Walaupun agak lambat sempat gak lah Dina main 2 game ... Hazim plak bergambar ngan Isma & Zul.Habis je... 'CLAPAM Family's Day' kami teruskan perjalanan ke A Farmosa Resort...
Dec 14, 2009
Hujung Minggu Yang Padat
Minggu Lepas agak memenatkan gak lah buat kami sekeluarga coz ada 3 event kene attend. Tambahan plak Hazim dan Dina tak berapa sihat lagi... eemp.. tak tau lah kenapa budak 2 orang ni selsema + batuk tak baik2 lagi. ciannye....anak mama, tapi yang buat Irma muskil ni .... bila bawak pergi berjalan sihat lah plak ..... panas badan pun tak....apa makna tu ye.... ;)
Jumaat Malam tu kami ade dinner Kat Bangi Golf Resort anjuran Ofis hubby '.....' just simple dinner but we enjoy.. habis dinner around jam 11.30 mlm.. nasib baik lah..Bangi ni dekat je ngan Putrajaya .... masuk je dlm kereta Dina dah lena n Hazim mcm biasalah melompat2 tak duduk diam. Kami sampai rumah dekat pukul 12.15 pagi.
Besok nye... Hari Sabtu Kami ada 'CLAPAM Family's Day' kat Fakulti Audiologi dan Sains Pertuturan UKM. Majlis bermula dari pukul 9.00 pg - 12.00 t/hari. tapi disebabkan malam tu kami balik lewat tak sampai hati plak nak kejut Dina & Hazim. Biarlah budak2 ni bangun lewat sikit sempat gak irma kemas apa yang patut sebab habis je family day kami akan terus bertolak ke A Farmosa Resort.
tunggu punya tunggu 2 org budak comel ni bangun tido pukul 8.30 pg. Kami bertolak dari Putrajaya dlm pkl 9.30 pg... so agak lewat gak lah kami sampai empp... rasanya dlm pukul 10.00 pagi kot baru kami sampai kat CLAPAM Family's day'. yang best nye kami sampai serentak ngan Isma & Zul (pasangan Sehati Berdansa) .
Labels:
CLAPAM
Nov 23, 2009
ING Insurance's Spread The Smile
Sabtu Lepas, Kami dapat jemputan menghadiri 'SPREAD THE SMILE MOVEMENT MALAYSIA' di Hotel Nikko Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh ING Insurance bertujuan bagi menyampaikan dana kepada CLAPAM .
Kami bertuah sebab sempat menonton tayangan film dokumentari 'Smile Pinky' pernah mendapat penghargaan "Best Short Documentary Film" pada Academy Awards 81.
Sedikit sinopsis film;
Menceritakan kisah seorang gadis berusia 6 tahun bernama Pinky yang mempunyai bibir sumbing. Pinky menghadapi banyak masalah dengan bibir sumbing. Pinky telah berhenti tersenyum dan berhenti sekolah karana ia merasa malu akibat kecacatannya itu. serta dipinggirkan dalam masyarakat karana kecacatanya. Akhirnya dengan bantuan seorang pekerja sosial, dia menjalani pembedahan bibir, Film ini dibintangi sendiri oleh Pinky Sonkar. Dia mengalami banyak masalah dengan bibir sumbing. Dia diejek dan telah berhenti sekolah kerana kecacatan yang dialaminya. Dunianya berubah ketika 'Smile train', International datang membantu anak-anak bibir sumbing tiba di desanya. 'Smile trains' berusaha agar semua kanak-kanak sumbing dapat menjalani pembedahan yang ditawarkan oleh doktor Dr Subodh K. Akhirnya Pinky dapat menjalani zaman kanak-kanaknya seperti kanak-kanak sempurna yang lain.
Labels:
CLAPAM,
ING Insurance
Nov 20, 2009
Alfatihah Arwah Hamizan Bt Ali
Al-Fatihah
Hamizan Bt Ali
5 Disember 1964 - 17 November 2009
Sekali lagi keluarga Hubby menghadapi kehilangan insan tersayang, kali ini Kak Mizan. Insan yang menjaga hubby dari Usia 9 tahun setelah kematian MIL. Kak Mizanlah insan yang bertanggungjawab menjaga,mendidik, membesar hubby sehingga lah kami bernikah .Kak Mizan meninggal akibat sakit Kanser Ovari yang dideritanya.
Kami menerima perkhabaran pukul 11.30 mlm . Irma n Hubby terus bertolak balik ke Parit Buntar dengan meninggalan Dina & Hazim coz masa ni dua-dua budak comel ni dah tido, Irma tak nak mengganggu mereka,kebetulan family Irma ada kat rumah sebab nak hantar abah mengerjakan haji kali buat kali kedua kesokkan harinya.
Kami bertolak dari Putrajaya pukul 11.45 mlm dan sampai Parit Buntar pukul 5.00 pg. Pemergian Kak Mizan memberi kesan mendalam kepada Hubby kerana selama 20 tahun kak mizan lah tempat hubby berkongsi cerita suka dan duka malah kak Mizan jugalah orang yang pertama,yang mengetahui keadaan Hazim didalam kandungan. Kak Mizan banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan agar kami tabah hadapi segala ujian yang Allah berikan.
Jenazah selamat dikebumikan pada pukul 12.30 t/hari. lepas tu kami terus bertolak balik ke Putrajaya untuk menghantar Abah ke Kelana Jaya. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Kami sampai di Putrajaya 4.30 petang sempatlah kami hantar Abah ke Kelana Jaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

