Get Widget
Kisah Dina & Hazim: July 2011

Jul 29, 2011

Sharing: Born With Smile






note: klik the picture to enlarge

sumber:http://www.facebook.com/spreadthesmile

Jul 26, 2011

Jalan-jalan ke Batu Kikir

Last week, kami ke Batu Kikir perjalanan yang tidak dirancang, pagi sabtu tu my BiL call ajak mencari atau perkataan yang lebih tepat menjejak family yang dah lama tak jumpa. kami bertolak dari Putrajaya dan my BiL dari Nilai so janji berjumpa dia Ulu Bendol. Dari Ulu Bendol kami konvoi ke Batu kikir. Masa ni sebenarnya masing-masing hilang arah sebab tak tahu macam mana nak ke batu kikir tambahan pulak nama taman perumahan yang kami nak tuju tu pun tak sure..... cuma tahu ia dikawasan batu kikir. Mujurlah teringat yang my G-Tab dah install papago so Irma cuma setting masjid Batu kikir sebab my Bil kata yang penting kita sampai di area Batu Kikir. Kami teruskan perjalanan sampai ke batu kikir ....

hah, masa ni masing-masing cuba mengingat  land mark yang terdapat dengan kawasan yang kami nak tuju. Mr Hubby memang tak tahu langsung jln ke situ sebab dia ke situ masa masih bersekolah rendah so cuma harap my BiL yang pernah ke situ 7 tahun lepas. Alhamdulillah kami sampai juga akhirnya walaupun tersasar sedikit dan tempat nak tuju namanya Taman Mawar.

Masa kami sampai,  kebetulan tuan rumah mengadakan majlis cukur jambul... kira langkah kanan lah kami masa tu dan dapat berjumpa dengan sebahagian family.... dan paling best dapat makan masakan negeri sembilan, apalagi tempoyak lah....
isk, terus terliur tau....


perjalanan balik kami singgah membeli daging dan ikan keli salai....
alahai sodap kalau masak lomak cili api...boleh berasap telinga.


lepas tu kami singgah di Masjid Diraja Tuanku Munawir untuk menunaikan solat zuhur.
dah alang-alang sampai di sini kami singgah sekali di Muzium Diraja Seri Menanti.
beranganlah konon-kononnya dapat jemputan diraja hahaha.... ;)

 

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan istana lama. rasanya semua tahu sejarahkan..
kalau nak tahu lebih detail sila baca sejarah yer...



Sebelum bertolak balik ke Putrajaya kami singgah lagi di rumah my BiL, sebab rumah My BiL dekat dengan Nilai 3 perjalanan cuma 5 minit je...
tujuan utama nak beli barang2 buat hantaran Mama Lin untuk wedding dia oktober ni. Biasalah.... adik nak kawin kakak yang over...

Jul 21, 2011

Demam ker???

Irma cuti semalam, jaga dua orang budak demam yang sangat aktif....rasanya bukan dua orang budak ni yang demam tapi Irma yang demam..bila dua-dua dah berpadu tenaga tergolek lah mama kamu ni tahu....
tak sampai pun 5 minit kemas dah bersepah balik..

Lepas tu pandai lah pulak argue dengan mama kamu yer...
(dialog 3 beranak)

    "erm.... tak mcam budak sakit pun kamu ni...."

    "kakak demam lah mama....cuba pegang kepala kakak panas kan...."

    "adik pun sakit....."

    "Kalau orang sakit dia tak buat sepah-sepah mcm ni, dia baik jer... "

   "kakak tak larat nak kemas...."

   "adik sakit mama...... adik sakit......" cakap berulang-ulang

so untuk seharian semalam irma biarkan jer dua beradik ni buat sepah satu rumah, bila semua dua-dua dah tido baru Irma kemas kan balik semuanya, tapi itu cuma lah angan-angan jer.... 
Bila dua-dua dah tido, Irma pun tumpang sekaki, hahaha...so bilik permainan dia orang masih lagi macam kapal karam hingga ke hari ini.  


dah macam kapal karam...
nak elak sakit mata tengok semua ni, tutup jer pintu bilik kan settle. ;)


Tak cukup main dalam bilik sampai ke depan tv kamu yer....


laci ni pun dah jadi tempat simpan permainan

hah, macam ni lah bila dah time tengok tv. sorang kat bilik sorang kat hall.
siap ada kerusi khas lagi.

Jul 14, 2011

Wajah Baru...

Ada yang perasan tak? Webside CLAPAM dah berwajah baru sekarang ni. Irma perasan benda ni dah lama tapi masa tu untuk pilihan bahasa melayu masih dim lagi.kali ni dah ok dah.


cantikkan...warna purple lagi....

sangat berbezakan dengan yang lama.

Tahniah !!!!!!!!!!!!!! CLAPAM.

Jul 13, 2011

Pesta Flora Putrajaya 2011

Lepas berbuka puasa semalam, sempat juga lah bawa Dina dan Hazim pergi ke Pesta Flora. Nama jer duduk di Putrajaya, tapi dah hari ke 4 pesta floral berlangsung baru sempat pergi, sebelum ni Dina dengan Hazim tengok bunga api dari tingkap bilik jer.... huhuhu ciannyer anak mama.

Sepanjang di sana tak banyak dapat snap gambar, sebab ramai orang, pastu ada pulak yang duduk lama-lama kat satu tempat tu sampai tak bagi peluang langsung pada orang lain. 'Haisk..macam buat taman sendiri jer.. 'dialog ni keluar dari mulut hubby.

so ni jer lah yang sempat di snap....



 Hazim cakap "Angry Bird warna yellow"

semestinya Mama, Dina & Hazim..hehehe

 
Cantik kan pokok bonsai ni...


kami jugak berpeluang melihat keunikkan bot berhias. best sangat......

dari I-City Shah Alam

Dari Johor...tempat lahir ku....

 
Dari Melaka

 
Percikan bunga api yang membuatkan mulut Dina dan Hazim ternganga.
selalunya budak-budak ni tengok dari tingkap bilik je. Kali ni bila bawa tengok dekat2 memang teruja sangat.

p/s: kepada yang belum berkesempatan utk datang ke sini. kalian masih berpeluang sehingga 17 Julai ni.

Jul 8, 2011

Cabaran #1 : Kelahiran

Dedikasi untuk buah hati mama AKMAL HAZIM


Lahirnya tidak sesempuna insan biasa
tetapi ia cukup memberi makna
Inilah sumber kekuatan abah dan mama
menjadikan kamu insan berjaya

Dikala usia kandungan menjangkau 28 minggu
perkhabaran diterima meyentap kalbu
Tatkala itu mama diam terpaku
memikirkan bagaimana nasibmu

Mama dan abah terus mencari kepastian
Doktor dan pakar pertemuan disusunkan
Memanjat doa kepada Tuhan
harapan yang kelihatan cuma bayangan

Wajah Hazim sebelum pembedahan

Laporan 3D scan menunjukkan bukti
apa yang dilihat sememangnya pasti
Tambah sebak rasanya hati
masalah jantung pula perkhabaran diberi.

Andai itu sudah suratan
akan diterima tanpa persoalan
semoga dipermudah segala urusan
cekallah kamu wahai insan

9 Jan 09 kamu selamat dilahirkan
Mama dan Abah menyusun perancangan
Pembedahan demi pembedahan dijalankan
Akhirnya wajahmu sesempurna insan

 Wajah Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir dan soft palate


"Entri ini ditulis untuk cabaran #1 ipad MySuperKids yang direviu oleh Almiraz"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag