masa tu Irma dah beli 4 tiket. Dan sekali lagi Mama Lin dan Mama De terpaksa teman kan Dina.
Sorry yer Kakak Dina, mama terpaksa utamakan adik Hazim. 
Kali ni Dina, apabila request nak tengok wayang Irma cepat-cepat beli tiket sebab banyak kali dah Irma mungkir janji tak sanggup nak kecewakan harapan Dina lagi. Disebabkan tiada cerita kartun, Irma pilih Gulliver's Travels.

15 minit pertama dalam panggung wayang Dina masih teruja tapi bila dah masuk 45 minit Dina dah start resah gelisah. maklumlah cerita ni kurang sesuai untuk kanak-kanak seusia Dina. Nasib baiklah sekejap jer.. lepas pujuk-pujuk Dina kembali ok. Hazim pulak dah hanyut dibuai mimpi. Dapatlah Irma layan cerita ni dengan tenang.
Ringkasan jalan cerita :Lemuel Gulliver (Jack Black), bekerja di ruang bilik surat-menyurat New York Tribune telah jatuh cinta kepada Darcy Letterman (Amanda Peet) seorang penulis. Tetapi kerana tiada keyakinan dalam diri, Gulliver telah meletakkan jurang diantara dirinya dengan kakitangan ditempatnya bekerja kerana menganggap dirinya tidak layak bergandingan dengan orang atasan. Gulliver juga tidak berani melakukan perubahan dalam dirinya sehingga dia tetap bekerja di bilik surat menyurat selama 10 tahun.Atas desakan dan dorongan daripada rakan sejawatannya yang baru. Gulliver telah mendekati Darcy Letterman seterusnya melakukan perubahan besar dalam  dirinya. Tugasan baru yang diterima untuk membuat liputan berkenaan Segitiga Bermula telah membawa Gulliver ke satu kepulauan Liliput yang mana dihuni oleh manusia mini Liliiudians yang sangat bijak dan rajin membagunan apa saja. Disinilah bermulanya pengembaraan Gulliver.

nak tahu cerita selanjutnya kene lah pergi tengok yer... (Kalau Irma tulis penuh jalan cerita ni tak bestlah pulak korang tengok nanti). Selamat menonton + makan popcorn.

 Nota kaki : Walau siapa dan sekecil mana pun kita, apa yang penting ialah kekuatan  dan keyakinan dalam diri. Hanya itu yang mampu mengubah kita untuk mencapai apa yang kita inginkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag