Get Widget
Kisah Dina & Hazim: January 2010

Jan 21, 2010

Appointment : Selepas Pembedahan Lelangit

Semalam ( 20/1/2010) Hazim ada appointment dengan Dr. Wooi di Hopital Serdang. Appointment dijadualkan pada pukul 2.00 ptg, tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal Hazim hanya dapat berjumpa doktor pada pukul 4.10 petang. huh... agak penat dan kebosanan jugaklah menunggu .Nasib baik dekat dengan playground bolehlah jugak Irma melayan Hazim bermain sementara menunggu berjumpa doktor.
Appointment kali ni, bagi melihat perkembangan Hazim selepas pembedahan lelangit. Alhamdulillah, luka dan kesan pembedahan Hazim telah sembuh sepenuhnya. Anak tekak hazim pun dah bercantum dengan sempurna seperti bayi normal. Appointment seterusnya dijadualkan pada Disember 2010 ni. Buat masa ni Dr. Wooi advice Irma teruskan dengan follow-up yang lain seperti pendengaran dan pertuturan.
Ya..., sekarang ni Hazim masih lagi teruskan dengan Klinik ENT ( Ear Nose Throat Clinic) di Hopital Serdang. Bagi menguji pendengaran Hazim dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Berdasarkan appointment yang lepas teliga sebelah kanan Hazim bermasalah.( kurang mendegar berbanding teliga kiri). Walaubagaimanapun bulan february ni Hazim akan berjumpa lagi dengan Doktor bagi mengesan masalah sebenar.

Rajah: Keadaan lelangit sebelum dan selepas penbedahan.

Panduan Pemakanan Sebelum Pembedahan

Biasanya sebelum pembedahan dijalankan. Doktor akan memberikan penerangan dan panduan yang perlu diikuti oleh pesakit terutamanya darisegi pemakanan . Adalah penting bagi memastikan perut anak anda betul2 kosong sebelum pembedahan dijalankan. Jika ibu bapa tidak mengikut panduan/arahan yang diberikan oleh doktor dengan betul berkemungkinan pembedahan akan dibatalkan.

Jadual : Panduan Pemakanan Sebelum Pembedahan

Sebagai contoh, jika pembedahan anak anda dijadualkan berjalan pada pukul 8.00 pagi

  • Anak anda mungkin dibenarkan makan atau minum jenis cecair sehingga jam 12.00 malam sebelum pembedahan (8 jam sebelum check-in)
  • Anak anda mungkin dibenarkan minum susu formula sehingga jam 2.00 pagi sebelum pembedahan ( 6 jam sebelum check-in)
  • Anak anda mungkin dibenarkan menyusu sehingga jam 4.00 pagi sebelum pembedahan
  • Anak anda mungkin dibenarkan minum air masak / air kosong sehingga jam 5.00 sebelum pembedahan
  • Anak anda mungkin tidak dibenarkan mengambil sebarang makanan / minuman setelah jam 5.00 pagi ( 3 jam sebelum check-in)

p/s: Informasi ini hanya sebagai panduan sahaja. Semuanya bergantung kepada doktor yang akan merawat anak anda.

Jan 18, 2010

Enjoy : Bila Cinta Bertasbih

Don't know why...... I really..really love this song, maybe cz the lyric soooooooooooooo touching ..ya enjoy .... !
Bertuturlah cinta Mengucap satu nama Seindah goresan sabdamu dalam kitabku Cinta yang bertasbih Mengutus Hati ini Kuserahkan hidup dan matiku padamu Bisikkan doaku Dalam butiran tasbih Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta Suda di ubun-ubun cinta mengusik resah Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud sukur padamu atas segala cinta

Jan 13, 2010

Menyusukan Bayi Cleft

Bila baca blog kawan-kawan terutamanya dari Susuibu.com rasa terpanggil plak nak share pengalaman irma direct BF Hazim, tentu ramai tak tahu atau tertanya-tanya mcam mana nak BF bayi cleft kan...kan..... emmmm..... betul ke? entah-entah Irma sorang je yang tak tahu. walau pun .......
Sebenarnya bayi yang dilahirkan dengan cleft bibir boleh direct BF seperti biasa walaupun sebelum pembedahan dilakukan. Berbeza dengan bayi yang dilahirkan dalam keadaan cleft lelangit kerana mereka agak sukar untuk direct BF (kurangnya daya sucking) tetapi itu semua bergantung keadaan bayi tersebut. Dalam sesuatu keadaan yang berbeza keinginan dan pengalaman ibu adalah penting. Tak salah kita 'try and error' daripada tidak mencuba langsung. Percayalah kepada gerak hati sendiri. Insya Allah, Allah sentiasa menolong hamba-Nya. Irma bukan pakar laktasi yang boleh memberi panduan dan tunjuk ajar bagaimana untuk BF bayi. Apa yang dikongsi adalah berdasarkan pengalaman Irma sendiri.
2 kaedah yang biasa Irma gunakan bagi menyusukan Hazim ialah football Hold & Cradel Hold. Tapi Irma prefer football hold coz rasa lebih selesa. Hazim pun tak mudah tersedak.
Kaedah Football hold Duduk di atas sofa / tempat tidur . Letakkan bayi dibawah lengan dengan keadaan bayi berbaring. Boleh gunakan bantal atau 'nursing pillow' untuk membantu menyokong kedudukan bayi. letakkan kepala bayi ditangan Anda (pada sisi yang sama dengan payudara yang digunakan)dan badan bahagian atas bayi berada diatas tangan anda. dengan cara ini anda dapat mendorong kepala bayi ke arah areola (lingkaran gelap di sekitar puting) ke dalam mulut mereka. Kaedah ini juga biasanya, digunakan oleh ibu-ibu yang melahirkan anak secara ceasarean.

Football Hold

Kaedah Cradel (tradisional) Dalam kaedah cradle (tradisional), Ibu berada dalam keadaan duduk. Satu lengan mendukung bayi atau kepala bayi berada di linkungan siku dan tangan terbuka berada dipunggung bayi bagi menyokong kedudukan bayi, perut bayi berada mengadap ibu. Ibu juga boleh menggunakan bantal dengan meletakkan dipangkuan bagi keadaan yang lebih selesa.
Cradle Hold (tradisional)
Jangan lupa sedawakan bayi selepas setiap kali penyusuan OK. Selain daripada itu Irma juga menggunakan pam penyusuan. Ingat walaupun anak kita dilahirkan tidak dalam keadaan sempurna tetapi jangan sesekali nafikan hak dia terhadap susu ibu. banyak cara/ kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan anak mendapat bekalan susu ibu.

Jan 11, 2010

1st: Happy Birthday Hazim

Happy Birthday to you.....
       Happy Bitrhday to you.....
Happy birthday to Hazim.....
      Happy Birthday to you,

Sweets Smile from Birthday Boy

dah setahun dah Hero mama, sekejap je masa berlalu... Mama doakan semoga Hazim sentiasa ceria, sihat dan jangan lupa tahun ni Hazim banyak lagi appointment dengan Doktor OK. Mama sayang Hazim....


pencapaian hazim sepanjang setahun ni.....


Sekarang Hazim dah ada 5 batang gigi yang always gigit bahu dan jari mama, Hazim belum lagi pandai berjalan tapi Hazim boleh 'mengesot' dengan laju. Hazim boleh menari sambil tepuk tangan bila dengar muzik,Hazim selalu kacau kakak Dina kadang-kadang sampai kakak Dina menangis dan yang paling mama suka Hazim sentiasa tersenyum bila bangun tido, emm.... rindunye mama saat-saat tu...

First Birthday Hazim ni pun tanpa perancangan rapi, semua last minutes but Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Thanks u so much to BIL coz's sponsor Pulut Kuning, Cup cakes and Cheese Brownies, Mama cume masak mee goreng, nugget, Drummet dan fries je.... tu pun semua instant hehehe... see betapa malasnye mama ni kan... next time mama belajar buat kek ye,

 Dina yang tak sabar-sabar nak makan cup cakes


Pulut kuning sponsor by BIL 'wak Jo'

 cup cakes sponsor by BIL 'Wak Jo'
Cheese Brownies also sponsor by BIL 'Wak Jo'



p/s: special pesanan untuk wak Jo daripada Dina 'nanti Wak buat kek Utk Birthday Dina nanti Ok',

Jan 8, 2010

Bila Mama & Abah Sibuk Kat Rumah

Minggu lepas tak de ke mana-mana just spent time kat rumah ngan 2 orang budak comel sambil kemas kain baju yang dah lama bertabur.... biasalahkan bila time mood malas tu datang kain baju dah lipat pun tak susun just letak tepi dinding. Ni dah kebetulan cuti panjang kemas lah apa yang patut.




Adik tepi sikit....



emmm... sape yang patut masuk dalam bakul ye... dua orang budak ni ke kain baju kat tepi tu...

Mr. hubby macam biasalah mengadap notebook 24 hours. dah tak de ape nak buat takkan nak membuta plak ...



Hazim pun ada notebook gak..

Abah & Hazim sibuk mengadap notebook masing-masing.


tukar notebook kejap leh tak Abah... ?

Jan 5, 2010

Peralatan Penyusuan Bayi Kleft

Penyusuan bayi merupakan cabaran paling utama bagi ibu bapa yang mempunyai anak Kleft. Pengalaman Irma menyusukan Hazim banyak mengajar Irma erti kesabaran. Coz we can't simply place a bottle in the their mouth and let them drinking like a normal baby remember ya...... Bayi cleft tidak boleh menyusu menggunakan botol/puting susu biasa atau cara penyusuan susu ibu biasa sebab bayi tidak boleh sucking dengan baik. They need special(bottle,niples). Kat bawah ni contoh botol dan puting yang Irma gunakan. Sebelum Hazim menjalani Operation.


Puting botol jenis Ortodontic (sumber CLAPAM)

Botol softplas berserta feeder jenis sudu (sumber CLAPAM)


Perlu diingat semasa proses penyusuan kedudukan bayi perlu ditegakkan sedikit bagi memastikan susu tidak mengalir masuk ke dalam telinga. Pada permulaan bayi mungkin mudah tersedak dan susu memasuki rongga hidung tapi jangan risau kerana itu adalah proses normal lama-kelamaan bayi akan pandai mengawalnya.

Jangan terperanjat jika bayi anda perlu tinggal lama dihospital kerana terdapat juga sesetengah hospital tidak membenarkan ibu bapa discaj anak mereka sehingga pihak hospital berpuashati dengan cara penyusuan yang diberikan.

Kenapa perlu menggunakan special feeder ?????

  • Bayi yang dilahirkan cleft lelangit kurang daya sucking menyebabkan bayi memerlukan tenaga yang banyak untuk menyusu.
  • Biasanya botol utk bayi cleft  teksturnya lembut. Ini membolehkan si ibu memicit botol untuk mengawal pengaliran keluar susu tersebut.
  • Penggunaan puting ortodentik dapat mengawal bayi daripada tersedak kerana kedudukan lubang putingnya yang berada di atas lidah tidak seperti  puting susu biasa.
Peralatan penyusuan bayi cleft boleh daripada CLAPAM .

Jan 4, 2010

Panduan Jadual Pembedahan

Di sini Irma berikan sedikit panduan jadual pembedahan yang akan dilalui oleh bayi cleft.

a) 1 bulan - 3 bulan - pembedahan bibir (done for Hazim)
b) 9 bulan -12 bulan - pembedahan lelangit (done for Hazim)
c) 1 tahun - 2 tahun -penilaian pendengaran ( in progress)
d) 3 tahun - 4 tahun - penilaian pertuturan
e) 8 tahun -10 tahun - rawatan ortodontik
f) 9 tahun -12 tahun - pembedahan tulang (ABG)
g) 13 tahun -17 tahun - rawatan ortodontik susulan
h) 18 tahun keatas - pembedahan rahang (jika perlu) Tapi ni semua bergantung kepada keadaan bayi.


sumber dipetik daripada http://sites.google.com/site/clapam/

Jan 2, 2010

2010

Alhamdulillah, sekejap je kita dah memasuki tahun 2010. semoga tahun ni memberi seribu makna dalam hidup Irma dan Keluarga. Emp... mesti ramai kan dah ada perancangan untuk tahun 2010 ni, mungkin ada yang nak kahwin, nak tambah anak atau meneruskan azam tahun 2009 yang tertangguh. Organizer Irma tahun ni plak dah penuh dengan appointment Hazim untuk review di Hospital Serdang dan HKL.Tahun ni jugak Irma nak start bawa Hazim untuk jalani speech therapy. Irma jugak ada merancang nak berkunjung ke Sabah. Maklumlah dah setahun Irma tinggalkan Bumi di bawah Bayu......rindu sangat nak jejakkan kaki kat sana. I miss......... Sabah. Maka 2010 bermulalah jugak dunia blogger Irma, selama setahun Irma cuma jadikan blog sebagai 'personal Diary' untuk menceritakan pengalaman suka duka menjaga dan mendidik Dina & Hazim. 2010 ni Irma akan kongsi dengan semua coz Irma tahun ramai di luar sana tak tahu dan tertanya-tanya bagaimana mempunyai anak cleft. p/s: banyak lagi catatan 2008 & 2009 yang Irma belum habis edit untuk tatapan semua. harap bersabar lah ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag