Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Persiapan Aidilfitri

Aug 23, 2011

Persiapan Aidilfitri

Salam Ramadhan uolls,

Diam tak diam hari ni dah hari ke 23 kita berpuasa,
Insya Allah, lagi seminggu kita akan menyambut Aidil Fitri.
Sekarang ni, mesti masing-masing tengah sibuk membuat persiapan akhir menyambut Aidil Fitri
masa ni sibuk ambil baju kat tailor...
collect semua cookie yang di order ( kepada yang buat kuih tunjuklah)
dan menambah apa yang kurang.
dalam kesibukkan kita membuat persiapan Aidil fitri tu
jangan lupa kewajipan membayar zakat fitrah dan
merebut kenikmatan dan fadhilat 10 ramadhan terakhir ni ya....

Persiapan raya Irma tahun ni, simple jer
macam tahun-tahun sebelum ni....
yang penting keperluan Dina dan Hazim
Tambahan pula sekarang ni mereka dan faham apa itu sambutan Aidil Fitri
Terutamanya Dina
Sibuk suruh En. hubby pasang lampu raya...
asyik tanya mana baju raya dia...
hohoho.... baju Kurung Dina untuk dipakai pada pagi Raya tak siap lagi
nampak gayanya kalau tak siap jugak terpaksalah Irma cari baju ready made jer...
Oh, Irma hantar kain tu awal tau kat tailor... (1 Bulan sebelum puasa) 
Biasalah Tailor jiran depan rumah jer... tu yang buat lambat-lambat tu...
yang penting kene siap dalam minggu ni jugak.

Tahun ni, sangat rajin pulak...
hingga ke hari ni kami belum lagi berbuka puasa di luar tau
tiap-tiap hari Irma masak sendiri...
dan Tahun ni Irma berjaya membuat cookies sendiri...
percaya tak kalau Irma kata sepanjang Irma berkahwin ( 7 tahun dah)
ni lah pertama kali Irma buat cookies sendiri..
selalunya tunjuk jer...tak pun collect kuih raya kat rumah mak dan my abang Ipar
yang lagi best tahun ni buat 1 jenis cookies, tapi jadi 5 jenis..... (4 lagi masih lagi collect kat rumah abang Ipar) hehehe.. 

ok..guys,
nak pergi dengar ceramah "Memanfaatkan Puasa Menjadi Hamba Allah Cemerlang".
selamat berbuka...

psss...psss........Tahun ni giliran kami beraya di Johor...*wink*

2 comments:

  1. Johor tu mst hometown awak kan? Heheheh...

    ReplyDelete
  2. yer.... pure johorian....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag