Saat-saat akhir menulis entry khas untuk Cabaran 2 # Ipad my Superkid. Huh, memang suka buat kerja last minutes tau. Hari ni due date hari ni baru nak terhegeh2 taip entry..... bilalah nak berubah. Sebelum ni, Irma ada buat draf kat G-Tab tapi tak sure jari jemari budak comel mana lah yang telah tolong mendeletekan draf tu.....(alasan tak boleh blah....hehe ni cerita butul-butul punya tarak main-main okeh).
Ok terus ke point utama,
Apa yang bakal Irma cerita kan disini Irma ambil daripada ceramah "Madrasah Ramadhan - Pesta Ibadah" yang telah disampaikan oleh Ustaz Sabri bin Abd Rani. Semoga sedikit Ilmu yang dikongsikan memberikan manfaat kepada kita semua.
Kisah 1:
Ahmad (bukan nama sebenar) seorang kanak-kanak yang sangat keras hati dan pemarah. Pantang ada barang atau buku dia dialih oleh sesiapa pun sama ada ibu atau ayahnya pasti dia akan memarahi. Ahmad juga tidak mahu berkongsi sebarang barang miliknya dengan adik beradik yang lain. Puas ayah Ahmad menasihatinya tetapi Ahmad tetap tidak berubah, malah perangainya tetap sama. Ketika dibulan ramadhan ayah Ahmad telah memberikan Ahmad seringgit sehari, duit itu bukan ganjaran kepada Ahmad sebab berpuasa penuh sehari tetapi duit ini untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid. tanpa banyak tanya Ahmad melakukan perkara yang disuruh oleh ayahnya setiap hari sepanjang bulan ramadhan. Setelah sebulan, ayah Ahmad dapat melihat kesannya. Ahmad tidak lagi menjadi seorang yang pemarah dan mementingkan diri sendiri. Dia telah berubah ssecara perlahan-lahan menjadi seorang yang penyanyang dan bertolak ansur.
Boleh nampak tak di sini kesan daripada daripada amalan kita bersedekah dibulan ramadhan Ia boleh membentuk hati yang keras menjadi lembut dan penyayang. So lepas ni mungkin kita boleh praktikkan amalan yang sama pada diri sendiri dan juga anak-anak kita yang mungkin perangainya serba sedikit seperti Ahmad.
Satu lagi cerita yang Irma nak kongsi yang mana perkara ni berlaku pada diri Irma sendiri.
Semasa zaman kanak-kanak dulu (masabelum mumai'iz lagi) Irma selalu nampak Abah membawa duit ke masjid setiap kali pergi menunaikan solat jumaat. Paling sikit abah pernah bawa seringgit. Irma selalu tertanya-tanya kenapa abah perlu bawa duit ke masjid, kerana perasaan ingin tahu Irma pernah bertanyakan sendiri hal ini pada Abah.
"Kenapa Abah selalu bawa duit pergi solat jumaat"
Abah senyum...
" kat masjid ada jual jajan ker ?"
Abah senyum lagi.....
"Abah masukkan duit tu dalam tabung masjid"
"kenapa ????."
Semoga rezeki kita yang dapat ni berkat....." Abah sambung lagi ......
"Nanti kalau Ir (nama manja saya) dah besar dah ada duit sendiri Ir pun kene buat macam abah.... kita mesti rajin bersedekah.. semoga duit (rezeki) kita ada berkat. Insya Allah kita tak akan pernah rasa susah walau pun duit dalam tangan kita cuma seringgit."
"Lagi satu, Insya Allah Ir tak akan jadi seorang yang mementingkan diri.,.....
Sampai ke hari ini Irma masih ingat pesan abah. Irma selalu pesan kat hubby perkara yang sama.... Untuk Dina dan Hazim pula selalu berikan mereka duit untuk dimasukkan ke dalam tabung mana-mana masjid yang kami singgah.
Buat masa ni Dina dan Hazim tak pernah tanya lagi kenapa mama ?
Andainya suatu hari nanti mereka bertanya pasti Irma akan menerangkan seperti mana abah pernah terangkan pada Irma dulu. Insya Allah.
Cuma hubby jer.... selalu tegur
"Bertolak ansur tu elok.....tapi jangan sampai orang pijak kepala."
sekian, sedikit perkongsian di bulan Ramadhan ini.
Entri ini ditulis untuk
cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Adorable
Muslimah
selamat berbuka puasa. ;)
I LIKEEEEEE.........
ReplyDeleteabah saya pun selalu mesti bawa duit ari jumaat..pernah gak tanya nape nak bawak duit..jawapan yang sama, untuk derma ke tabung masjid..
memang kena latihkan anak-anak utk memberi sedekah..hidup dengan berkongsi apa yang kita ada, memang berbeza..sbb ada hak orang lain dalam harta yang kita perolehi