Get Widget
Kisah Dina & Hazim: February 2011

Feb 26, 2011

[Sticky Mode] Berjaya Founder's Day



Date     : 26 Feb 2011
Time     : 10.00am - 7.00pm
Venue   : The Boulevard
Detail    :Celebrate Berjaya Founder’s Day at Berjaya Times Square. 

A day friends and family can come together to enjoy a carnival-like atmosphere where 100% of the proceeds go to charities which benefit the less fortunate. 

Join the fund-raising carnival with performances by local artistes, games and contests, f&b stalls, NGO booths, and a Raffles Draw with a Mazda2 as the Grand Prize, holiday packages and other prizes to be won.


** InsyaAllah, Irma akan berada pada 11.30 pg - 2.00 ptg. Kepada semua yang tak tahu nak ke mana-mana 26/2 ni datang lah  ke sana yer......boleh kita beramah mesra....meramaikan kenalan dan mengeratkan ukwah.

Feb 23, 2011

Urutan Selepas Operation Part II

Rasanya dah lama tak cerita pasal cleft kan. Sekarang ni Irma banyak jawab persoalan cleft melalui email sahaja. Irma selesa seperti itu sebab rasa lebih dekat dengan ibu bapa yang mempunyai anak cleft.  Kali ni Irma nak cerita lebih terperinci mengenai urutan cleft. Kalau sebelum ni entry Irma terlalu ringkas dan umum.
   
Sebelum memulakan urutan pastikan luka pada bekas pembedahan telah benar-benar sembuh. Ia bertujuan bagi mengelakkan  berlakukanya jangkitan kuman atau kesan pembedahan kembali berdarah.

Mengurut menggunakan sebarang minyak atau losyen yang mengandungi vitamin E, sebabnya Vitamin E mengandungi khasiat yang baik untuk kulit. Rasanya tak perlulah disini Irma detailkan lagi khasiat vitamin E. Kalau nak tahu detail sila google sendiri okeh. seperti entry sebelum ini, Irma suka guna Bio Oil sebab baunyer yang harum disamping dah terang-terang dah ia bagus untuk sebarang kesan luka dan stretch mark.
Ok, selain tu apabila kita mengurut menggunakan minyak atau losyen tidaklah memberi kesan yang menyakitkan pada kulit.

Ok.Irma cerita pulak teknik urutan yang Irma lakukan.

Pada 2 minggu pertama Irma lakukan urutan secara menegak mengikut sepanjang garisan luka pembedahan. Buat urutan secara menarik ke bawah dari hidung ke bibir. Amalkan sekerap mungkin. Biasanya Irma buat setiap pagi dan malam, sebab Irma bekerja tetapi Kak Tina (ex-maid)  akan buat setiap kali tukar pampers Hazim.

Selepas dua minggu tambahkan teknik urutan dengan membuat bulatan kecil pada sepanjang bekas pembedahan. Maksudnya disini mulakan urutan menegak diikuti urutan membulat.seperti gambar dibawah. Amalkan juga serap mungkin.  Tempoh berapa minit setiap urutan terpulang kepada anda. Irma biasa buat lebih kurang dalam 3 - 5 minit untuk setiap sesi. Tetapi sejak Hazim dah besar ni Irma buat setiap malam sambil mendodoi dia hingga tertidur. Kadang-kadang tu Hazim yang request Irma Urut kesan operation dia. Amalkan secara consistent Insya'Allah akan nampak Hasilnya.

Feb 19, 2011

Saya mahu mengamit kenangan dari blog kenangan itu Indah....

Saya mahu mengamit kenangan dari blog kenangan itu Indah....(http://www.rozaroslan.blogspot.com//)

blog yang penuh dengan kisah hidup diri beliau sehingga membuatkan saya rasa begitu dekat dengan beliau walaupun kami tak pernah berjumpa. Gaya penceritaan beliau penuh emosi dan perasaan yang sukar digambarkan.

Pengalaman yang diceritakan seakan-akan membawa saya bersama ke dalam kisah hidup beliau tambahan pula banyak pengalaman dan kenangan beliau seakan-akan sama semasa saya kecil mungkin ini disebabkan kami berasal dari negeri yang sama  iaitu Johor cuma bezanya beliau berasal dari Muar dan saya berasal dari Batu Pahat  dan dibesarkan di Felda Tenggaroh, Mersing.

Cara pengolahan beliau membuatkan saya begitu rindu zaman kanak-kanak yang telah lama saya tinggalkan. Cerita-cerita seperti kekabu, Nasi Ambeng, Mee siput, Jambu batu pengalaman yang turut saya alami semasa kecil. Oh…. Rindunya saya pada zaman itu. Zaman yang penuh suka duka kenangan pahit manis.

Saya juga turut membeli novel “Travelog Cinta Abadi” Hasil penulisan beliau. Suatu kenangan dan pengalaman yang tidak ternilai harganya…….



Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Feb 15, 2011

@GH : Part 2



kalau nak rasa naik bas double dacker kat sini pun ada ...
confirm tak accident punya....

Lion Dance.....Dina sibuk suruh tadah tangan ambil apa yang lion tu bagi......

Tara... nilah yang Irma dapat.....


Naik gajah terbang

Dina

sabar menunggu belon dari badut....

Hazim tergelak besar..haha



Sesi En. hubby hilangkan tekanan kerje...
ciannyer... sebab masa ni...dia sangat stress...

"Yang... why not u run your own business..." hehehe... just my opinion .....

Disebabkan orang yang agak ramai ada sesetengah permainan yang memerlukan Dina dan Hazim beratur sebelum berpeluang bermain. Ini mengajar mereka sifat sabar dan perlu menunggu giliran. Pada mulanya Hazim agak sukar diterangkan  kenapa kita perlu bersabar dan beratur selepas dua tiga kali membuat perkara yang sama barulah dia memahami.

Kami turun dari Genting lebih kurang pukul 7.30 mlm. selepas 2 orang dudak tu keletihan. dan sekali lagi Hazim telah meninggalkan sebelah kasutnya.......
wa..wa.... Irma kene dukung hazim dari Outdoor park ke skyway...sangat lenguh dan penat. okeh...

Ni merupakan kali ketiga Hazim meninggalkan kasut dia.
pertama......... semasa Di Langkawi
kedua.......... shopping di Mines
kertiga........... Genting Highland...

betul2 nak jadi Mr. Cinderella...tau,

Feb 14, 2011

@GH: Part 1

Buka-buka mata jer .... tiba-tiba Hubby ajak pergi Genting Highland....

Irma :   "hah..kita nak tidur sana ker?"
Hubby: "tak kita pergi balik hari jer "
Irma:     "sempat ker?"
Hubby:  "sempat.... dah check semua Hotel tapi penuh...kita pergi sekarang pastu petang kita balik."
Irma:     "ok..Abah mandikan budak-budak, mama prepare baju dia orang..."
(sangat melampau okeh..isteri bagi arahan kat suami...hehehe...)
Apabila Dina ngan Hazim kene kerah pergi mandi...mulut Dina tak berhenti-tenti bertanya

Dina:  " Kita nak pergi mana Mama ?"
Irma : "Kita nak pergi jalan....."

Biasalah kalau hari cuti Dina dan Hazim memang bangun awal. biasanya pukul 6.30 pagi dah mengadap Play House Disney tak bagi peluang langsung Irma nak bangun lewat.... tapi kadang-kadang tu buat tak tau jer... sambung tidur lepas subuh. hahaha.....

Kami keluar rumah kira-kira pukul 8.10 pagi.Tiba-tiba hubby kata kita kene pergi kedai tayar dulu lah.... tayar depan pancit kene paku khemah ...
ni...mesti kes petang semalam masa kami pergi Karnival WoW Putrajaya.sebab kami parking dekat dengan khemah....

Sampai kat kedai tayar jer check sms... kami kene jumpa agen pagi ni sebelum pukul 11 pagi ..sebab lepas tu agen nak terbang dah....

Irma:    "sempat ker nak pergi Genting ni....? nak kene jumpe agen dulu..."
Hubby: "sempat kot... klu tak sempat kita pergi tempat lain jer lah..."
Irma:    "hah..."

lepas selesai semua urusan dengan agen kami sampai di skyway lebih kurang pukul 12.00 ...parking kat skyway jer senang.... kalau dapat hotel baru kami naik sampai atas......

 



Kami yang sangat teruja...hahaha...


Dina sekarang dah pandai tunjuk *peace*

 

Tak dapat naik Ulat Ribena sebab tiba-tiba hujan....

 
so kami duduk dalam cawan Ribena jer lah....

 
Dina sangat happy bila Abah bagi drive classic car....
siap pesan lagi mama dengan adik duduk diam-diam tau....haha

bersambung part 2......

Feb 11, 2011

Bakul Sayur vs Bakul Mainan

Disebabkan tak larat nak mengemas permainan Dina dan Hazim hari-hari. Irma telah membeli ini untuk senyimpan semua permainan dua beradik tu.......



Ni sebenarnya bakul sayur yang selalu korang boleh nampak kat pasar-pasar, tak kiralah pasar malam atau pasar borong. cume bezanya warna. korang boleh jumpa bakul ni dalam dua warna sama ada hitam atau biru. dari segi saiz semuanya sama.

Hah, senangkan.....sumbat jer semua permainan kat dalam ni.
kalau dulu mengemas permainan jer dekat setengah jam sekarang ni 5 minit pun dah siap.
best....best. ^__^

**Niat asal nak beli laundry basket tapi bila compare harga dan saiz, lagi jimat beli bakul sayur ni. Harganya cuma RM35 ringgit berbanding laundry basket dengan saiz yang sama RM60++.

Feb 10, 2011

Selamat Bertunang Mama Lin

Cuti Hari wilayah dan CNY kami ambil kesempatan pulang ke kampung. Tujuan utama mestilah nak jumpe dengan mak dan Abah lama sangat dah tak balik kampung.  Last hari tu balik kalau tak silap masa bulan ramadhan tahun lepas. selebihnya banyak mak dan abah jer yang melawat kami di putrajaya. Tujuan kedua Adik Irma yang no 2 bertunang. yang first dah bertunang last year. so tak lama lagi akan bertambah ahli keluarga kami,

Sepatutnya Irma bertolak balik ke kampung Hari selasa malam tapi disebabkan banjir di Kota tinggi dan jalan Kahang kami tukar jadual dan bertolak keesokkan harinyer......Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan di kiri kanan jalan masih lagi dipenuhi air.

Persiapan pertunangan pun berjalan dengan lancar, yang kelakarnyer mini pelamin dan hantaran semua dah ready tapi para jemputan tidak dijemput lagi. Nak jemput awal2 takut pulak pihak lelaki tak dapat sampai ke rumah kami akibat banjir. so...bila pihak lelaki dah confirm berada di Mersing sehari sebelum majlis baru lah kami menjemput jiran tetangga. Ops... lupa nak beritahu bakal adik Ipar Irma ni orang Terengganu....

Mini pelamin yang simple.
Irma dan hubby buat sendiri tau. hehehe....
peralatan semua kami bawa dari Putrajaya.
cantik tak?

Hantaran kepada pihak lelaki 9 berbalas 7.
 yang ni pun Irma gubah sendiri.

Ni lah Adik Irma yang no 2
selamat bertunang Mama Lin


Disebabkan Irma jagi orang paling sibuk sepanjang majlis berlangsung so tak banyak gambar yang dapat di snap. sampaikan tak perasan gambar dina dan Hazim langsung tak ada. huhu...

sebagai ganti tengok jer lah gambar dua beradik ni yang kepenatan yer....

2 orang budak yang kepenatan tolong mengemas sepanjang majlis.

**pesanan untuk Mama Lin jangan lupa bayar kos pelamin + hantaran + baju + accessories tu yer... hehe

Feb 8, 2011

Movie : Yogi Bear

Menonton wayang bersama Dina dan Hazim ahad lepas sangat menyeksakan....

grrrrrrrr rasanye, kalau boleh bertukar dah lama jadi monster hijau .... 

5 minit pertama dalam panggung wayang bila time nak minum air jer baru perasan Hubby lupa ambil straw.  Disebabkan irma duduk ditepi sekali terpaksalah Irma jer  mengalah kuar ambil straw. kang klu tak amik straw nak minum cam ne plak, takkan nak gogok dengan big cup tu . ..

15 minit lepas tu Dina pulak tumpahkan pop corn. Habis satu box pop corn tu tumpah sebiji pun tak tinggal, pastu sibuk plak suruh mama dia ni pergi beli yang baru ...wawawa nak menangis tau...
disebab kan irma malas nak layan hubby dengan rela hati keluar pulak pegi beli pop corn yang lain.  Bila dah dapat pop corn senyap semula.

10 minit lepas tu Dina berebut sweet corn pulak ngan Hazim. Bila tak dapat sibuk suruh abah dia pergi beli pulak.Nasib baiklah dah pujuk-pujuk nak diam. Itu pun setelah Irma ni bagi 2 pilihan sama ada nak sweet corn pastu balik tak payah tengok wayang atau tengok wayang sampai habis baru beli sweet corn.

tak sampai 10 minit tiba-tiba Dina cakap nak ke toilet pulak. .. Alahai Dina ni betul2 lah menguji kesabaran , Bab ke toilet ni tak boleh tanguh-tanguh kang tak pasal2 terkencing kat situ sape lak yang nak mengelapnyer... so Irma pass  Hazim kat hubby dan terus bawa Dina keluar ke toilet. masa Irma nak keluar tu Hazim pulak dah start merengek-rengek takut sangat kene tinggal ngan mama dia. Then bila dah dekat ngan pintu keluar jer  terus dengar suara Hazim menagis.  Irma malas nak layan, kang kalau patah balik panjang pulak cerita nyer terus jer bawa Dina pergi Toilet.
.
Balik jer dari toilet Hazim dah ada kat luar, hahaha ..... dah agak dah. Hazim melalak kat dalam tadi. Huh, confirm lah bergema satu panggung tu dengar suara Hazim. so biarkan Hazim kat luar dalam 5 minit baru masuk balik.

Sepanjang kat dalam panggung wayang tu memang Irma tak faham langsung jalan cerita Yugo Bear tu...pada Irma cerita nyer tak menarik langsung. budak2 lain pun 20 minit pertama dah start resah gelisah. Ada juga dua tiga orang budak berlari-lari dalam panggung yang gelap tu.  mungkin sebab jalan cerita nyer terlalu membosankan. Amat tersiksa nak tunggu cerita ni habis. Dah habis jer cepat-cepat ajak hubby keluar.



aksi-aksi  keterujaan Dina dan Hazim sebelum menonton Yogi Bear. lepas tu terus buat perangai....


p/s: kepada sesiapa yang terganggung semalam dengan gelagat kami satu family mintak maaf lah yer...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag