Get Widget
Kisah Dina & Hazim: February 2012

Feb 22, 2012

Cerita Dua Beradik

Salam uols,

Dah lama Irma tak bercerita perkembangan dua beradik ni.....
ada yang rindu ker.....?
sesiapa yang rindu sila angkat tangan..yer...
ok angkat tinggi lagi...tinggi lagi..dan lagi...

Perkembangan Dina dan Hazim sama seperti kanak-kanak lain seusia mereka

Tahun ni, Dina dah bersekolah di Smart Reader dan pastinya rutin harian dia juga turut berubah...
Bangun pagi Dina akan bersiap-siap untuk ke SR.

Sesi persekolahan Dina bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari setiap hari kecuali hari jumaat sesi persekolahan akan habis 11.45 pagi.

Dina pergi dan balik SR menaiki van sekolah.. Irma tak ada masalah sangat Dina menaiki van sekolah sebab Dina adalah orang yang terakhir yang akan diambil dan antara yang terawal akan dihantar pulang.

biasanya balik dari SR Dina akan berehat sekejap dan makan tengahari..

selepas tu Dina akan buat homework. Selesai homework baru Dina tidur siang.

Hazim pulak sepanjang hari akan stay di rumah menghantar dan menunggu Kakak Dina balik SR.

pernah jugak Irma bertanya kalau-kalau Hazim nak bersekolah bersama-sama Kakak Dina.
tapi jawapan dia....

"Adik tak nak school... Adik nak duduk hospital jer...."

alahai, ni lah akibatnya tiap-tiap tahun masuk hospital, sampaikan lebih suka duduk hospital dari pergi sekolah..


Ingat tak Irma pernah cerita tentang mereka dah start mengaji..kat sini
Alhamdulillah, Hazim dan Dina dah nak masuk Iqraq 2.
Surah Alfatihah pun dah boleh baca dengan lancar.
Syukur sangat...dan terima kasih pada bibik sebab rajin mengajar mereka mengaji.

sekian,

love uols...........

Feb 20, 2012

Kembali Menulis...........

Alhamdulillah berkesempatan menulis kembali di sini....
dah lama sangat ruangan ni menyepi
terlalu banyak perkara yang berlaku sampaikan tak berkesempatan nak menulis disini
dan mungkin juga Irma terlalu memberi tumpuan pada http://irmaruhani.blogspot.com/
ops... sorry ni adalah private blog ... alah private lah sangat kan...
sebenarnya more kepada luahan perasaan dan merapu jer...sebagai isteri, mama,pekerja dan juga student...
kalau semua nak cerita kat sini macam rojak lah pulak ruangan ni nanti.
Satu hari nanti Irma akan open juga untuk uols....but not now okey...
tunggu Irma habiskan study dulu...

ok... Irma jugak masih aktif dengan CLAPAM
syukur sebab Irma masih berkesempatan menjawab semua email yang bertanya tentang cleft
walaupun kadang kala mengambil masa hampir seminggu baru terjawab...
maaf yer ouls....

Kalau berkesempatan nanti Irma akan post kat sini semua persoalan dan perkongsian yang Irma terima melalui email...

oklah rasanya setakat ni dulu untuk melepaskan rindu di ruangan ni...
nanti Irma update lagi....

daaaa.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag